November 23, 2010

9 Deadly Words

p/s#1: klik pic kalau rabun
p/s#2: ur fav word? anybody?

October 25, 2010

!

woha! lamanya tak update!

assalamualaikum people~

last entri sebulan lebih yang lampau.. ni lah rekod paling lama aku tak tulis apa2 kat sini. sepanjang ketiadaan aku kat blog ni, ada la seperkara dua yang berlaku.. CTS Raya 2010, IKOD '10 (iium open day-main netbol dapat no 4 =]), n latest AGD SCIENCESS '10 (dinner). nanti i tepek gambar ye...

kalau ikut widget yang selalu terpampang kat desktop ni, lagi sebulan sehari i akan bernikah. auuww gedik! tanak cerita lebih kat sini, kang ada yang link blog aku ke facebook n reka cerita apa plak tah pasnih. ahaha.. kad jemputan kawen nanti i bagi k.. tak pun i tag kat facebook je la k?

p/s: "if i don't write it down, i forget it. memories are too important."

August 30, 2010

mat gian uia?

salam!

mode: lagu raya & bunyi mercun

malam yang dingin, dengar lagu raya memang syahdu. tambah pulak ada budak mana tah main mercun kat dalam UIA ni. adalah tu yang seludup.. teringat zaman puasa dulu2, tahun lepas je sebenarnya; aku, lina and ayap layan bunga api and mercun pop2 belakang hostel. siang2 bakar exam paper, malam2 bakar mercun. jeles woo budak2 lain tengok kita orang berpoya2 dengan bahan larangan tuh.. korang tak habis exam lagi tak boleh join. tengok je boleh. haha sori sis. ter"hyperactive" pulak malam tu.

tapi tahun ni tak sempat nak beli. lagipun takde feeling sangat nak main sebab exams, quizzes, ASSignments beratur. dengar mercun orang lain meletup pun jadi lah...

bahan mentah

mat gian tak menjadi 1 - 'high'

mat gian tak menjadi 2 - hepi!

gambar mat gian tak menjadi 3 (lina) tak dapat disiarkan. ahha gomen! =\ .puasa tahun lepas enjoy, puasa tahun ni? ekeke

p/s: lagi 4 hari nak balik kampung =]

August 27, 2010

akak tutor korang, panggil akak kak achin je ok?

salam~

nampak gayanya aku update blog sebulan sekali je lah..

sem ni berbeza sikit 'style' aku hidup kat sini, kat uia ni. masa untuk facebook dah makin kurang, minat nak ambil tahu pasal sesiapa kat facebook makin menurun. bukan sombong tapi memang malas nak baca seketul2 news feed. paling lama aku boleh tahan dengan facebook setengah jam. pastu buat benda lain.

tu baru facebook. blog ni? hehe kesian terabai dah. takpe, engkau tak payah makan. so aku tak risau sangat. =]

sem ni kerja makin bertambah. cliche betul ayat. memang la setiap sem bertambah kan kerja? tapi ni bukan kerja uni je yang bertambah. kerja luar pun sama. sekarang aku tengah memantapkan teaching skill. aku mengajar add math atau matematik tambahan untuk budak SPM. roommate aku punya kerja la ni.. cari tutor. tapi aku bersyukur sangat sebab kalau tak de experience, macam mana nak praktikal nanti? theoretically, pass. practically? belum tentu.. sepanjang aku mengajar (baru 2 kali mengajar sebenarnya.. =]), bukan subjek yang jadi masalah. yelah memang la kat sini aku belajar math, tapi ada certain topic form 5 yang memang dah tak pakai kat sini, so kena ulang balik study sebab nak mengajar orang. bukan boleh suka2 hati je nak bebel apa yang patut kat dalam kelas.

the main point is, macam mana kita nak bagi budak faham? dalam kelas yang aku ajar, ada quick learner, ada yang 'tumpul' sikit. kat sini la psychology main peranan. eceh ayat over. yang 'tumpul' tapi nak belajar tak pe. cuba yang 'tumpul' tapi malas. macam mana? kadang2 ternaik jugak suara aku ni, tapi budak2 yang 'tumpul' dan malas ni tak boleh dipaksa. ahha, kesabaran teruji di situ.

sepatutnya this week kena mengajar lagi. tapi next week ada exam and assignment yang berlambak. so aku dok timbang tara lagi, nak pergi ke tak? tengoklah macam mana. tak sampai hati kalau tak pergi sebab mereka sangatlah bersemangat. ahah semangat dengar aku bercakap kot. ada sorang budak ni seboleh2 tak bagi aku berhenti bercakap semata2 nak dengar 'bahasa' aku. dia kata aku cakap macam orang kl. haha, memanglah.. dah engkau orang pahang, bunyi lain la sikit dari cikgu ko nih.. tu belum campur dengan student lelaki yang mula nak tunjuk macho masing2.. yang perempuan pulak, dok perhati aku atas bawah. nak sign ke? =]

ada exam sebenarnya pagi ni nanti. terpanjang plak entri kali ni. aktiviti lepas exam: uruskan perniagaan top up, berbuka dengan girlfriends.. esok dengan roommates and jiran sebelah menyebelah pulak. banyak appointment nih. chow! assalamualaikum...

p/s: tak de foot note kali ni. =]

August 14, 2010

hari ni buka puasa di rumah. yeay!

salam ramadhan semua~

kat rumah, sambil buat assignment C++ sambil tengok Jejak Rasul Srikandi.
sangat2 lengkap berada di rumah..

selamat berbuka semua!

August 11, 2010

more pic, less talk

champion ialah kami! muka burned pun kami jugak =]
080810 - KOM, IIUM

players & supporters sama2 bergelap. hehe thanx guys!
080810 - KOM, IIUM

sebelum game, semua cerah2 belaka
080810 - KOM, IIUM

sayur la kalau main futsal ni.. haha
010810- dewan futsal kg. tiram

hand-made congratulations card for us, thanx geng! =]
260710 - kfc ecm

kek yang sedap
010810 - kfc ecm

part of the geng, haha
010810 - kfc ecm

salam people!

banyak gambar nak tampal kat sini, kurang cerita nak bebel kat sini. baca caption pun boleh kan? =]

p/s: semua2 tu gambar antara event yang berlaku sepanjang ketiadaan saya di blog ini =]
p/s#2: hepi ramadhan people! ampun maaf dipinta..

July 12, 2010

Eclipse hampeh? biarlah. susahkan u ol ke?

salam~

ada orang kata Eclipse hampeh, suck, jalan cerita dia isy..isy..isy... tak adventure langsung. tak pe lah.. taste kita lain2. i tak kutuk fav movie u so u jangan la kutuk fav movie i macam teruk sangat. sikit2 tak pe lah.. boleh? maaf la sebab tak dapat follow taste u. mmm tapi kenapa bermillion2 ek kutipan Eclipse kat panggung? mungkin sebab orang2 macam i ni bersepah-sepah kot 1 dunia? hmm... betullah memang ramai.

p/s: sama macam Harry Potter. ada je yang nak mengutuk 'jenama' yang sesungguhnya ternama.

July 10, 2010

cuti dah habis, belajar nak mula dah

salam~

hari ni ialah hari last untuk cuti panjang aku yang melebihi 3 bulan ni. walaupun kita selalu dengar ayat ni tapi aku nak cakap jugak; sekejap je dah habis cuti... sekejap kau kata? lebih 3 bulan kau kata sekejap? cet! budak uni lain tak de lah sakan holiday macam aku. haha tapi tu lah kenyataan.. bila tiba hari mengemas bagasi2, barulah nak kata macam tu. masa tengah cuti reti pulak nak cakap boring la, apa la...

sebenarnya aku tak lah kata cuti panjang aku yang terakhir ni boring sangat. kadang2 tu adalah kan.. tapi kalau dapat novel sebiji, diam la aku dalam bilik.. well,, cuti ni aku tak kerja langsung. rasa malas nak kerja. tak pe lah bila lagi nak duduk rumah lama2 kan? lagipun tak de lah 3 bulan lebih terperap je.. awal bulan 6 balik kampung kat Taiping, Perak. sepupu kawen. sempat lagi ke Penang.. tengah bulan 6 pergi Kelantan pulak. majlis sambut menantu. sakan la kan cuti aku kali ni? nak gi Australia duit tak cukup lagi. =]

tapi kan, aku ralat jugak sebenarnya. nak dekat balik uni la program2 wajib kat tv aku terganggu. contoh: final Showdown 14 julai, ANTM baru 3rd week, Vampire Diaries baru 4th or 5th week (yang ni aku tak heran sangat sebab member ada softcopy dia =]), Gossip Girls pun baru start, Flash Forward! baru nak masuk 3rd week. dulu masa ada kat Channel 5, aku kat uni. ni sempat tengok kat 8tv. tu pun 2 episod jek. Smallville baru nak start ahad nanti. uhuhuhuh!

ok lah. nak mengemas. laptop pun nak simpan dah. biar lah tv tu. nanti aku lupa gak. hehe babai!

***UPDATE: tak jadi balik hari ni (11jul). balik esok petang. yeah!!!

July 09, 2010

tak puas tengok Eclipse!

salam~

sudah tambah widget baru! Breaking Dawn countdown widget. tapi tak berapa cantik sangat.. so far ni je yang sempat aku search. nanti ada masa rajin cari yang lagi cantik! =]

bila dah tukar widget ni maknanya aku dah tengok latest installment Twiligt Saga: Eclipse! kenapa ada tanda seru? sebab excited la. ok. mana kawan2 aku yang rapat dengan aku dorang konfem tau aku kaki twilight. malas nak cerita pasal Eclipse. kalau nak tau tengok sendiri. untuk next installment; Breaking Dawn, antara scene yang paling aku nak tengok: pandangan pertama Bella bila di mula2 jadi vampire. kalau dalam novel author dia describe satu, satu apa yang bella nampak menggunakan mata vampire dia; 7 warna spectrum yang ada dalam udara, pemandangan dalam hutan waktu malam, macam2 lagilah. tak macam pandangan mata manusia yang terhad. tu yang aku nak tengok sangat. scene lain: cottage yang esme (mak edward) hadiahkan pada edward, bella & renesmee. ah... cantik gila! yang aku bayang sendiri la. harap2 ada la scene2 ni. =]. teringin nak tengok deleted scene Eclipse....

macam ni kot rupa Bella nanti? =]

July 07, 2010

update separuh masa pertama: holland - uruguay, seri 1 sama


masa aku tengah bermurung, oh tak... 'murung' macam agak sadis bunyinya, masa aku tengah fikirkan future yang ada kat depan mata ni, aku terjumpa blog ni Kereta Mayat. wah.. nama blog yang sepantas kilat mengingatkan aku tentang mati.

*hela nafas,istighfar

ok. blog ni aku jumpa dekat blog yang aku baru follow ni. 1 perkara yang buat aku tertarik nak klik link blog Kereta Mayat ni bukan sebab nama dia tapi asal usul owner blog ni yang dari mat rempit bertukar ke seorang yang tahu ilmu agama yang agak dalam pada pendapat aku setelah berjumpa dengan seorang muslimah; yang kini isterinya.

pergilah jenguk blog dia. lagi bagus jadi follower sebab ni salah satu blog yang sarat dengan hadith dan unsur2 islamic tapi masih boleh bergurau. bukan bergurau tentang hadith ye. =]

peringatan: blog ni sesuai untuk orang yang dah kawen atau yang dah dekat nak kawen atau terbuka mindanya sebab ayat2 dia memang straight. jangan terkedu pulak bila baca entri2 dia.

ok nak sambung tengok bola. =]


sementara tunggu world cup mula...

cari background yang sesuai. ok tak? baru la masuk dengan header =]

p/s: holland dah score sebijik! =]

July 06, 2010

tak de la kolot sangat aku ni...

official poster of Eclipse

OFFICIAL WORLDWIDE RELEASE DATES OF ECLIPSE

Domestic Territories

Canada: June 30 2010
United States: June 30 2010

Europe & Middle East

Benelux – Belgium: June 30 2010
Benelux – Netherland: June 30 2010
France: July 7 2010
Germany: July 15 2010
Austria: July 16 2010
Greece: June 30 2010
Iceland: June 30 2010
Israel: July 1 2010
Italy: June 30 2010
Middle East – Egypt: TBA
Middle East – Lebanon: July 8 2010
Middle East – UAE: July 8 2010
Portugal: June 30 2010
Scandinavia – Denmark: June 30 2010
Scandinavia – Finland: June 30 2010
Scandinavia – Norway: June 30 2010
Scandinavia – Sweden: June 30 2010
Spain: June 30 2010
Switzerland, French: July 7 2010
Switzerland, German: July 14 2010
Switzerland, Italian: June 30 2010
Turkey: June 30 2010

English Language

Australia: July 1 2010
New Zealand: July 1 2010
South Africa: June 30 2010
United Kingdom: July 9 2010 * ramai rakyat UK marah sebab pelakon utama filem ni (RPattz) dari UK tapi tarikh tayangan lambat. not fair! =p

Asia

China: TBA
Hong Kong: July 1 2010
India: TBA
Indonesia: June 30, 2010
Japan: November 2010 *menangis la korang tunggu sampai 5 bulan ='[
Malaysia: July 8 2010 * tak la lewat sangat.. =]
Pakistan: TBA
Philippines: June 30 2010
Singapore: July 1 2010
South Korea: July 8 2010
Taiwan: July 1 2010
Thailand: July 1 2010
Vietnam: TBA

Latin America

Argentina: July 1 2010
Bolivia: September 30 2010
Brazil: June 30 2010
Chile: July 1 2010
Colombia: July 2 2010
Costa Rica: July 9 2010
Dominican Republic: July 8 2010
Ecuador: July 16 2010
El Salvador: July 9, 2010
Guatemala: July 9, 2010
Honduras: July 16, 2010
Mexico: July 1, 2010
Nicaragua: July 8, 2010
Panama: July 9, 2010
Peru: July 15 2010
Uruguay: July 2 2010
Venezuela: June 30 2010
West Indies: July 7 2010

Eastern Europe

Baltics – Estonia: July 9 2010
Baltics – Latvia: July 9, 2010
Baltics – Lithuania: July 2 2010
Bulgaria: July 9 2010
CIS: July 1 2010
Croatia: June 30 2010
Croatia – Slovenia: June 30 2010
Czech Republic: July 1 2010
Slovak Republic: July 1 2010
Hungary: June 30 2010
Poland: July 2 2010
Romania: June 30 2010
Serbia: July 1 2010
Ukraine: July 8 2010

p/s: "...an impressive five-day worldwide box-office total of more than $261 million US" - whooaa!!! ni baru berapa buah negara yang dah tayang & sedang tayang. belum campur Malaysia. Jepun pun banyak fans taw.

sources: twilightblog.net & twilightish.com

July 03, 2010

blog budak umur 13 tahun lagi best dari blog aku. eheh

salam~
baru lepas baca 1 blog ni. owner blog ni baru je 13 tahun tapi blog dia..fuhhh! kalah aku. memang tabik dekat maisarah sebab sangat kreatif menghias blog. entri2 dia tak menunjukkan yang dia form 1. maksud aku dari segi bahasa. pada aku dia memang ada bakat menulis. cerita2 dia menunjukkan yang dia matang dalam berblogging. aku suka tengok blog dia. macam2 ada. serius aku tak kan dapat buat blog sekreatif blog dia dalam masa setahun nih. haha setahun je.. tahun depan tunggu la. aku make up blog ni bagi hensem. err.. tapi tengok jugak la sebab kalau dah malas tu 1 hapak pun tak guna kan?



jangan aku malas cm ni sudah


p/s: hobi baru: tengok gambar kat flickr. gambar atas ni pun dari flickr.
p/s#2: link untuk blog maisarah tu tak jadi2 dari tadi. kalau nak usha tengok kat chatbox cari nama maisarah.

July 01, 2010

portugal kalah, eclipse tak ada kat langit malaysia lagi; tak suka...

portugal kalah. ye lambat post tentang kekalahan ni. marah lagi nih! serius sampai sekarang tak boleh lagi berbual hal bola semalam dengan zul. elak gaduh je. cit!

takpe2, i still support u. n portugal

widget kat sebelah ni dah boleh kasi buang, tapi still tak dapat tengok even though some major part of the world dah berpeluh tengok semalam . aiyyak!!!

waaaaa....kenapa lambat sangat masuk malaysia...!!! boleh gila tau tak?

pasal korang la aku tak boleh tidur taw

untuk mengubat hati yang dah melampau2 tak sabar ni, tengok twilight & new moon untuk ke-_ _ _ kalinya...

p/s: sementara tunggu movie, baik aku download soundtracks dia semua skali. tak boleh tahan lah!!!

June 28, 2010

england sayur! bak kata abang aku

salam~
england kalah! 1-4. teruk jugak. tapi germany main memang bagus. untuk observer macam aku la yang kata.. lagi frust bila 1 gol england di-reject mentah2 oleh referee. apalah gunanya camera kalau kita tak boleh nak argue? hmm.. aku pun tak faham sangat.

tapi aku tak lah sedih sangat sebab team favorite aku (portugal) still ada dalam game. tak tau lah apa nasib portugal jumpa spain nanti. jangan aku dengan zul yang bergaduh sudah. yelah dia spain, aku portugal. masa spain kalah dengan switzerland pun dah semacam dah muka dia tengok muka aku yang sedap mengejek team dia. hahaha

dengan adanya world cup ni, aku (abang aku sebenarnya) makin kerap tengok tv indon. ye indon! rumah kami tak de astro. mak tak nak pasang. dia kata nanti hari2 abah & abang faizal tengok bola. kita orang pulak, kena tengok tv kecik, kat dapur pulak tu. huhuhu. oleh itu, astro tak dipasang.. tapi tak pe. aku ok je.. sebab gelombang indon & singapore boleh sampai kat sini. ha.. ni lah untungnya duduk johor, especially jb. aku bukanla budak bandar, tapi still dalam jb; pinggir sikit la. tapi tak pe, apa aku nak cerita kat sini; singapore & indon kalau bergabung boleh lawan astro tau!


kalau nak tengok movie macam kat astro, channel 5 (singapore) ada.. cerita ala2 discovery channel, okto malam2 ada..(singapore). katun?okto siang2 berlambak.. nak tengok cerita indon, bukak aje channel indon. nak termuntah2 tengok cerita indon. sebulan tengok channel indon, konfem boleh khatam bahasa indon. mau enggak? aku tengok bola ni pun kat tv indon. komentarnya bagus2 juga ya...

apa2 pun, congrats germany!

p/s: tv 1 n tv2, ehe sori..tak tengok pun.


June 24, 2010

top blogger? tak lah.... =]


salam~

award terbaik sepanjang jadi blogger. thanx to mira! tak pernah rasa macam top blogger pun. haha..

Q: apa nama blog anda dan kenapa letak nama tu?
A: hoo goes here. sebab teringin nak tau siapa yang singgah blog ni.

Q: apa nama url blog dan dari mana datangnya idea tu?
A: nurulachinut.blogspot.com. nak letak nama sendiri yang senang orang ingat. mula2 nak letak 'chinut' je tapi dah diambil oleh blogger lain. orang jerman kalau tak silap. or aussie. nanti check. and dia perempuan jugak. =]

Q: apa method dalam penulisan anda?
A: sama macam apa yang cikgu sekolah ajar dulu

Q: pernah tak terasa nak hapuskan blog? sebab musababnya?
A: tak pernah langsung! sayang blog ni macam sayang harta benda yang lain. sebab? memang sayangla.

Q: pernah ahli keluarga baca blog anda?
A: tak tau lah. mak n abah for sure tak baca. hehe

Q: apa perasaan anda bila ada orang kata blog anda buruk sedangkan ada ynag kata blog anda cantik?
A: buruk pun buruk ah. bukan blog ko.

Q: bila blog anda diberanakkan?
A: ogos 2008 tapi 1st entry oct 2008. 2 bulan cari ilham..

Q: siapa orang pertama yang tahu anda ada blog?
A: entahlah. 1st follower kot?

Q: tag 10 orang
A: semua follower hoo goes here. total 41 orang. =]

June 23, 2010

award dari mira, lagi! =]

salam dan hello! (ayat mira)

semenjak 2 menjak ni kawan2 selalu bagi award. (ayat mira) so ada jugak terfikir nak buat awrd untuk rakan2 blogger yang lain. (ayat mira lagi) tapi tengah malas la sekarang ni. nanti2 je lah. (ok, ni ayat aku) ni latest award dari mira; kali ni dia buat sendiri. thanx mira!

1. copy badge FRIENDSHIP AWARD berserta tagline.

Friendship Remains And Never Can End

2. jawab soalan2 berikut dengan jujur:
  • adakah anda kawan saya? ya
  • bagaimanakah cara kita bertemu/berkenalan? kat bilik has zaman matrik dulu. masing2 tanya soalan math kat has =]
  • apakah anggapan anda apabila pertama kali bertemu/berkenalan dengan saya? tak banyak cakap
  • adakah anda masih beranggapan sedemikian? tidak
  • apakah yang mengingatkan anda kepada saya? faizal tahir
  • pendapat anda tentang diri saya dalam satu perkataan saja: straight
3. berikan award ini kepada sesiapa yang anda mahu:
  • mira
  • lina
  • yana
  • saod
  • fad
  • fatin nasuha
  • alia ali
  • uskut
  • tirah
  • siapa2 yang nak buat =]

June 22, 2010

entri untuk abah

breakfast di taiping - 070610
selamat hari abah!

award dari lina


1. copy & paste pada blog
dah

2. buat 1 entry tentang award ni
dah

3. ucap terima kasih dan letak link pada entry tersebut
terima kasih lina!

4. senaraikan 5 blogger sebagai penerima award
siapa2 nak buat buat je lah k =]

5. beritahu penerima award supaya dia tahu dia adalah penerima

June 14, 2010

warkah seorang ayah

-Al~Fatihah... akhirnya pada usia 150 hari, anakku mengadap Pencipta-nya

A'kum w.b.t...

Setelah bertarung dengan penyakit yang secara purata pengidapnya hanya
dapat bertahan setakat 2 minggu selepas dilahirkan
(hypophosphatasia-komplikasi dengan kandungan kalsium dalam tulang
belakang), akhirnya perjuangan Alesha Abriza, satu-satunya permata
hatiku berakhir sebaik sahaja azan subuh 13 Mei 2006 (15 Rabiulakhir
1427) berakhir. Pada subuh itu, genap usianya 150 hari di muka bumi
ini. Dari jumlah itu, hanya 2 hari beliau berada disisi kami di rumah
dan selebihnya di wad NICU Hospital Putrajaya dan Hospital Seremban.

Alesha tetap memberikan senyuman kepada kami disaat-saat akhir
kehidupannya. Beliau tidak pernah menyusahkan kami malahan doktor dan
jururawat yang merawatnya.

Dimalam terakhir hayatnya, Alesha langsung tidak menganggu kami.
Sepanjang malam itu, Alesha tidur dengan amannya. Pada pukul 4.40 pagi,
Alesha mulai menunjukkan tanda-tanda akan meninggalkan kami selamanya.
Tubuh badannya mulai membiru dan menjadi sejuk. Pihak hospital
memberikan ruang kepada kami anak beranak untuk bersendirian. Kami
bertiga, Alesha, isteriku dan aku sendiri berpelukkan dan membisikkan
kalimah tauhid di telinganya.

Sejenak sebelum Alesha menghembuskan nafasnya, azan subuh berkumandang.
Isteriku memohon pada Alesha, katanya: "Lesha sebelum pergi senyumlah
pada mama... mama dan papa redha Alesha pergi... senyumlah sayang".
Kata-kata itu akan menjadi tangkal bagi saya selama-lamanya.

Seolah-olahnya Alesha Abriza faham akan permintaan dari ibunya itu.
Alesha telah menoleh pada ibunya, memberikan sekuntum senyuman yang
paling manis buat ibunya, jelas juga kelihatan setitik air matanya
mengalir di penjuru matanya, sebelum nafas terakhirnya diragut! Maka
sempurnalah sudah rahmat Allah kepada hambaNya pada pagi itu.

Impian isteriku untuk memandikan Alesha akhirnya terlaksana jua setelah
tidak berkesempatan memandikannya sewaktu hayat Alesha. Pagi itu,
jenazah Alesha dimandikan sendiri oleh ibunya. Sebaik sahaja jenazah
Alesha dikapankan, kami telah dibenarkan untuk menciumnya. Sungguh
tidak tertahan-tahankan air mataku mengalir ketika mencium dahi kecil
Alesha dan membisikkan kata-kata tauhid di telinga arwah serta
menyatakan bertapa aku terlalu sayangkannya, aku redha pemergiannya dan
aku akan terus menganggapnya sebagai anak sulungku selamanya!

Sewaktu jenazah disolatkan, ramai yang memohon agar aku sendiri
mengimamkan solat jenazah. Namun aku takut tidak termampu nanti untuk
membaca ayat-ayat Allah dengan betul mahupun takut tidak termampu untuk
membaca doanya kerana terlalu pilu. Aku cuma mampu berdiri di shaf
hadapan sahaja ketika itu. Bersolatpun dengan cucuran air mata yang
tidak tertahan-tahan. Satu kejadian yang kurasakan istimewa pada masa
itu adalah, sebaik imam mengangkat takbir, hujan turun dalam suasana
mendung.
Seakan-akan menangisi pemergian seorang bidadari syurga. Hujan tersebut
betul-betul terhenti sebaik sahaja jenazah selamat dikuburkan dan doa
arwah selesai dibacakan!. Mungkin itu satu petanda rahmat dari Allah
untuk bayi yang tidak berdosa itu.

Di tanah kuburan, aku sendiri menyempurnakan pengebumian arwah. Aku
sendiri menunggu arwah di liang lahad, aku sendiri melonggarkan ikatan
kain kafannya, dan aku sendiri membuka penutup mukanya. Saat itu, saat
ku buka penutup muka arwah, jelas kelihatan rupa Alesha yang tersenyum.
Satu senyuman yang maha indahnya. Muka Alesha juga amat cantik dan
berseri-seri. Indah bercahaya rupanya sehinggakan tika aku merapatkan
mukanya ke tanah di dalam lubang lahatnya, masih jelas kelihatan cahaya
dari mukanya.

Satu lagi peristiwa yang kurasakan agar istimewa berlaku. Tika kuburan
selesai ditutup, saat menunggu imam membacakan doa bagi arwah (talkin
tidak dibacakan kerana Alesha seorang bayi), jelas kedengaran di
telingaku suara seseorang berkata: "Dua bidadari syurga sedang
menunggunya...
janganlah kamu risau." Suara itu amat jelas kedengaran seolah-olah
bercakap kepada semua yang hadir pada masa itu. Selesai pengebumian,
saya bertanya pada isteri dan ahli keluarga semuanya tidak
mendengarkannya.
Semoga, Alesha beroleh rahmat Allah.

Saya bersyukur kerana diberikan peluang untuk menjadi seorang ayah,
walaupun hanya seketika. Saya berpeluang merasa menjaga isteri ketika
mengandung dan berpantang. Semua pengalaman itu telah menjadi rahmat
yang tidak terhingga dari Allah. Insyallah, saya masih bersedia untuk
mengulanginya.

Al-Fatihah untuk Alesha Abriza binti Shamsul (15 Dis 2005 - 13 Mei
2006)

shamsul shamdin @ laloque

p/s: abah, happy daddy's day..

June 10, 2010

award dari mira

diterima dari mira. thanx!

1. apa yang bermain di fikiran anda sekarang ni?
bila nak beli novel baru
2. apakah nama samaran anda?
ckin, chinut, achin
3. berikan 3 nama orang yang anda sayang
3 tak cukup
4. panggilan untuk si dia
awak
5. hadiah yang anda impikan dari seseorang yang istimewa
tak ada fikir apa2 lagi buat masa sekarang ni
6. blog manakah yang anda suka lawati?
semua blog yang saya follow, sahaja =]
7. tagkan kepada 10 orang rakan anda
siapa2 yang baca n terasanak buat, buat je ok.

June 03, 2010

fake or real?




amazing, right?

pantun mari sembahyang

Apasal la aku malas sembahyang,
Tuhan kasi aku jasad siap dengan bayang - bayang,
Bukan ke lebih beruntung daripada tiang,
Berdiri tanpa roh malam & siang...

Apasal la aku malas sembahyang,
Kerja dah best keluarga pun dah senang,
Negara pun dah aman tidak lagi hidup berdagang,
Takkan lima minit lima waktu aku tak boleh luang.....

Apasal la aku malas sembahyang,
Tuhan kasi otak supaya aku tak bangang,
Tuhan kasi ilmu boleh fikir susah senang,
Tuhan kasi nikmat kenapa aku tak kenang...


Apasal la aku malas sembahyang,
Main bola aku sanggup sampai petang,
Beli tiket konsert aku sanggup beratur panjang,
Apa la aku ingat masuk syurga boleh hutang...?

Apasal la aku malas sembahyang,
Aku kena ingat umur Kita bukannya panjang,
Pagi Kita sihat petang boleh kejang,
Nanti dalam kubur kena balun sorang - sorang....

Apasal la aku malas sembahyang,
Siksa neraka Cuba la aku bayang,
Perjalanan akhirat memang terlalu panjang,
Janji Allah Taala akan tertunai tak siapa boleh halang...

p/s: peringatan untuk diri sendiri dan sesiapa yang membaca. email dari kawan sekolah. thanx fami.

May 26, 2010

no title

deleting 'un-matured' posts.......done!

p/s: humiliation is not awesome, thanx hrr =]

May 16, 2010

komedi,seram,epik

3 hari berturut-turut tengok wayang: Furry Vengeance,Nightmare On Elm Street n Robin Hood. dah mula 'immune' dengan air-cond =]. apa2 pun, Nightmare memang berjaya buat aku ketaq lutut. abes bergoyang seat sebab terkejut 'melompat2'.

May 12, 2010

formspring.me

Ask me anything http://formspring.me/chinut

May 10, 2010

selamat hari emak =]

salam~
dulu masa kecik2 (tak ingat darjah berapa), pernah mainkan lagu paling famous bila tiba hari emak guna recorder. ala lagu iklan susu tu.. ibu..ibu.. engkau lah ratu hatiku.. masa tu tak reti pun nak celebrate hari2 istimewa selain hari jadi. so, gunakan sedikit kepandaian, aku cuba la main lagu tu guna note yang betul. tiup2 banyak kali sebab sumbang memang ada.. bila dah konfem perfect bunyi dia (pada pendengaran aku la. tak tau la mak dengar sedap ke tak =]), aku tiupkan semerdu yang boleh.. haha mak gelak je. pastu aku cakap, "selamat hari emak, mak!" bagi kad buatan tangan, kemudian lari masuk bilik sebab malu. =p

sekarang ni tak buat dah macam tu.. =] tapi tak bermakna aku lupa. tiap2 tahun aku wish. paling hebat pun belanja mak makan. tapi tak ingat tahun bila punya hari ibu.. eh, hari emak. tapi pada ckin, hari2 is hari emak! kan mak? =] apa2 pun,

SELAMAT HARI EMAK!

p/s: nama mak saya nor shidah bt ahmad

May 05, 2010

dari mimpi jadi buku, best kan?

salam~
mood Twilight Saga saya tak kan habis. datang lah macam mana punya best pun cerita atau novel atau apa2 lah yang baru, Twilight masih nombor 1.

sedang syok baca article n blog orang sana sini, jumpa 1 link yang membuatkan mood ni makin kuat. kenal tak Oprah? ala yang ada talk show sendiri tu.. sekarang ni dah nak ada cable tv sendiri dah. tak pun memang dah ada. tak tau lah.. yang penting Oprah ni memang best. kat website dia ada cerita pasal Twilight. apa2 yang nak tau pasal Twilight ada kat situ. salah satu yang menarik perhatian; macam mana penulis novel Twilight Saga ni dapat ilham? semuanya dari mimpi.. best kan kalau jadi macam dia? nak tau lagi lanjut klik sini

sebenarnya masa zaman sekolah dulu (tak silap lower form kot) pernah jugak cuba2 tulis novel. tapi sampai sekarang tak habis2 pun, 1 perenggan je la tak gerak2.. =] memang tak de talent kot.. hehe.. apa2 pun, memang tak sabar nak tunggu Eclipse!

p/s: kat malaysia tayang lewat seminggu dari 30 jun. nasib baik tak balik kuantan lagi =]
p/s#2: perasaan sekarang ni sama dengan perasaan setahun lepas, masa mula2 'kenal' Twilight

May 02, 2010

edward daniels vs andrew laddies

It's 1954, and up-and-coming U.S. marshal Teddy Daniels is assigned to investigate the disappearance of a patient from Boston's Shutter Island Ashecliffe Hospital. He's been pushing for an assignment on the island for personal reasons, but before long he wonders whether he hasn't been brought there as part of a twisted plot by hospital doctors whose radical treatments range from unethical to illegal to downright sinister. Teddy's shrewd investigating skills soon provide a promising lead, but the hospital refuses him access to records he suspects would break the case wide open. As a hurricane cuts off communication with the mainland, more dangerous criminals "escape" in the confusion, and the puzzling, improbable clues multiply, Teddy begins to doubt everything - his memory, his partner, even his own sanity.


basically cerita ni berkisarkan penyiasatan 2 orang U.S marshall (teddy daniels & chuck aule) terhadap sebuah hospital (lebih kepada institusi mental sebab pesakit2 dia semua merupakan penjenayah2 contohnya bunuh suami sendiri dengan kapak, rendam kepala anak2 sampai lemas dalam tasik). seorang pesakit hilang tak dapat dikesan. institusi ni terletak kat pulau so mustahil pesakit ni boleh lari. dalam masa yang sama, teddy daniels cuba siasat orang yang bunuh isteri dia. makin lama dia siasat 2 kes serentak dalam 1 masa, makin banyak rahsia terbongkar sampai dia sendiri dah keliru mana yang betul mana yang salah.

personally, aku sangat suka cerita ni. ia betul2 menguji kepala aku. mula2 cerita ni agak slow. tambah pulak bila tiba babak2 yang tak berapa masuk akal (macam hujan abu & tbe2 air keluar dari perut). tapi babak2 tu dalam mimpi. kira tak kesah la kalau tak masuk akal sangat pun sebab mimpi. lama2 makin best sebab kita kena pakai otak untuk faham. takde unsur2 karut macam pemujaan ke hape sebab aku tak minat sangat cerita cam tu. aku suka cerita yang ada sebab saintifik, macam cerita ni dia menghidap penyakit mental yang kronik. dia create 1 watak lain dalam diri dia dan orang lain sebab dia tak boleh terima diri dia yang dah buat silap. dia jugak boleh wujudkan persekitaran macam yang dia nak walaupun hakikatnya ia tak wujud. contohnya, nama sebenar dia "andrew laddies" tapi dia create "edward daniels" sebab "andrew" dah bunuh isteri dia. so dia tak terima yang dia dah bunuh isteri dia, dia kata dia edward. (kalau korang perasan, "andrew laddies" & "edward daniels" menggunakan huruf2 yang sama cuma susunan je yang berbeza). senang cerita nama dia andrew tapi dia kata dia edward @ teddy. faham tak? kalau tak faham tak pe sebab mula2 aku pun tak berapa nak faham. =] apa2 pun, cubalah tengok cerita ni k!

p/s: The Happening - genre cerita ni lebih kurang sama dengan Shutter Island. best!

April 30, 2010

benci n menyampah dengan kau

benci dengan perangai sesetengah lelaki yang:
  • dah tau kita tak suka dia tapi tak faham bahasa
  • show off melampau padahal habuk pun tadak
  • mula2 jumpa kata nak kenal (kawan la konon), bila kita kata ok dia tanya dah ada bf ke belum. bila kata dah ada terus tak nak kawan. dey.. pooodah!
  • kuat merajuk mengalahkan perempuan
menyampah dengan perangai sesetengah perempuan yang:
  • kaki bodek
  • jeles bila kita rapat dengan orang lain. perempuan jugak yang kita rapat. dia fikir kita besfren dia so tak boleh rapat dengan orang lain?
  • memperguna2kan @ amek kesempatan terhadap kebaikan seseorang
  • tak faham bahasa
sesiapa yang rasa ada sifat sebegini dalam diri, buang lah..benci n menyampah tau tak? atau pun jauhkan diri anda dari saya..

April 28, 2010

blogger cikai

tadi baru lepas baca balik semua entry yang aku pernah post dari awal. start nov 2008.. kelakar jugak bila baca balik.


of kos terimbau sikit kenangan2 lama. banyak sebenarnya...

p/s: semalam termimpikan 'dia'. mimpi kami baru mula nak rapat. huh...

April 26, 2010

alter ego


finally.. dapat jugak buku nih. err ebook je.. susah nak dapat kat bookstore sebab author dia dah mati n buku ni dah agak lama. maybe dia orang tak publish lagi.. kalau ada yang terjumpa novel ni, belikan boleh? nanti saya bayar balik. =]

money vs pride

semalam (or pagi tadi), aku tak boleh nak tidur. yelah bangun pun pukul 12pm. dah puas tidur.. perut keriuk..keriuk.. so sambil makan megi, aku tengok cerita "The Moment of Truth" kat Channel 5 (s'pore). game show berkisarkan seorang contestant kena jawab 21 soalan tentang diri sendiri, tapi tak boleh menipu sebab ada pakai alat mengesan penipuan a.k.a polygraph. lagi info kat sini

contestant malam tadi, (aku refer 'malam' sebab masih gelap walaupun dah hampir 2pm) Lauren dah dapat USD 100000. sampai certain stage, host akan tanya sama ada nak stop atau continue. dia nak sambung sampai USD 200000. tamak..tamak.. rahsia dah banyak terbongkar. then, host tanya 1 soalan yang agak simple, tapi memerlukan confidence yang tinggi untuk menjawab.
"do you think you are a good person?"
"i honestly think that i'm a good person.."

sekali jawapan dia false.... terkejut badak dia. family n husband dia yang ada kat situ pun sama. rahsia dah banyak terbongkar, duit hangus macam tu je.. hmm...

p/s: kadang2 aku rasa maruah diri dah ada harga tersendiri yang boleh dikira, especially mat salleh. duit punya pasal...


April 25, 2010

tiket wayang berharga rm700?

salam~
disebabkan blog dah sediakala cantik, barulah bersemangat nak post entri baru.
fikir punya fikir................
apa nak tulis ek?

***********************************************

ok ada idea!
nak share sikit lah cerita2 yang pernah tengok kat panggung wayang.
tak nak cerita banyak, ni antara fav movie:

150210, 1130am
TGV Tebrau City

280606, 0310pm
TGV Tebrau City

260206, 0105pm
TGV Tebrau City

200608, 0210pm
TGV Tebrau City

210809, 0210pm
GSC Megamall Kuantan


antara movie yang menyesal gila aku g tengok:

  • nana tanjung (yang ni kawan aku nak sangat tengok)
  • scary movie
  • casino royale (teringin nak tengok best sangat ke james bond nih)
banyak lagi cerita yang best macam transformer 1 & 2, stomp the yard dll..
bila kira2 balik berapa duit aku dah perabeh duit kat panggung wayang,
mmm...WHOOA!! RM772!!!
tapi bukan semua guna duit aku..
ada jugak yang orang belanja. =]
xpelah.. dari 2004-2010. nak dekat 7 tahun aku tengok wayang..
lebih kurang rm100 setahun la budget untuk cinema.
ok la tu........

April 17, 2010

dan sebenarnya...

10 true things about me. tag from rinie. tq!

1)die-hard-fan of twilight & cn blue.
2)pernah masuk SBP masa form 4 tapi tahan 3 minggu jek. (dalam rekod sampai sebulan tapi lagi seminggu xde kat sekolah) home sick nak mampos! =]
3)boleh(pandai)menari tarian tradisional =]
4)dahi sebelah kiri pernah kena baling dengan durian kat plkn.
5)gigi depan sompek sikit sebab pengsan n jatuh tersembam kat jalan tar. (kawat kaki kat plkn. lama gila kena diri!)
6)sangat suka benda yg extreme. (paling extreme pun bawak kereta 150kmph from rompin to kota tinggi. sangat extreme ok jalan dia! boleh masuk gaung.) mau try bungee jump!
7)agak obses dengan word 'alter ego'. dah bertahun saya buat research tentang ia.
8)agak berdikari. campak je kat mana2 insyaallah boleh hidup. =]
9)malas mandi n suka bangun lambat.
10)shawls freak.

tamat!

April 08, 2010

un-parallel

i don't like mushy, cheesy things,
really HATE it,
like

"i will catch the stars for you"
or
"your presence is like oxygen for me. if you're not around, i have difficulties to breath"

but sometimes i need it to restrain myself...

and 'new' things come to me,
not 'old' things..

March 25, 2010

calmness vs energetic

feel calm when hear this lullaby,
feel energetic when watch videos below,

but now i need calmness.....


(picturing how Edward soothing Bella with lullaby..)



**************************************


aku: study chin......jangan berangan je!
AKU: bahek!

March 23, 2010

peksa

minggu tidur bersama buku dah bermula minggu lepas..
kali ni aku rasa aku boleh ubah apa yang selama ni aku nak ubah,
mak abah abang faizal, doakan shikin ye..
kawan2 semua, ampun maaf dipinta mensuci hening dosa..
doakan kejayaan kita!




...cheesy sikit post kali ni.
mungkin sebab mode aku sekarang ni: sedar diri dan balik ke asal usul,

March 13, 2010

mynameisblue

current obsession: CNBlue (very3!)





daradiridaraduu~ duddudududududuu~dudududududuu~

March 06, 2010

ada apa pada nama?

2,3 hari lepas masa sedang drive mencari nafkah hidup, aku dengar 1 topik yang agak menarik. radio fav? fly.fm.. tajuk dia, "the weirdest name u've ever heard".

banyak jugak call n msg dari listener. tapi pada aku, name of the day is.... ANAK BIN BAPAK. weyh gila hebat nama dia... gelak besar aku dalam kereta sorang2. orang sebelah kereta aku mesti kata aku _ _ _ _ _. korang isi la sendiri k.

ANAK BIN BAPAK.... aku salute ko!

p/s: nama apa yang paling pelik yang pernah korang dengar? aku ada 1 tapi aku tak mintak izin dia lagi untuk disiarkan di sini. so nanti2 lah aku btau. err tapi kepada En. Anak, sori saya guna nama awak. tak tau macam manma nak contact. hehe..=]

February 20, 2010

gagagagagagagaagagagaa







browsing the internet sometimes makes you awe, i think

February 18, 2010

1 + 2 = 3. wrong answer!

cerita 1: kawan masuk hospital

cerita 2: ayah kawan meninggal dunia

cerita 3: kawan meninggal dunia

ni lah jadi bila cerita 1 dan cerita 2 bercantum dan orang dah mula panik bila timbul cerita 3.

cerita 1 dan cerita 2 memang betul. dua2 berlaku pada waktu yang hampir sama. tapi sebab tak tahu cerita sebenar dan banyak pulak mulut yang cuba menyampaikan cerita, timbul cerita 3. cerita yang salah ok!

p/s 1: tyah, get well soon ok! pasni jangan jalan2 lepas derma darah.
p/s 2: kucuk, takziah. aku tau ko tak baca blog aku, tapi kepada yang baca, sama2 lah kita bersedekah. al fatihah...

February 16, 2010

twilighto completo!





semalam aku lepak dengan geng lepak aku, memang riuh shopping mall tu dengan suara kami (ber2 je sebenarnya). program kami simple n agak bosan, (untuk orang lain) tapi bukan untuk kami.

mula2 tengok wayang, Percy Jackson & The Olympians, The Lightning Thief. agak menarik bila tengok trailer dia 1 ketika dahulu. cerita nih memang best la..! aku bagi 4.5 bintang! (mira bagi 3 je.tak suka fantasy eh? =])

habis movie pergi solat . pizza hut. makan2 sembang2 klik2. macam2 cerita keluar. kebanyakkannya personal la. hehe perempuan.. kami tak bergosip yerk. cerita hal masing2..

program utama dah tiba..... lepak Harris!(sebuah kedai buku) so far, kawan2 aku yang kaki buku cuma makcik ni sorang je. maksud aku sudi lepak kedai buku berejamrejam tanpa ragu. aku memang kamcheng dengan dia dari sekolah rendah sampai dah tak sekolah. mostly sebab dua2 banyak mulut, dua2 kaki buku (nerd? ya so what?) & kuat makan. ye ke sa'?

hari ni aku dah berjaya melengkapkan collection novel Twilight series. ha legaaa....... pasni nak collect percy jackson plak boleh? sidney sheldon punya novel pun tak habis beli lagi. haih...~

sa' still x dpt novel yang dia nak, so kami pergi la City Square plak cuba nasib.. pun xde jugak.. nasib ko la nampak gaya kena beli buku lain la,, last2 dia beli Dan Brown punya novel. macam menarik jugak sebab dia macam kesinambungan dari cerita "The Da Vinci Code" dan "Angels and Demons". gila hebat cerita tu.. series ni pun aku nak collect jugak. bleh??

ok lah, pendek cerita gedebak gedebuk aku hantar sa' lebih kurang pukul 8 sampai rumah dia. pas tu aku pun pulang ke rumah... seronok rasanya bila dah lama tak hang out dengan childhood friend, aite?

February 14, 2010

6 tahun di uia, tak boring pun?

salam~
lepas baca latest post dari kawan aku, aku rasa terpanggil nak post entry yang lebih kurang sama dengan dia. kenapa student UIA lama sangat study? u lain 3 tau maximum buat degree tapi uia 4 taun minimum?? nak tau pasai apa kami ni lama sangat blajaq? aku cerita untuk course yang ada di kuantan je la k? yang kat gombak soh budak gombak explain.
  • foundation 1.5 tahun or 2 tahun (mostly 2 tahun) - kenapa sampai dua tahun? matrik KPM setahun je. well, kami kena belajar:
  1. bahasa arab (level 1 & 2)
  2. english (level 3,4,5,6) - untuk tahu kita level mana, hari kedua di matrik ada test. result kita akan tentukan kat mana level kita. aku level 6 =]
  3. computer (2 subjek)
  4. fim (2 subjek or 3 subjek. macam subjek agama tapi sangat lain dari sekolah punya syllabus. SANGAT LAIN OK?)
  5. study circle (level 1 & 2) / fardhu ain- subjek coco n wajib amek. kalau tak tak boleh graduate. salah. matriculate.
  6. core course.
  • baru selesai foundation. ni degree punya pulak:
  1. coco (6 subjek) - take note: ni bukan coco sukan2 je k. macam2 ada. bila aku cakap macam2 ada, MEMANG MACAM2 ADA.
  2. english (2 subjek)
  3. bm (1 subjek)
  4. UNGS (3 subjek)
  5. RKUD (1 subjek)
  6. KOS (2 subjek)
  7. MINOR (6 subjek)
  8. barulah core courses and later MAJOR subjects...
kenapa ada macam2 nama subjek kat UIA? well, kalau ko nak jadi pegawai bank, perlu ke ko belajar semua yang berkaitan dengan mathematics and management tapi other skills hampeh? leadership? soft skills, tu lah wujudnya subjek yang macam2 nama tu. satu lagi, tak kan tau duniawi tapi ukhrawi ambil ringan je... yang ni aku tak nak elaborate, sendiri mau ingat.. nama pun UIA. kang tak de ISLAMIC 'part' kena kondem. =]

kalau tak complete explaination aku, tengok kat sini plak. babai~ assalamualaikum...

February 13, 2010

VD vs CNY

sudah sampai di rumah...!

semalam lepas hantar yang lain2 dekat rumah masing2. aku dan pipa ke Jusco Tebrau sekejap. saja jalan2.. roommate aku ada pesan baju. jauh betul nak beli baju.. lepas parking kereta terus ke food court sebab sangat lapar. sambil jalan ke sana aku tengoklah sekeliling shopping mall fav aku ni.. aku ingatkan decoration untuk Valentine's Day yang akan jadi tema. rupa2nya CNY lagi kuat aura dia.. yelah, 2 celebrations on a same day..

untuk post kali ni aku nak share sikit tentang Valentine's Day. setiap tahun tak kesah la dari negara mana pun setiap pasangan kekasih akan tunggu hari ni. aku tak pernah tunggu. tak tipu! macam2 cerita aku dengar pasal sejarah atau legend of Valentine's Day.. walaupun macam2 version tapi semuanya yang tak elok tentang Islam.. sedih bila lihat umat Islam menyambut perayaan yang memburukkan agama Islam itu sendiri. yelah, apa yang kebanyakkan orang tahu, Valentine's Day is hari menyambut kekasih. tapi yeke? kat sini aku ada buat sikit research tentang hari berkasih-kasihan ni. tapi bukan tentang sejarah atau legenda, cuma sedikit fakta menarik:

  1. Approximately one billion Valentine cards are exchanged each year...the largest seasonal card-selling occasion of the year next to Christmas.
  2. February 14 is the most important holiday for florists, accounting for 32% of annual sales.
  3. 73% of people who buy flowers to send on Valentine's Day are male...only 27% are female.
  4. California produces 60% of American roses, but the vast majority sold on Valentine's Day in the United States are imported...mostly from South America.
  5. Approximately 3% of pet owners will give a Valentine's Day gift to their pet.
  6. Alexander Graham Bell applied for his patent on the telephone on Valentine's Day in 1876.
p/s: malas nak translate. semua faham kan? ok proceed.

yang ni aku nak share pulak rites & superstitious about Valentine's day. jangan percaya ye!
  1. Traditionally, if a young female is curious enough...and brave enough...she can conjure-up the appearance of her future spouse by visiting a graveyard at midnight on the Eve of Saint Valentine's Day and singing a prescribed chant while running around the church twelve times.
  2. In Wales, wooden love spoons would be carved and given as gifts. Favored decorations for the spoons were hearts, keys and keyholes...the decorations meaning "You unlock my heart!".
  3. It was once believed that if a woman noticed a robin flying overhead on Valentine's Day, it meant she would marry a sailor. If the woman saw a sparrow, the would marry a poor man, but be very happy. If she spied a goldfinch, it was said that her husband would be a man of great wealth.
p/s: yang ni pun malas nak translate.

sebenarnya banyak lagi fun facts about Valentine's Day. tapi takat ni je yang larat. esok lusa kalu ada mood aku tambah lagi ye! daa~

p/s: semua yang tertulis hanya untuk suka2. don't take it seriously ok? HEPI CHINESE NEW YEAR YAWW!

February 10, 2010

bangun tidur je terus dapat email ni



p/s: ni gambar AWAN yang muncul di Uruguay


February 06, 2010

hobi


the longer the staring, the bigger the crush, the crazier the mind...

February 05, 2010

poligami

sangat ENJOY dalam parenting class tadi..

saya berlakon jadi BINI NO 2 taw!



February 02, 2010

anjakan paradigma

current place: resource centre, KOS (a.k.a wackos)
time: 4.26 pm
purpose: do assignment (?!)

salam~
sekarang aku berada di tempat seperti yang tertera di atas,
tujuan juga seperti yang tertera,
err... nak cakap yang aku tak pernah ke bilik study atau library atau yang sama taraf dengannya untuk buat assignment atau kerja sekolah. universiti.
tapi hari ni tak tau kenapa rasa macam kena pergi tempat ni.

(sambung buat kerja)

..........................

sekarang baru aku faham kenapa roommates aku suka study or buat assignment kat library:
T.E.N.A.N.G

babai. nak sambung buat kerja.

January 30, 2010

buku oh buku

salam~
tadi beratur untuk bayar buku latihan sepupu kembar aku yang ambil PMR tahun ni. sementara tunggu turn aku usha2 la orang sebelah punya bakul. mak oii! banyak gila buku dia... macam2 jenis ada. buku motivasi, buku latihan anak dia, buku untuk suami dia (aku agak je la sebab tajuk dia lebih kurang macam ni, "men's bestfriend"), novel je dah 3,4 buah. bukan nipis punya novel dia.. 500++ punya muka surat.. terfikir jugak berapa jumlah buku dia semua tu. sampai je turn aku, sampai la jugak turn orang sebelah.. total buku2 dia rm342.75! woo....... pada aku la orang macam ni memang bagus sebab sanggup berlabur untuk pengetahuan.. aku rasa kalau nilai sebanyak tu orang berbelanja untuk baju atau perhiasan diri dah jadi kebiasaan tapi untuk buku aku tak pernah lagi jumpa orang berlabur sebanyak tu...

memang aku respect la itu olang. tapi sayangnya dia seolang cina...... kalau melayu lagi bagus kan? dari pengamatan aku, orang cina memang tak kedekut bab buku. melayu kedekut! tak semua... sebab aku tak kedekut! hehe.. kedekut pun bila duit tak cukup banyak la.. sama la macam barang lain jugak.. melayu boleh!

p/s: doakan aku berjaya bukak kedai buku macam Harris tu jugak k. nak sangat ada kedai buku sendiri..........

January 28, 2010

memecah subuh? betul kah?

sementara mengira widget sebelah ni ke angka '0',
saya layan Breaking Dawn dulu ye?
syoooooooooookk!!!!!!!!!!!!!!!!!!

January 25, 2010

bintang kehidupan

WANITA ANGIN
Mereka ini lahir di bawah zodiak:
  • Gemini(22 Mei-21 Jun),
  • Libra(24 September-23 Oktober) dan
  • Aquarius(21 Januari-19 Februari).
  1. Berterus terang,berminda aktif dan gemar mencari kepelbagaian dalam setiap aspek kehidupan.
  2. Berfikiran terbuka,mempunyai daya imaginasi dan inovatif,bagi mereka segalanya boleh dicapai.
  3. Bergaya,tenang dan tidak cerewet serta mempunyai keinginan semulajadi untuk mengamalkan sikap diplomasi dan saling bekerjasama bersungguh-sungguh.
  4. Sanggup mengorbankan kehendak atau idea mereka sendiri demi mencapai keharmonian dan mengelakkan perselisihan atau konflik.
  5. sentiasa gigih untuk mendapatkan cinta yang terunggul,untuk berkonfrantasi.
  6. Kurang cenderung untuk menyampaikan perasaan sebenar yang terpendam dalam hati mereka.
  7. Dikenali dan diingati kerana sifat romantis dan manja.

WANITA AIR

Wanita air terdiri daripada mereka yang lahir di bawah zodiak:
  • Cancer(22 Jun-23 Julai)
  • Scorpio(24 Oktober-22 November)
  • Pisces(20 Februari-20 Mac)
  1. Mempunyai sifat semulajadi untuk berkembang maju.
  2. Mereka ini dipandu oleh perasaan hati dan mempunyai sifat mudah bersimpati,berdaya imaginatif,sentimental,mempunyai perasaan yang berubah-ubah dan berhati-hati.
  3. Tenang dan mudah tersentuh oleh emosi orang-orang yang berada disekeliling dan cepat mengeluarkan air mata dalam sebarang situasi yang menyedihkan.
  4. Mudah mengikut rentak emosi orang lain dan juga diri sendiri.

WANITA API


Wanita api dilahirkan di bawah lambang:
  • Aries(21 Mac-20 April),
  • Leo(24 Julai-23 Ogos) dan
  • Sagittarius(23 November-21 Disember).
  1. Dilahirkan sebagai pemimpin
  2. Mempunyai kekuatan diri dan biasanya enggan menerima pendapat orang lain walaupun ianya benar.
  3. Seorang yang artistik dan sukar dijangka,tetapi biasanya romantis dan tidak pemalu.
  4. Mempunyai personaliti suka menguasai dan mendominasi tetapi boleh mengimbangi sifat-sifat ini dengan sikap yang pemurah,mesra dan menunjukkan sifat yang mendalam terhadap sesuatu yang disukainya.
  5. Suka berterus terang dan tidak berselindung menyebabkan orang yang dikasihi mersa sedih dan terhiris.
  6. Jujur dan mahu hubungan peribadi berjalan dengan lancar.Wanita api harus diberikan ruang yang cukup luas untuk menjadikan perhubungan itu terus berkesan.
  7. Tidak keberatan untuk beralih arah jika berasa tertekan.


WANITA TANAH


Wanita tanah dilahirkan di bawah zodiak:
  • Taurus(21 April-20Mei),
  • Virgo(24Ogos-23 September) dan
  • Capricon(22 Disember-20 Januari).
  1. seorang yang boleh dijangka,berwibawa dan praktikal.
  2. Penyabar dan bertolak ansur,mempunyai kehendak dalaman dari segi emosi dan material.
  3. Semangat produktif dan gigih yang disertai dengan siksp berhati-hati menjadikan wanita tanah berkemampuan mencapai kejayaan dalam perniagaan.
  4. Kebijaksanaan dan kepintaran yang diperolehi sering tersembunyi oleh air muka semulajadi yang pendiam dan tenang.
  5. Sifat marah yang terkawal serta keperluan untuk keteguhan dan kawalan sering terbawa-bawa dalam perhubungan yang amat konservatif,serius dan sederhana.
  6. Tidak mudah menunjukkan sifat penyayang tetapi wanita tanah adalah seorang kekasih yang setia dan berwibawa.
p/s: u ol punya yang mana?