August 17, 2009

pergi dan gigi

salam~
dah agak lama rasanya tak menulis..sejak 'kehilangan' seseorang yang boleh dikatakan agak rapat dengan aku.
bukan sebab sibuk dengan class atau internet connection bermasalah,
cuma x tau nak cerita pasal apa.
aah.. x tau langsung.

tapi lepas class petang tadi,
terasa nak tulis sesuatu.
ada kaitan dengan entri terakhir yang aku tulis..
ditakdirkan arwah sekelas dengan aku untuk subjek leadership.
bila check list name siapa yang x hadir,
timbul nama arwah.
bila ditanya sebab dia x hadir,
semua agak teragak-agak nak jawab..
muka sir agak terkejut bila seorang dari classmate aku cakap,
"she's passed away.."
agak banyak kali jugak la kena ulang ayat yang sama.
yelah bukan senang nak main percaya cam tu je bila timbul cerita2 tentang kematian.
tambah pulak dengan muka kami yang agak 'selamba' sebut perkataan "passed away",
bila sir dah confirm percaya yang arwah dah x de,
dia persoalkan sesuatu,
"muka kamu x nampak macam kamu sedih pun. boleh senyum2 lagi.x sedih ke?"
lebih kurang cam tu la ayat dia..
tiba2 aku pun terperasan yang muka kami memang macam x sedih.
x sedih ke?
sedih...
sampai kadang2 bila terfikir balik tentang arwah,
rasa macam sebenarnya dia masih ada..
dia x pergi mana2 pun.
tapi realitinya dia dah xde untuk selama2nya..
mungkin sebab semuanya dah kembali 'normal'..
semua ceria macam selalu,
aku yang lalu depan bilik dia pun dah x terasa seram,
tengok kawan dia yang terselamat pun dah boleh ketawa macam biasa,
mungkin jugak kan...

tapi sebenarnya sampai sekarang aku terfikir,
betul ke sedih tu dah xde?
kalau ada kenapa dulu rasa muram je bila dengar berita tu tapi sekarang x dah?
ada yang jawab soalan sir tadi,
"life must go on sir"
mungkin jugak bila kita fikir hidup mesti diteruskan,
kita terus jadi normal,
x muram2 dah,
x sedih2 dah..
tapi jujur aku cakap aku pun agak terkejut kenapa tadi kami masih boleh senyum n gelak2 bila timbul balik cerita tentang arwah,
spontan n serentak reaksi tu datang dari kami.
mungkin kita terlampau meratap masa dapat tau berita tentang pemergian arwah,
sampai semua perasaan ratap+sedih tu dah habis,
bukan habis,
tapi x dizahirkan macam seminggu pertama lepas arwah dah xde.
mungkin jugak kan?

..................................................................................................................

semoga dengan kehadiran bulan yang mulia ni, arwah tenang di sana..

p/s: setelah 3 tahun 3 bulan aku hidup dengan gigi yang x sempurna, kini aku dah dapat gigi baru.tee hee...

2 comments:

. meera . said...

ler.tajuknye 'pergi dan gigi', tp crite gigi nye hanye kat 'p/s' je..huhu

al-fatihah to arwah mas~

chinut said...

pergi n gigi,
mcm rhyme
tee hee...