July 07, 2010

update separuh masa pertama: holland - uruguay, seri 1 sama


masa aku tengah bermurung, oh tak... 'murung' macam agak sadis bunyinya, masa aku tengah fikirkan future yang ada kat depan mata ni, aku terjumpa blog ni Kereta Mayat. wah.. nama blog yang sepantas kilat mengingatkan aku tentang mati.

*hela nafas,istighfar

ok. blog ni aku jumpa dekat blog yang aku baru follow ni. 1 perkara yang buat aku tertarik nak klik link blog Kereta Mayat ni bukan sebab nama dia tapi asal usul owner blog ni yang dari mat rempit bertukar ke seorang yang tahu ilmu agama yang agak dalam pada pendapat aku setelah berjumpa dengan seorang muslimah; yang kini isterinya.

pergilah jenguk blog dia. lagi bagus jadi follower sebab ni salah satu blog yang sarat dengan hadith dan unsur2 islamic tapi masih boleh bergurau. bukan bergurau tentang hadith ye. =]

peringatan: blog ni sesuai untuk orang yang dah kawen atau yang dah dekat nak kawen atau terbuka mindanya sebab ayat2 dia memang straight. jangan terkedu pulak bila baca entri2 dia.

ok nak sambung tengok bola. =]


1 comment:

Uruchimaru @ kf said...

apepun holland vs spain final nnti