February 23, 2011

"chin, ko bila lagi?"

air kotak milo + nescafe mild 3-in-1 + ais 20 sen = fail! tak tidur2 lagi.

assalamualaikum people!

kelahiran entri pepagi buta ni adalah hasil daripada resipi kat atas tuh. hadoi..tak kuat + banyak mana pun nescafe tuh.. tapi dia punya penangan.. aku jadi zombie la esok pagi dalam kelas..

sebelum aku start study, (hopefully study statistics la, bukan study macam mana Leonardo di Caprio menghayati watak Ted Daniels dalam "Shutter Island") aku nak wish CONGRATULATIONS!!! kat kawan seuniversiti aku sebab positive pregnant. congrats aaja! aku tak la rapat sangat dengan dia tapi kenal la sebab dia kawan roommate aku.. dia kawen bulan 5 last year, so elok sangat la tu dah nak dapat anak..

last week or last 2 weeks sorang lagi budak kelas dia, nadrah baru je selamat bersalin. dapat baby boy! next week insyaAllah dah masuk kelas balik.. salute la kat dia sebab sangat kuat + gigih. nka jadi macam dia boleh? =]

balik je kelas petang tadi 2 orang bagi soalan yang sama kat aku. bukan setakat intipati soalan tu je yang sama, ayat pun sebijik. macam dah rehearse awal2. nak tau apa dia?

"hi chinut! aaja dah, ko bila lagi?"


haha lawak aku dengar. bukan lawak sebab soalan tu, lawak sebab ayat dua2 serupa. aku gelak je la.. insyaAllah ada rezeki ada la..hehehe...

ok la. nak study la. doakan aku dapat jawab quiz. tata semua!

p/s: seronok tengok masing2 dah start pregnant. aku bukan tak nak tapi tunggu turn. bagi yang dah kawen awal pregnant dulu. aku menyusul nanti. hehe

February 12, 2011

...

salam!

lamanya tak update! mm.. ok takbackground & header? macam 'tua' sikit kan? tak pe lah daripada putih je.. sebenarnya sayang nak tukar header, sebab owl tu nampak comel. =]

apa maw cakap? ok. study ok, life ok, badan sihat, kereta baru lepas servis, kewangan pun stabil.. err.. tipu. study tunggang langgang sikit, life tak berapa nak bagus, badan sihat tapi bintik aneh kat tangan timbul tak semena-mena, kereta ok la tapi bontot still berkurap.. i mean bontot kereta, kewangan so far ok tak perlu lagi ikat perut. tapi paling tak seronok; hati. hati, hati.. kenapa tak seronok je sekarang ni? sakit ke?

bila tengok 2,3 kali blog ni aku macam perasan corak background blog ni 'perli' aku; tua, dull, tak attractive...... eh,eh, aku tak rasa aku dah tua, tak attractive. luaran ok je.. sama macam dulu, tapi dalaman ni macam tak cukup. tak tahu nak describe macam mana. nak kata bosan, tak.. ok je duduk kat sini, cuma bosan sikit sebab suami jauh, tu je.. lain tak bosan. haih! apa aku merepek ni?

bang, jom gi jalan2 jom? kita tak honeymoon lagi kan. nak gi genting je, lama tak main roller coaster. bosan la kat sini tak de roller coaster.. kita gi eh nanti? kita gi taw? taw?

dah lah. study lagi bagus. err.. study lagi bagus sebab isnin exam. subjek yang memang 'mengancam'. ya Allah, terangkan hatiku.. tolong..

rindu..