December 30, 2009

dunno

finished reading eclipse..
really2 need breaking dawn right now..
addicted......hu......hu..........

December 23, 2009

bite me edward!

salam~
lama tak menghadap blog ni rasanya,
dah bersawang pun ye gak.
tiada pembaharuan, cuma follower naik sikit,
thanx kamu!

mood terkini: twilight

tak tahu kenapa (tipu),
sekarang rasa macam nak valentine,
mood ni macam terbuai2 jek..
bukan... macam nak...
uurrgghh... susah nak cakap. ok. tulis.
mmm,faham tak?
oklah,
mungkin sebab sekarang betul2 into Eclipse,
bila dah baca kali ke-2 ni baru betul2 nampak apa yang diceritakan.
masa 1st time baca bukan la tak nampak..
tapi sebab perasaan tak sabar dan gelojoh,
mesej yang nak disampaikan oleh stephenie meyer ni tak berapa clear untuk saya lihat.
ok?
sekarang ni memang larut betullah...
tak boleh nak tinggal,
bed time story dah memang wajib,
kalau ada masa lapang memang buku tu jadi peneman.
(sori ye damia..aku tengah syok ngan edward n bella. buku yang ko cadangkan tu nanti aku cari n baca. hehe..)
ditambah pulak dengan lagu kat sebelah ni,
memang syiioook ooooo....................................................

p/s: sori gila sikit. malam2!

November 30, 2009

5

5 perkara yang aku nak buat/beli sekarang nih:

  1. cat bilik
  2. handycam
  3. peluk oyen
  4. cat Lisa kaler putih
  5. sweater panjang
aladdin...mana jin boncit ko???

November 27, 2009

last wish?


moral of the story: don't work too hard. nobody notices anyway

setahun lagi eclipse menjelma..

kesabaran teruji di sini..

p/s: sesungguhnya novel lagi best dari movie

November 26, 2009

vampire oh vampire..werewolf boleh?

new moon sudah keluar.. agak2 dah boleh buang ke belum widget kat sebelah ni?

November 24, 2009

selamat tinggal sayangku..

datang dengan sakit,
pergi dengan sakit,
kamu bagi saya kegembiraan yg betul2 bermakna,
walaupun sekejap,
saya tetap ingat kamu sampai bila2.....
selamat tinggal.....

p/s:rip..oyen..

November 17, 2009

jurnal final exam #6 - final!

day 6 - advanced calculus
  • last paper. yahoo!
  • buat tak sampai sejam. bapak kerek tapi betul la..
  • sweet memories..
  • =]
p/s: lambat pos sebab semalam baru sampai rumah n tak de masa nak online sebab penat drive. happy hols guys!

November 12, 2009

jurnal final exam #5

day 5 (mathematical method)
  • lambat post sebab busy layan movie. (bajet jiwang nak kena tenang..)
  • agak frust sebab soalan yang kuar ialah topik yang memang dah berani mati x nak sentuh
  • sejuk gila (macam dalam peti ais)
  • =\

November 07, 2009

jurnal final exam #4

day 4 (ethics and fiqh in everyday life)
  • exam di KOM
  • cuaca panas pulak hari ni
  • another 6 essays to write
  • urrghh.. tak cukup masa
  • =/

jurnal final exam #3

day 3 (historical, philosophical foundation of malaysian education)
  • start pukul 9 am jugak. macam semalam dan kelmarin
  • hari ni pakai cardigan sebab suhu exam hall macam mencecah paras beku. haish..
  • tak mengantuk sebab tak breakfast berat
  • tangan, pinggang, tengkuk sangat lenguh (kena tulis 6 essay weyh...)
  • short essay dh macam long essay, long essay of course la kena long,
  • pertama kali untuk final exam kali ni aku dapat ilham dalam mimpi. haha..
  • =]
p/s: lambat sehari pos sebab semalam sibuk mengurut jari yang hampir bengkok akibat mengarang essay. peace..

November 05, 2009

jurnal final exam #2

day 2 (educational perspective of human development)
  • macam semalam: pagi2 dah hujan. menggugat jiwa betul.
  • tadi mengantuk gila
  • soalan tough jugak. lagi2 essay. (tang autism tu main bantai je jawab)
  • hari ni x keluar awal sebab ade soalan essay.
  • ok lah.... =I

November 04, 2009

jurnal final exam #1

day 1 ( intro to statistic)
  • critical paper untuk sem ni
  • carry marks agak hampeh
  • tapi tadi keluar awl sebab sejuk sangat+lapar (maybe + "boleh jawab")
  • alhamdulillah.. =]

October 12, 2009

puasaraya09

anjakan paradigma:
  • berjaya habiskan puasa 6 untuk pertama kali dalam hidup
  • habis ganti puasa dalam bulan syawal =]
  • masak untuk roommates 2 hari berturut2
tepuk bahu sendiri, chinut!

salam~
2009-ramadhan dan syawal yang paling bermakna dalam hidup. yee haa! banyak perkara baik berlaku lepas bencana melanda diri beberapa bulan yang lalu. bernula dari ramadhan sampai la 2 hari yang lepas yang masih dalam bulan syawal. apa yang berlaku, biar la empunya badan dan hati saja yang tahu. yang penting, life is getting better now.. semuanya agak teratur berbanding dahulu (bukan semua jugak sebab study pun tunggang terbalik)..

doakan yang terbaik untuk nurul ashikin anak pak radzi ni ye.. tq..

September 29, 2009

raya

dah seminggu lebih terlewat wish Selamat Hari Raya. SELAMAT HARI RAYA! MAAF ZAHIR DAN BATIN.

p/s: sangat sibuk raya ni sampai x sempat layan blog =]

September 17, 2009

lagu

salam~
rasanya dah agak lama tak menulis,
last entry pasal udang,
sekarang udang tu pun dah xde kat kfc..
lama la jugak kan?

sebenarnya xla bz mana pun sampai x sempat menulis..
cuma xde apa yang nak dikongsi.
ni pun terasa nak menulis sebab otak dah pengap dengan assignment,
cognitive theory n bla3...
bila daa nak abes assignment nih..
sambil buat assignment yang x berapa menunjukkan progression yang menggalakkan,
dengar la lagu,
macam biasa untuk kurangkan ketegangan..
macam sekarang tengah dengar lagu seventeen - selalu mengalah
sebelum tu stacie oricco - stuck,
sebelum2 tu gym class heroes- clothes off

sebenarnya aku nak cakap,
lagu ni main peranan penting dalam hidup kita,
dengan lagu kita ingat akan sesuatu peristiwa,
lagu pun boleh buat kita ingat kat seseorang,
atau tempat.
macam tadi masa dengar lagu stuck,
aku tringat masa zaman kemurungan aku beberapa bulan yang lalu,
rasa kena sangat lagu tu dengan condition aku masa tu,
hampeh gila babeng!
macam lagu seventeen tu plak,
ia mengingatkan aku pada zaman aku mula kenal dengan si dia yang sekarang ni sudi jadi teman aku yang paling rapat,
tapi aku x kate la tu lagu kteorang,
paham kan?
tapi lagu yang plaing buat aku rasa nak menjerit kat depan muka orang tu,
ialah lagu coklat - karma.
korang dengar n baca lirik dia.
aky memang nak sembur depan2 dia kalau diberi peluang
sekali je,
bagi puas hati.
boleh?
huh, nak tengok muka pun dah x lalu.
lantak ko lah,
yang penting jangan wujud depan mata aku lagi dah
betul tak lina?
teehee..

disimpulkan di sini,
aku banyak kerja yang perlu disiapkan,
sambil layan lagu yang boleh buat aku mengimbau kenangan lama,
cet!
harap kerja aku siap dengan cantiknya.
sekian wassalam...

September 01, 2009

current obsession

"mana pergi semua udang hari ni?"

August 26, 2009

bazar oh bazar

salam~
ramadhan ke-5 baru berpeluang ke bazar ramadhan,
memang sesak dengan pengunjung lain.
maklumlah setahun sekali je bazar ramdhan ni wujud.
untuk hari ni, aku beli nasi beriyani ayam berempah n air tebu,
meleleh tak?


selamat berbuka!

August 25, 2009

bella n edward

tiba2 terasa jeles
cis!

August 22, 2009

p u a s a


SELAMAT BERPUASA SEMUA!

mimpi

dah 2 malam berturut-turut mimpi orang yang sama,
dan jalan cerita dia macam berepisod,
ye berepisod.

malam 1:
kami berbaik2 semula

malam 2:
kami kawin

..........

August 17, 2009

pergi dan gigi

salam~
dah agak lama rasanya tak menulis..sejak 'kehilangan' seseorang yang boleh dikatakan agak rapat dengan aku.
bukan sebab sibuk dengan class atau internet connection bermasalah,
cuma x tau nak cerita pasal apa.
aah.. x tau langsung.

tapi lepas class petang tadi,
terasa nak tulis sesuatu.
ada kaitan dengan entri terakhir yang aku tulis..
ditakdirkan arwah sekelas dengan aku untuk subjek leadership.
bila check list name siapa yang x hadir,
timbul nama arwah.
bila ditanya sebab dia x hadir,
semua agak teragak-agak nak jawab..
muka sir agak terkejut bila seorang dari classmate aku cakap,
"she's passed away.."
agak banyak kali jugak la kena ulang ayat yang sama.
yelah bukan senang nak main percaya cam tu je bila timbul cerita2 tentang kematian.
tambah pulak dengan muka kami yang agak 'selamba' sebut perkataan "passed away",
bila sir dah confirm percaya yang arwah dah x de,
dia persoalkan sesuatu,
"muka kamu x nampak macam kamu sedih pun. boleh senyum2 lagi.x sedih ke?"
lebih kurang cam tu la ayat dia..
tiba2 aku pun terperasan yang muka kami memang macam x sedih.
x sedih ke?
sedih...
sampai kadang2 bila terfikir balik tentang arwah,
rasa macam sebenarnya dia masih ada..
dia x pergi mana2 pun.
tapi realitinya dia dah xde untuk selama2nya..
mungkin sebab semuanya dah kembali 'normal'..
semua ceria macam selalu,
aku yang lalu depan bilik dia pun dah x terasa seram,
tengok kawan dia yang terselamat pun dah boleh ketawa macam biasa,
mungkin jugak kan...

tapi sebenarnya sampai sekarang aku terfikir,
betul ke sedih tu dah xde?
kalau ada kenapa dulu rasa muram je bila dengar berita tu tapi sekarang x dah?
ada yang jawab soalan sir tadi,
"life must go on sir"
mungkin jugak bila kita fikir hidup mesti diteruskan,
kita terus jadi normal,
x muram2 dah,
x sedih2 dah..
tapi jujur aku cakap aku pun agak terkejut kenapa tadi kami masih boleh senyum n gelak2 bila timbul balik cerita tentang arwah,
spontan n serentak reaksi tu datang dari kami.
mungkin kita terlampau meratap masa dapat tau berita tentang pemergian arwah,
sampai semua perasaan ratap+sedih tu dah habis,
bukan habis,
tapi x dizahirkan macam seminggu pertama lepas arwah dah xde.
mungkin jugak kan?

..................................................................................................................

semoga dengan kehadiran bulan yang mulia ni, arwah tenang di sana..

p/s: setelah 3 tahun 3 bulan aku hidup dengan gigi yang x sempurna, kini aku dah dapat gigi baru.tee hee...

July 30, 2009

gurau ratap

salam~
semalam baru bergurau,
hari ni dah meratap

sama class,
sama mahallah,
dia 1 floor dengan aku,
bilik selang 1 pintu,
selalu jumpa kat toilet,
atau compartment tiqah
sebab dia ni suka tanya soalan
time tu aku pun menyelit la sebab sekaligus boleh study
nak tunggu aku study sorang2,
lambat ckit la...

rasa macam dia ada lagi,
bila kenangkan balik,
dia memang dah xde,
dah pergi,
ajal maut datang dalam keadaan paling x kita duga
sangat x duga!!
sentap jiwa...

p/s: al fatihah untuk arwah Maslina..Moga rohnya ditempatkan bersama orang2 yang beriman amin...

July 29, 2009

tengah malam

sekarang: 3.27 a.m

aktiviti: ketagih lagu "After Midnight" - Yuna. macam ketagih mi ruski. tapi ni lagi teruk. lebih 50 kali ulang. x tipu!

**********************

sekarang: 3.29 a.m

aktiviti: masih dengar "After Midnight".

**********************

sekarang: 3.30 a.m

aktiviti: "After Midnight: kali ke 50++

.....

semacam,

tido!!!

July 13, 2009

habuk pun tadak!

berjaya menghapuskan 'najis2' di blog ku
yaay!!!

jb-ktn

salam~
dah sampai jugak kuantan akhirnya..
5 hours-non stop-journey buat aku kelaparan,
sebenarnya lebih lapar 'hati' dari perut..
maybe hati ni masih tertinggal kat JB?



p/s: 2 minggu lagi nak balik

July 11, 2009

cuti dah habis

salam~
hari ni hari terakhir cuti sem aku..
3 bulan kat umah.
gila lama!
orang lain belum cuti aku dah cuti,
orang lain dah habis cuti aku x habis2 lagi,
haih...

pada aku,
cuti kali ni ialah cuti paling 'bermakna' dalam hidup aku..
cuti kali ni x sama dengan cuti 3 bulan masa aku habis foundation dulu sementara tunggu nak masuk degree,
cuti dulu: amek lesen kereta
cuti sekarang: lenjan LISA sampai ke KL
cuti dulu: lepak kat umah membesarkan badan (besar ke??)
cuti sekarang: kerja siang malam sampai kudut

ni je la kot yang aku boleh cakap,
lain2 terlampau peribadi,
huhu

tapi semalam aku 1 cerita yang tiba2 boleh buat aku menyirap,
ntah hangin mana datang dari badan aku nih,
sampai bangun pagi tadi pun ada 'orang' perasan aku moody semacam.
ni bahana cerita semalam la nih!!!
x enak betul untuk didengar,










lepas ni aku x nak dengar apa2 cerita pasal ko lagi,
faham?

p/s:sori termerapu

June 28, 2009

babai kerja..

salam..
hari ni hari terakhir aku bekerja sebagai promoter celcom..
hmm...
sedih gak nak tinggalkan kerja ni.
banyak benda@peristiwa@kenangan yang aku dapat sepanjang kerja ni,
lagi2 dapat bos yang hensem@berlagak bujang@senget seperti Zaid.
best la dapat ko zaid..
next time ada job jangan lupa ajak kita ye..

antara tempat yang aku jelajah dengan teammates aku:
  • dewan kg melayu majidee
  • terminal bas larkin
  • plaza angsana
  • kompleks pusat bandar pasir gudang
  • kediaman kolej jururawat kat Austin Perdana
  • mamak prata cheese kat Austin Perdana
  • taman perling
  • taman bukit mewah
  • mydin bandar baru uda
  • jusco tebrau city
  • mamak kat area larkin perdana
  • pontian, pasar malam pekan nenas, tambak, stesen bas pontian
  • sekolah2 area pasir gudang
  • hutan bandar
  • kipmart tampoi
  • politeknik johor bahru
  • UTM Skudai
  • KARNIVAL SUARASA TV9, STADIUM PAROI, SEREMBAN, N9. PALING BEST!!!
banyak lagi la tempat sebenarnya tapi ni je yang aku boleh ingat.
pengalaman bekerja paling best sepanjang hidup..(buat masa sekarang ni la..=])

secebis kenangan my teammates with LISA..







June 18, 2009

aku H1N1???

semalam..
buat sale kat Hutan Bandar,
ramai jugak budak sekolah yang amek no free nih,
tengahari sikit kepala dah start pening,
hingus dah start meleleh,
tekak dah sakit batuk2,
habis je kerja terus balik rumah..
lepas hantar amal ingatkan nak balik,
tapi sebab badan pun dah start x sedap,
terus pergi klinik..
doc cakap
"temperature dah tinggi sangat dah nih,
awak boleh jalan2 lagi?"
aku plak cakap,
"saya baru balik dari kerja,
ni pun baru je rasa x sedap badan.."
doc bagi mc sehari..
duit ubat pun x cukup,
nasib rumah dekat dengan klinik,
x sangka lak banyak gila ubat dia bagi..
malam je tiba,
semua tanda2 penyakit H1N1 ada pada aku,
erk???
mintak dijauhkan je la..
petang tadi dah inform kat zaid(bos) esok x kerja,
tspi kalau aku x kerja,
susah la amal n lily nak gerak..
so lepas bantai semua ubat yang doc bagi tu,
aku terus bantai tidur...

hari ini....
bangun pukul 8.40a.m,
dah sihat!!
syukur...
boleh pergi kerja..
n buat sale banyak2!
n syukur lagi skali..
sale agak banyak hari ni,
cuma yang malang plak,
cermin kereta retak sikit,
lori pasir badigol depan kereta aku la punya angkara..
dah jauh pun kena gak batu batan..
lori main nganga cam tu jek,
habis LISA..
DUIT LAGI...............

June 14, 2009

pic lagi


tengok muffin pun dah boleh tau kat mana..


"kawan lama"..=]


charlie's angel..kah?


bosan menunggu


nak ke jusco seremban


baru exit tol senawang, tunggu untuk dibawa ke rumah tumpangan..

p/s: pic2 ni diambil sehari sebelum Karnival Suarasa.. enjoy habis2an sebelum jadi 'buruh kasar'. =]

June 12, 2009

suarasa tv9 + karaoke





tak nak cakap banyak, tengok sendiri. next time saya upload lagi

June 03, 2009

tag lagi

1st Tag
Copy award di bawah untuk diletakkan di blog anda

Nyatakan 5 fakta menarik tentang si pemberi award ini
1. akak dia menang pesona nona tempat ke3.
2.dia je yg panggil saya "asik".
3.pandai cakap singkat2 sampai bunyi macam cakap bahasa thai.kan mira kan?
4.dia besfren ngan has dari form 1 sampai sekarang.
5.kawan ter'baeek'!

Setiap blogger mestilah menyatakan 10 fakta atau hobi diri sndiri sebelum memilih
1. 21 this year
2. ada abang jek
3. suka mini cooper (tunggu je la aku convert Lisa tu jadi cam mini cooper..)
4. x suke merokok mahupun b'dktn dgn perokok..(tapi suka gak mengshisha..haha)
5. baru pas putus cinta (makan dalam beb..='[ )
6. camera whore
7. lagi senang 'masuk kepala' ngan lelaki dari perempuan (maybe perempuan ni banyak songeh sikit kot?)
8. kalau tengok youtube suka tengok video Jennifer Chung
9. kuat makan (bila saya cakap kuat makan bererti KUAT ye)
10. ice cream,ice cream,ice cream!

Anda perlu memilih 10 penerima award...
1. mira
2. lily
3. ???
4. ???
5. ???
6. ???
7. ???
8. ???
9. ???
10. ???

2nd TagRULES:
1. put this badge on your awesome blog.
2. award this badge to 10 blogger whom you think are inspirational and friendly.
3. make sure you put the 'recipients' name here, along with their links.
4. let them know about this.

1. done!
2.
- mira
- lily
- ???
- ???
- ???
- ???
- ???
- ???
- ???
- ???
3. link? malas..(jawapan mira)
4. malas jugak.

3rd Tag


1. how old are you?
- 21 years 1 week

2. are u single?
- single but not available (geli gila siot jawapan! open relationship la..)

3. at what age do you think you’ll get married?
- 25-30..

4. Do you think you'll be marrying the person you are with now?
- InsyaAllah..

5. If not, who do you want to marry?
- siapa2 yang telah tertulis di Loh Mahfuz untuk dijodohkan dengan saya..

6. Who will be your bridesmaid & bestman?
- 1 family, 1 kawan sekolah rendah, 1 kawan sekolah menengah, 1 kawan PLKN, 1 kawan UIA.

7. do you want a garden/beach or traditional wedding?
- garden

8. Where do you plan to go on honeymoon?
- australia n london
9. How many guests do you think you'll invite?
- semua yang pernah muncul dalam hidup saya.

10. Will that include your exes?
- why not..

11. How many layers of cake do you want?
- x kesah..
12. When do you want to get married, morning or evening?
- hari x hujan

13. name the song/tune you’d like to play at your wedding?
- apa2 yang jadi fav time tu. kawan2 yag bersuara merdu wajib nyanyi.

14. do you prefer fine dining or just normal spoon & fork?
- both

15. Champagne or red wine?
- apple juice, mango juice, coffee, tea..

16. honeymoon right after the wedding or days after the wedding?
- days after..

17. money or household item?
- both

18. how many kids would you like to have?
- 3-5.

19. will you record your honeymoon in cd?
- of course!
20. I want to know their wedding planning
- mira
- lily

tag

Okay, here's the rule :
Use Google Image to search the answers to the questions below. Then you must choose a picture in the first page of results, and post it as your answer. After that tag 7 people.


WISHLIST


BAD HABIT


FAVOURITE PLACE 


PLACE I DO LIKE TO TRAVEL


A FAVOURITE THING


MY LOVE


A HOBBY


A FAVOURITE COLOR


A FAVOURITE FOOD


THE AGE OF NEXT BIRTHDAY 


baru berkesempatan melunaskan tag ini



June 02, 2009

part time full time


ice cream mc d 55 sen

dengan mamat2 singaporean yg sangat sporting..gerek seyh..

teammate

mengular time..

surprise 'party'! 

salam~
sangat lama x update..
xde apa nak cakap sangat,
tengok je la gambar k~

May 24, 2009

jejak kasihan

semalam,
masa kerja, ada customer.
mesti la ada kan?
kalau xde kena cari jugak.
nama pun promoter.
tapi ada sorang customer ni,
saya x panggil dia pun.
tiba2 dia muncul depan mata.
rasanya promoter2 lain ni pun x panggil dia kot.
saya tengah cari2 barang kat bawah.
so bila dia datang saya x sempat nak layan dia.
saya tengok dorang semua macam bz layan customer lain,
so saya berhenti la sekejap kerja2 mencari barang di bawah,
dan mengangkat kepala saya untuk melayan customer yang tiba2 muncul depan mata nih.
tengok je muka dia,
terus nak termenjerit!
(betul ke ayat ni?)
rupa2nya dia,
schoolmate masa zaman kanak2 dulu...
tiba2,
ada satu perasaan yang sukar dimengerti,
ahaii..!
perasaan seorang promoter terhadap customer,
tak lebih tak kurang maa.....
lepas selesai berbual, bertemu-kembali-perbualan berlangsung dan berurusan,
dia pun dah nak chow..
katanya bus pukul 3.30pm
tapi masa tu dah 3.32pm,
kelam kabut saya suruh dia berambus!
takut dia tertinggal bus jek...
ayat terakhir sebelum dia pergi,
"boleh mintak no phone 'kawan lama'?
hoho..
sangat baeeek ayat dia.
kemudian saya pun bagi la..








and the story begins.........................


May 21, 2009

double S

sale: menggalakkan!
1.30pm-6pm, laku macam goreng pisang panas.hehe...
harap2 commision pun tinggi,

secret: terbongkar jua..
rasa lega bila dapat cerita dekat orang yang betul2 kenal diri kita.
nak luahkan semuanya pun rasa puas dan berbaloi...
berbaloi baloi...

terima kasih.

May 19, 2009

jual cerita sendiri atau korek cerita orang?

tak suka bila orang mula bukak cerita pasal 'cinta'.
rasa macam nak tumbuk muka orang tu.
tolong,
jangan jual cerita tu depan aku.
boleh?


bulan baru


COMING SOON

May 18, 2009

ragam

salam~
saya telah berjaya membuktikan yang saya pun boleh kerja lebih dari 2 hari,
haha..
dalam entri lepas2, saya ada cerita pasal 'habbit' saya bekerja hanya dalam masa 2 hari,
tapi sekarang tak dah..
hehe..

semalam dan kelmarin ada event kat Majidee,
so Celcom ada bukak booth n saya salah seorang daripada 4 promoter yang bekerja,
semua member2 jek yang kerja ni pun..
1st day agak slow sebab x banyak xtvt so x ramai la orang datang,
petang dah mula sunyi,
booth lain banyak dah bungkus,
tinggal booth celcom n streamyx jek..
so ade la xtvt 'sampingan' ckit..
fuh,fuh!
haha..

2nd day, laju jugak..
ramai la orang datang,
sebab xtvt pun banyak.
bila dah ramai orang ramai la jugak yang datang bersembang2 sambil mula menghulurkan salam perkenalan,
macam2 jenis orang la..
budak skolah, pakcik makcik, polis pun ada..
budak kecik pun boleh tahan!
bila dah jumpa ramai orang ni,
apa yang saya perasan,
orang yang 'ikhlas' dan 'tak ikhlas' sama banyak,
orang yang cakap berkalis dan cakap lepas pun sama banyak,
kadang2 kita x sedar yang bila kita dah bercampur dengan orang lain,
kita pun terikut2 cara dia walaupun ada sesetengah cara tu kita x berkenan,
bila orang dah mula perhatikan kita baru kita sedar,
yang sebenarnya kita dah buat benda yang dulunya kita akan mengutuk bila tengok orang lain buat.
huh,,

tapi bagi saya,
selagi benda tu tak memalukan keluarga,
saya x kesah..
sebab orang ni kadang2 suka menghentam kita walaupun kita xde buat salah,
saja suka2 kutuk sebab dengki or jeles,
kan?
so,
kalau saya kata saya nak beramah mesra dengan polis pun,
jangan la mengata saya yang saya ni nak 'suap' polis tu atas kesalahan yang sepatutnya bukan kesalahan pun.
kalau saya memaniskan suara saya dengan pakcik,
jangan la mengata saya yang saya ni nak buat dia sugar daddy saya plak,
salah ke kita buat baik dengan orang?
x kan semua niat dalam hati kita nak kena canang 1 kampung,
kan?

ok,
tamat.

May 17, 2009

mood: ok~

salam~
working experience: pelbagai

.................................................................

sedar x sedar dah sebulan aku cuti sem..
dan itu bermakna sudah sebulan setengah aku jatuh cinta sama itu Robert Pattinson,
ala Twilight hunk tu...
dan baru aku perasan yang rupanya dah lama aku tak menghitung hari,
hari apa?
mm....

bila tengok gadget kat sebelah tu baru perasan,
dah hampir 10 hari aku tak perasan yang nombor2 tu sebenarnya sedang bergerak,
laju tu tak la sebab semua jam gerak sama kan,
aku je yang tak berapa nak perasan..

lagi 188 hari!!!
sangat tak sabar......................

May 15, 2009

perasaan datang tanpa diundang..

salam~
hari ni aku join Celcom n kerja as a promoter. sabtu start kerja di Majidee. saja cari pengalaman kerja.. dah nak tidur tadi, tapi tiba2 terfikir sesuatu. tentang AKU. perkara terbaru yang aku perasan tentang aku: tak boleh tinggalkan rumah dalam masa yang lama untuk keluar bekerja. BEKERJA ya, bukan jalan2 dan membaca buku secara percuma di Harris atau balik ke U seorang diri sambil memecut Lisa. mungkin sebab kerja hari2, tapi jalan2 tak hari2. belajar di U tu dah jadi kewajipan. so dia jadi lain. bila diingat2 balik, aku rasa perasaan ni datang dah lama dah.. mula2 masa habis matrix. aku mula kerja di restoren sebagai cashier, tukang sapu dan ambil order, tukar kemas meja dan tukang hantar makanan dan minuman di meja pelanggan. 2 hari je aku kerja sebagai semua2 tu. tapi masa tu perasaan ni tak kuat lagi, mungkin sebab alasan nak belajar kereta masa tu.

kali kedua, baru2 ni aku kerja kat cc. pun 2 hari jugak.. tapi tu bos memang macam s***. tak hadap aku nak tengok muka dia hari2, dengar plak suara macam itik serati menguak2 mengarah aku diselit dengan perlian2. (itik menguak ke? tu kerbau kan?) tapi aku dah mula rasa perasaan tu datang bila aku balik kerja malam tu. aku tengok mak tengah baring sambil tengok tv. kain baju yang sepatutnya aku yang lipat mak dah setelkan.. tiba2 aku rasa sedih. sayu.. tambah2 plak ingat mak mesej aku masa aku tengah kerja, "esok kalau boring sorang2 mak temankan ckin dari pukul 2 sampai 5 petang. tu pun kalau bos x kesah..." otomatik dan tanpa disuruh air mata terus meleleh. terasa sangat mak ditinggalkan sorang2 kat rumah.. bukan mak tak pernah sorang2, tapi sebab mungkin masa ni aku tengah cuti dan sepatutnya mak tak kan sorang2 kat rumah tapi sorang2 jugak sebab aku kerja. faham tak?

hari kedua aku kat cc tu, aku dah tak boleh tahan. dengan perangai bos yang aku rasa macam nak sumbat je cpu tu dalam mulut dia, tercekik, kena pergi hospital and then duduk hospital sebulan. jahat betul hati aku.. tapi aku pun orang gak. kadang2 jahat kadang2 baik. setelah beberapa lakonan dan skrip spontan yang aku persembahkan berhasil, akhirnya aku berhenti kerja dengan rela hati. tengahari dah balik.. sampai je rumah, laaapaaaaaaaang sangat dada.. 2 sebab: 1) tak mengadap muka bos 2) tengok muka mak. mak gelak je tengok perangai aku. kerja x pernah lebih 2 hari. hoho.. lantak la.. yang penting aku bahagia. duit tak de sangat pun tak pe. 

kali ke3, baru jap tadi. maksud aku perasaan ni datang untuk kali ketiga. aku serba salah sangat sebab janji balik sebelum maghrib, tapi terlajak sampai 10 malam. sori mak..abah.. mak dah mesej tanya bila nak balik, abah dah mula bising. aku tau abah memang protective gila. walaupun kadang2 merimaskan, (sori bah...) tapi aku tau tu yang terbaik. aku tak tau la abah boleh terima ke tak aku kerja promoter ni. sebab kerja ni kadang2 balik lambat.. sampai tengah malam pun boleh jadi. tapi aku teringin jugak nak merasa dapat duit atas usaha sendiri. memang teringin sangat.. abah n abg faizal nak aku duduk rumah jek. masa kerja kat cc pun aku dah berangan nak belanja mak abah abg faizal makan luar. tapi tu la kerja 2 hari nak belanja hapenya. ni aku dah mula down ckit.. tengok muka tak mesra abah tadi pun aku dah tau abah macam marah aku balik lambat. sori lagi skali.. (memang abah tak kan baca blog ni tapi nak sori jugak..) amal, kawan sekolah menengah + kawan se'celcom' aku dah pesan, "ko jangan nak kerja 2 hari jugak ngn celcom nih." aku pun dah janji tak nak kerja 2 hari lagi, nak kerja 2 bulan. tapi bila hati dah rasa tak sedap tengok abah cam tu, ni belum tengok muka mak lagi sebab tadi mak dah tidur masa aku sampai. mak memang ok kalau aku kerja, tapi aku plak sentimenti bila datang part 'mak' ni. harap boleh tahan lama la kerja dengan celcom ni...........hmm.........