Showing posts with label study. Show all posts
Showing posts with label study. Show all posts

March 05, 2014

PERPUSTAKAAN = JUSCO TEBRAU?

Assalamualaikum. =]

baru berpeluang (dan beridea) nak mengarang sesuatu. dah sebulan dah masuk sem 2. saya tak pernah rasa sebusy ini. dulu masa zaman degree, nak rasa busy pun  bila nak dekat quiz, test, assignment and finals. kalau next week test, 2 hari sebelum test baru bukak buku. tu zaman degree dulu laa... konon-dah-dewasa-tapi-masih-takde-tanggungjawab-punya zaman. sekarang ni tak boleh dah nak gunapakai cara hidup tu lagi. haha.

semenjak bergelar pelajar balik ni, lepas kelas je terus pergi library. takde nak "jom makan" ke, "jom tengok runningman nak sambil lunch" ke, "nak tidur jap lah semalam tengok vampire diaries sampai subuh" ke apa ke takde dah. TAKDAK. lapaq lagu mana pun wajib pi library dulu. setengah jam buat kerja baru boleh pikiaq nak pi makan. tu pun belum tentu pergi. satu sebab penat, dua sebab banyak kerja, tiga sebab malas. makan pun malas????

bukan nak mengaku poyo, rajin atau apa, tapi seiring dengan perkembangan zaman dan peningkatan umur, masa itu emas. jangan dok buang masa selagi kepala masih fresh dengan apa yang lecturer baru lepas ajar dalam class. kalau lambat ulangkaji, lambat la tangkap balik semua2 ilmu tu. betul... lagi 1, kalau dah balik rumah, takde makna nak terus bukak buku. adam kat depan pintu dah tunggu. "mama nak yayan yayan!". mama dah nak muntah hijau duduk dalam kereta. nak jalan jalan mana pulak... nak jalan jalan hari hari tak boleh la...hujung minggu boleh.

bukan senang nak 'juggle' perkara penting dalam hidup. mestila anak penting tapi study pun kena jaga jugak.. dah ini yang dipilih. so kena la BERTANGGUNGJAWAB. ada assignment terus buat, lepas kelas terus pi library (cet library lagi). anak ajak jalan, jom jalan. anak ajak mandi kolam jom terjun sekali. anak tido jom tidoq sekali. tapi tidoq sekejap je la. masa dia tidur la kita nak buat kerja. (habis bila aku boleh tidur?)

kesimpulannya, apa pun yang ada di tangan kita, uruskannya dengan penuh tanggungjawab. akhir kata, sayangi hidup anda! =]


p/s: ending tah pape. title? i love library sama macam i love jusco tebrau.

November 18, 2013

NEW SPIRIT

assalamualaikum.

masa mula2 isi borang untuk sambung master, hati berbelah bagi. betul ke keputusan yang aku buat ni? mampu ke nak BELAJAR balik MATEMATIK?

dalam keadaan 50-50, aku apply je. kalau ada rezeki, belajar la balik. jadi student balik. dah hampir setahun jadi pendidik, tiba masa aku pulak yang kena didik.

pejam celik, pejam celik, berjaya jugak aku bergelar postgrad student. awal2 dulu memang semuanya berjalan lancar.. ada la sikit kalut nak siapkan assignment tapi semuanya berhasil. rasa macam, "ok, aku boleh buat ni. bahagi masa untuk study & anak. yeah!"

tapi bila dah setengah sem berlalu, dah mula rasa semput. macam tak berkesudahan semput ni. dah mula keluar thoughts yang tak sepatutnya terfikir dalam kepala otak yang tak berapa nak tenang ni. lately, rasa takde daya upaya. selfless. so, bagi naikkan balik mood, aku baca la motivational quotes. wallpaper pun semua tentang itu. nak baca buku motivasi takde daya upaya. cih. lembik.

somehow sehari dua yang lepas semangat tu datang balik melonjak2. exponentially-lah bak kata mat salleh.
macam mana boleh jadi macam tu? semuanya tentang "talking to the RIGHT person". hey man, I owe you. A LOT. next time kte 'jamming' lg.

boleh x?



p/s: i hope our reconnect-relationship lasts forever insyaAllah..

March 25, 2010

calmness vs energetic

feel calm when hear this lullaby,
feel energetic when watch videos below,

but now i need calmness.....


(picturing how Edward soothing Bella with lullaby..)



**************************************


aku: study chin......jangan berangan je!
AKU: bahek!

March 23, 2010

peksa

minggu tidur bersama buku dah bermula minggu lepas..
kali ni aku rasa aku boleh ubah apa yang selama ni aku nak ubah,
mak abah abang faizal, doakan shikin ye..
kawan2 semua, ampun maaf dipinta mensuci hening dosa..
doakan kejayaan kita!




...cheesy sikit post kali ni.
mungkin sebab mode aku sekarang ni: sedar diri dan balik ke asal usul,

February 14, 2010

6 tahun di uia, tak boring pun?

salam~
lepas baca latest post dari kawan aku, aku rasa terpanggil nak post entry yang lebih kurang sama dengan dia. kenapa student UIA lama sangat study? u lain 3 tau maximum buat degree tapi uia 4 taun minimum?? nak tau pasai apa kami ni lama sangat blajaq? aku cerita untuk course yang ada di kuantan je la k? yang kat gombak soh budak gombak explain.
  • foundation 1.5 tahun or 2 tahun (mostly 2 tahun) - kenapa sampai dua tahun? matrik KPM setahun je. well, kami kena belajar:
  1. bahasa arab (level 1 & 2)
  2. english (level 3,4,5,6) - untuk tahu kita level mana, hari kedua di matrik ada test. result kita akan tentukan kat mana level kita. aku level 6 =]
  3. computer (2 subjek)
  4. fim (2 subjek or 3 subjek. macam subjek agama tapi sangat lain dari sekolah punya syllabus. SANGAT LAIN OK?)
  5. study circle (level 1 & 2) / fardhu ain- subjek coco n wajib amek. kalau tak tak boleh graduate. salah. matriculate.
  6. core course.
  • baru selesai foundation. ni degree punya pulak:
  1. coco (6 subjek) - take note: ni bukan coco sukan2 je k. macam2 ada. bila aku cakap macam2 ada, MEMANG MACAM2 ADA.
  2. english (2 subjek)
  3. bm (1 subjek)
  4. UNGS (3 subjek)
  5. RKUD (1 subjek)
  6. KOS (2 subjek)
  7. MINOR (6 subjek)
  8. barulah core courses and later MAJOR subjects...
kenapa ada macam2 nama subjek kat UIA? well, kalau ko nak jadi pegawai bank, perlu ke ko belajar semua yang berkaitan dengan mathematics and management tapi other skills hampeh? leadership? soft skills, tu lah wujudnya subjek yang macam2 nama tu. satu lagi, tak kan tau duniawi tapi ukhrawi ambil ringan je... yang ni aku tak nak elaborate, sendiri mau ingat.. nama pun UIA. kang tak de ISLAMIC 'part' kena kondem. =]

kalau tak complete explaination aku, tengok kat sini plak. babai~ assalamualaikum...

February 05, 2010

poligami

sangat ENJOY dalam parenting class tadi..

saya berlakon jadi BINI NO 2 taw!



February 02, 2010

anjakan paradigma

current place: resource centre, KOS (a.k.a wackos)
time: 4.26 pm
purpose: do assignment (?!)

salam~
sekarang aku berada di tempat seperti yang tertera di atas,
tujuan juga seperti yang tertera,
err... nak cakap yang aku tak pernah ke bilik study atau library atau yang sama taraf dengannya untuk buat assignment atau kerja sekolah. universiti.
tapi hari ni tak tau kenapa rasa macam kena pergi tempat ni.

(sambung buat kerja)

..........................

sekarang baru aku faham kenapa roommates aku suka study or buat assignment kat library:
T.E.N.A.N.G

babai. nak sambung buat kerja.

November 17, 2009

jurnal final exam #6 - final!

day 6 - advanced calculus
  • last paper. yahoo!
  • buat tak sampai sejam. bapak kerek tapi betul la..
  • sweet memories..
  • =]
p/s: lambat pos sebab semalam baru sampai rumah n tak de masa nak online sebab penat drive. happy hols guys!

November 12, 2009

jurnal final exam #5

day 5 (mathematical method)
  • lambat post sebab busy layan movie. (bajet jiwang nak kena tenang..)
  • agak frust sebab soalan yang kuar ialah topik yang memang dah berani mati x nak sentuh
  • sejuk gila (macam dalam peti ais)
  • =\

November 07, 2009

jurnal final exam #4

day 4 (ethics and fiqh in everyday life)
  • exam di KOM
  • cuaca panas pulak hari ni
  • another 6 essays to write
  • urrghh.. tak cukup masa
  • =/

jurnal final exam #3

day 3 (historical, philosophical foundation of malaysian education)
  • start pukul 9 am jugak. macam semalam dan kelmarin
  • hari ni pakai cardigan sebab suhu exam hall macam mencecah paras beku. haish..
  • tak mengantuk sebab tak breakfast berat
  • tangan, pinggang, tengkuk sangat lenguh (kena tulis 6 essay weyh...)
  • short essay dh macam long essay, long essay of course la kena long,
  • pertama kali untuk final exam kali ni aku dapat ilham dalam mimpi. haha..
  • =]
p/s: lambat sehari pos sebab semalam sibuk mengurut jari yang hampir bengkok akibat mengarang essay. peace..

November 05, 2009

jurnal final exam #2

day 2 (educational perspective of human development)
  • macam semalam: pagi2 dah hujan. menggugat jiwa betul.
  • tadi mengantuk gila
  • soalan tough jugak. lagi2 essay. (tang autism tu main bantai je jawab)
  • hari ni x keluar awal sebab ade soalan essay.
  • ok lah.... =I

November 04, 2009

jurnal final exam #1

day 1 ( intro to statistic)
  • critical paper untuk sem ni
  • carry marks agak hampeh
  • tapi tadi keluar awl sebab sejuk sangat+lapar (maybe + "boleh jawab")
  • alhamdulillah.. =]

July 13, 2009

jb-ktn

salam~
dah sampai jugak kuantan akhirnya..
5 hours-non stop-journey buat aku kelaparan,
sebenarnya lebih lapar 'hati' dari perut..
maybe hati ni masih tertinggal kat JB?



p/s: 2 minggu lagi nak balik

April 28, 2009

tepuk bahu masing2...

salam~
result dah keluar..
ada sikit improvement..
walaupun exam kali ni 'exam' terhebat yang pernah aku lalui sepanjang hidup hampir 21 tahun kat muka bumi ni..
jasmani dan rohani diuji..
fizikal dan mental diasak dengan macam2 'soalan'..
ada yang dijawab dengan tulisan,
tamparan,
tangisan,
herdikan,
diam seribu bahasa,
hurm...
thanx to Allah for giving me strength..

February 09, 2009

mahu balik...

salam~
weekend yg lepas sarat dengan xtvt,
kuantan-kl-kuantan in 3 days.
ni dah balik kuantan...
rindu rumah la...
bila baca the latest entri from mira ,
hati terus teringat kat rumah..
tah la kadang2 rasa seronok kat sini,
tapi bila tiba boring dia,
rasa nak je start kereta then,,
terus ke jb..
quiz..exam..
mals nak ngadap
pernah je rasa nak quit,
nak kerja,
tapi kerja pun cam malas..
so belajar je la yg mampu,
betul cakap ko mira,
kita study ni pun sebab x nak fikir benda2 yg karut marut sesak lagi menyesakkan kepala hotak ni.
n now,,
boring............
ha...
mahu balik..............

January 20, 2009

Fransisco Italiano!

salam~
tiba2 terasa nak tulis sesuatu pasal lecturer baru linear algebra,
Mr Fransisco ---- (x ingat nama belakang dia)
dari Itali...
aku kalau masuk kelas dia rasa macam excited sikit.
maklumlah dapat lecturer "asing" kulit putih..
kalau x lecturer melayu pun,
mesti lecturer dari sudan..
haha..
bukan x suka orang kulit gelap nih,
best la dorang ajar..
yang jadi excited dengan si fransisco ni...
sebab nampak macam omputih.
memang la dah kulit putih...
aparrrraaaaaa....

dia punya ilmu? memang power....
dia punya english?
!@#$%^&*()_+.....................
kalau telinga ni pekak sikit atau tersumbat ke sebab dah lama x korek telinga,
sure x dapat salin notes dia,
bukan dia x tulis kat whiteboard,
tapi..................
apa yang boleh aku cakap doktor pun kalah kalau nak bandingkan "keunikan" tulisan.
sampai aku terasa nak cakap,
"sir, may u improve your handwriting?"
tapi biadab la kan...dia datang jauh2 nak mengajar ni kita plak nak ajar dia.
petang tadi kali kedua dia masuk kelas sebab baru 2 minggu dia ganti bro supian.
budak2 ni suka sangat mengajuk dia,

contoh 1:
"......it means that the point locates at iks (bunyi dia sebut huruf 'x') and y plane."

contoh 2:
"when c1v1 mainus (bunyi dia sebut 'minus') c2v2, it equals zero."

banyak lagi contoh sebenarnya tapi kebanyakkan yang selalu budak2 ni bahan ialah intonasi dia.
tau jela kan orang itali punya lenggok bila dia bercakap.
kalau x tau cuba tengok cerita yang ada berlakon kat itali or belah2 amerika selatan.
x pun cerita CASANOVA kalu x silap.
sedap woo......
tapi nak paham,
susah woooooooooooooooo............
haha..

malam2 je pening dengan notes dia.
lagi2 tikah.
nanti dalam kelas mula la buat signal pastu bisik2,
"chinut nanti pinjam notes hang."
mentang2 aku excited dengan kelas dia ingat aku faham sangat apa yang dia tulis kat depan tuh.

tapi aku still salin notes dia...
completo!

December 21, 2008

welcome home...

salam~
semalam dah sampai UIA lebih kurang pukul 3.50pm,
5 jam je drive,,
tapi yang sikit pelik,
berhenti solat 30 minit pun,
still 5 jam perjalanan,
dulu kalau x berhenti langsung pun 5 jam..
nak kata pecut,
paling laju pun 100km/h..
tah lah,
nak senangkan perjalanan mungkin..

22 dec sepatutnya dah mula kelas,
tapi biasa la...
add drop session pun x stat lagi,
bosan la x buat apa2...
....................................................................................................................

x sabar pulak nak belajar,
nak rasa cam bz ckit...............
poyo r ko chinut!!!

December 03, 2008

congrats kepada semua!

salam~
result dah keluar,
happy?
x sangat..
biasalah..
x seperti yang duharapkan.
manusia,biasalah..
bila peluang datang,
x nak grab.
bila dah nak terbang melayang,
baru terkapai-kapai, last2,regret..
tapi nak buat macasm mana?
dah tu yang kita pilih..
so,
next tyme,
BUAT BETUL2!

November 05, 2008

1 paper to go~

salam~
ANALYTIC GEOMETRY,
subjek yg plg "critical" yg pernah aku amek sepanjang bergelar "student" ni,,
dh abes dh paper 2..
leganya...!
rasa cm dh babes exam dh,,
padahal ade lg 1 paper..
tp ok la ade gap 5,6 ari..
bleh lyn cte jepun skali round,,
ekek,
k la..
mau tgk takuya kimura..
jaa!