June 28, 2010

england sayur! bak kata abang aku

salam~
england kalah! 1-4. teruk jugak. tapi germany main memang bagus. untuk observer macam aku la yang kata.. lagi frust bila 1 gol england di-reject mentah2 oleh referee. apalah gunanya camera kalau kita tak boleh nak argue? hmm.. aku pun tak faham sangat.

tapi aku tak lah sedih sangat sebab team favorite aku (portugal) still ada dalam game. tak tau lah apa nasib portugal jumpa spain nanti. jangan aku dengan zul yang bergaduh sudah. yelah dia spain, aku portugal. masa spain kalah dengan switzerland pun dah semacam dah muka dia tengok muka aku yang sedap mengejek team dia. hahaha

dengan adanya world cup ni, aku (abang aku sebenarnya) makin kerap tengok tv indon. ye indon! rumah kami tak de astro. mak tak nak pasang. dia kata nanti hari2 abah & abang faizal tengok bola. kita orang pulak, kena tengok tv kecik, kat dapur pulak tu. huhuhu. oleh itu, astro tak dipasang.. tapi tak pe. aku ok je.. sebab gelombang indon & singapore boleh sampai kat sini. ha.. ni lah untungnya duduk johor, especially jb. aku bukanla budak bandar, tapi still dalam jb; pinggir sikit la. tapi tak pe, apa aku nak cerita kat sini; singapore & indon kalau bergabung boleh lawan astro tau!


kalau nak tengok movie macam kat astro, channel 5 (singapore) ada.. cerita ala2 discovery channel, okto malam2 ada..(singapore). katun?okto siang2 berlambak.. nak tengok cerita indon, bukak aje channel indon. nak termuntah2 tengok cerita indon. sebulan tengok channel indon, konfem boleh khatam bahasa indon. mau enggak? aku tengok bola ni pun kat tv indon. komentarnya bagus2 juga ya...

apa2 pun, congrats germany!

p/s: tv 1 n tv2, ehe sori..tak tengok pun.


1 comment:

.sweet-ants. said...

yeay!
go portugal!!