July 12, 2010

Eclipse hampeh? biarlah. susahkan u ol ke?

salam~

ada orang kata Eclipse hampeh, suck, jalan cerita dia isy..isy..isy... tak adventure langsung. tak pe lah.. taste kita lain2. i tak kutuk fav movie u so u jangan la kutuk fav movie i macam teruk sangat. sikit2 tak pe lah.. boleh? maaf la sebab tak dapat follow taste u. mmm tapi kenapa bermillion2 ek kutipan Eclipse kat panggung? mungkin sebab orang2 macam i ni bersepah-sepah kot 1 dunia? hmm... betullah memang ramai.

p/s: sama macam Harry Potter. ada je yang nak mengutuk 'jenama' yang sesungguhnya ternama.

July 10, 2010

cuti dah habis, belajar nak mula dah

salam~

hari ni ialah hari last untuk cuti panjang aku yang melebihi 3 bulan ni. walaupun kita selalu dengar ayat ni tapi aku nak cakap jugak; sekejap je dah habis cuti... sekejap kau kata? lebih 3 bulan kau kata sekejap? cet! budak uni lain tak de lah sakan holiday macam aku. haha tapi tu lah kenyataan.. bila tiba hari mengemas bagasi2, barulah nak kata macam tu. masa tengah cuti reti pulak nak cakap boring la, apa la...

sebenarnya aku tak lah kata cuti panjang aku yang terakhir ni boring sangat. kadang2 tu adalah kan.. tapi kalau dapat novel sebiji, diam la aku dalam bilik.. well,, cuti ni aku tak kerja langsung. rasa malas nak kerja. tak pe lah bila lagi nak duduk rumah lama2 kan? lagipun tak de lah 3 bulan lebih terperap je.. awal bulan 6 balik kampung kat Taiping, Perak. sepupu kawen. sempat lagi ke Penang.. tengah bulan 6 pergi Kelantan pulak. majlis sambut menantu. sakan la kan cuti aku kali ni? nak gi Australia duit tak cukup lagi. =]

tapi kan, aku ralat jugak sebenarnya. nak dekat balik uni la program2 wajib kat tv aku terganggu. contoh: final Showdown 14 julai, ANTM baru 3rd week, Vampire Diaries baru 4th or 5th week (yang ni aku tak heran sangat sebab member ada softcopy dia =]), Gossip Girls pun baru start, Flash Forward! baru nak masuk 3rd week. dulu masa ada kat Channel 5, aku kat uni. ni sempat tengok kat 8tv. tu pun 2 episod jek. Smallville baru nak start ahad nanti. uhuhuhuh!

ok lah. nak mengemas. laptop pun nak simpan dah. biar lah tv tu. nanti aku lupa gak. hehe babai!

***UPDATE: tak jadi balik hari ni (11jul). balik esok petang. yeah!!!

July 09, 2010

tak puas tengok Eclipse!

salam~

sudah tambah widget baru! Breaking Dawn countdown widget. tapi tak berapa cantik sangat.. so far ni je yang sempat aku search. nanti ada masa rajin cari yang lagi cantik! =]

bila dah tukar widget ni maknanya aku dah tengok latest installment Twiligt Saga: Eclipse! kenapa ada tanda seru? sebab excited la. ok. mana kawan2 aku yang rapat dengan aku dorang konfem tau aku kaki twilight. malas nak cerita pasal Eclipse. kalau nak tau tengok sendiri. untuk next installment; Breaking Dawn, antara scene yang paling aku nak tengok: pandangan pertama Bella bila di mula2 jadi vampire. kalau dalam novel author dia describe satu, satu apa yang bella nampak menggunakan mata vampire dia; 7 warna spectrum yang ada dalam udara, pemandangan dalam hutan waktu malam, macam2 lagilah. tak macam pandangan mata manusia yang terhad. tu yang aku nak tengok sangat. scene lain: cottage yang esme (mak edward) hadiahkan pada edward, bella & renesmee. ah... cantik gila! yang aku bayang sendiri la. harap2 ada la scene2 ni. =]. teringin nak tengok deleted scene Eclipse....

macam ni kot rupa Bella nanti? =]

July 07, 2010

update separuh masa pertama: holland - uruguay, seri 1 sama


masa aku tengah bermurung, oh tak... 'murung' macam agak sadis bunyinya, masa aku tengah fikirkan future yang ada kat depan mata ni, aku terjumpa blog ni Kereta Mayat. wah.. nama blog yang sepantas kilat mengingatkan aku tentang mati.

*hela nafas,istighfar

ok. blog ni aku jumpa dekat blog yang aku baru follow ni. 1 perkara yang buat aku tertarik nak klik link blog Kereta Mayat ni bukan sebab nama dia tapi asal usul owner blog ni yang dari mat rempit bertukar ke seorang yang tahu ilmu agama yang agak dalam pada pendapat aku setelah berjumpa dengan seorang muslimah; yang kini isterinya.

pergilah jenguk blog dia. lagi bagus jadi follower sebab ni salah satu blog yang sarat dengan hadith dan unsur2 islamic tapi masih boleh bergurau. bukan bergurau tentang hadith ye. =]

peringatan: blog ni sesuai untuk orang yang dah kawen atau yang dah dekat nak kawen atau terbuka mindanya sebab ayat2 dia memang straight. jangan terkedu pulak bila baca entri2 dia.

ok nak sambung tengok bola. =]


sementara tunggu world cup mula...

cari background yang sesuai. ok tak? baru la masuk dengan header =]

p/s: holland dah score sebijik! =]

July 06, 2010

tak de la kolot sangat aku ni...

official poster of Eclipse

OFFICIAL WORLDWIDE RELEASE DATES OF ECLIPSE

Domestic Territories

Canada: June 30 2010
United States: June 30 2010

Europe & Middle East

Benelux – Belgium: June 30 2010
Benelux – Netherland: June 30 2010
France: July 7 2010
Germany: July 15 2010
Austria: July 16 2010
Greece: June 30 2010
Iceland: June 30 2010
Israel: July 1 2010
Italy: June 30 2010
Middle East – Egypt: TBA
Middle East – Lebanon: July 8 2010
Middle East – UAE: July 8 2010
Portugal: June 30 2010
Scandinavia – Denmark: June 30 2010
Scandinavia – Finland: June 30 2010
Scandinavia – Norway: June 30 2010
Scandinavia – Sweden: June 30 2010
Spain: June 30 2010
Switzerland, French: July 7 2010
Switzerland, German: July 14 2010
Switzerland, Italian: June 30 2010
Turkey: June 30 2010

English Language

Australia: July 1 2010
New Zealand: July 1 2010
South Africa: June 30 2010
United Kingdom: July 9 2010 * ramai rakyat UK marah sebab pelakon utama filem ni (RPattz) dari UK tapi tarikh tayangan lambat. not fair! =p

Asia

China: TBA
Hong Kong: July 1 2010
India: TBA
Indonesia: June 30, 2010
Japan: November 2010 *menangis la korang tunggu sampai 5 bulan ='[
Malaysia: July 8 2010 * tak la lewat sangat.. =]
Pakistan: TBA
Philippines: June 30 2010
Singapore: July 1 2010
South Korea: July 8 2010
Taiwan: July 1 2010
Thailand: July 1 2010
Vietnam: TBA

Latin America

Argentina: July 1 2010
Bolivia: September 30 2010
Brazil: June 30 2010
Chile: July 1 2010
Colombia: July 2 2010
Costa Rica: July 9 2010
Dominican Republic: July 8 2010
Ecuador: July 16 2010
El Salvador: July 9, 2010
Guatemala: July 9, 2010
Honduras: July 16, 2010
Mexico: July 1, 2010
Nicaragua: July 8, 2010
Panama: July 9, 2010
Peru: July 15 2010
Uruguay: July 2 2010
Venezuela: June 30 2010
West Indies: July 7 2010

Eastern Europe

Baltics – Estonia: July 9 2010
Baltics – Latvia: July 9, 2010
Baltics – Lithuania: July 2 2010
Bulgaria: July 9 2010
CIS: July 1 2010
Croatia: June 30 2010
Croatia – Slovenia: June 30 2010
Czech Republic: July 1 2010
Slovak Republic: July 1 2010
Hungary: June 30 2010
Poland: July 2 2010
Romania: June 30 2010
Serbia: July 1 2010
Ukraine: July 8 2010

p/s: "...an impressive five-day worldwide box-office total of more than $261 million US" - whooaa!!! ni baru berapa buah negara yang dah tayang & sedang tayang. belum campur Malaysia. Jepun pun banyak fans taw.

sources: twilightblog.net & twilightish.com

July 03, 2010

blog budak umur 13 tahun lagi best dari blog aku. eheh

salam~
baru lepas baca 1 blog ni. owner blog ni baru je 13 tahun tapi blog dia..fuhhh! kalah aku. memang tabik dekat maisarah sebab sangat kreatif menghias blog. entri2 dia tak menunjukkan yang dia form 1. maksud aku dari segi bahasa. pada aku dia memang ada bakat menulis. cerita2 dia menunjukkan yang dia matang dalam berblogging. aku suka tengok blog dia. macam2 ada. serius aku tak kan dapat buat blog sekreatif blog dia dalam masa setahun nih. haha setahun je.. tahun depan tunggu la. aku make up blog ni bagi hensem. err.. tapi tengok jugak la sebab kalau dah malas tu 1 hapak pun tak guna kan?



jangan aku malas cm ni sudah


p/s: hobi baru: tengok gambar kat flickr. gambar atas ni pun dari flickr.
p/s#2: link untuk blog maisarah tu tak jadi2 dari tadi. kalau nak usha tengok kat chatbox cari nama maisarah.

July 01, 2010

portugal kalah, eclipse tak ada kat langit malaysia lagi; tak suka...

portugal kalah. ye lambat post tentang kekalahan ni. marah lagi nih! serius sampai sekarang tak boleh lagi berbual hal bola semalam dengan zul. elak gaduh je. cit!

takpe2, i still support u. n portugal

widget kat sebelah ni dah boleh kasi buang, tapi still tak dapat tengok even though some major part of the world dah berpeluh tengok semalam . aiyyak!!!

waaaaa....kenapa lambat sangat masuk malaysia...!!! boleh gila tau tak?

pasal korang la aku tak boleh tidur taw

untuk mengubat hati yang dah melampau2 tak sabar ni, tengok twilight & new moon untuk ke-_ _ _ kalinya...

p/s: sementara tunggu movie, baik aku download soundtracks dia semua skali. tak boleh tahan lah!!!