May 15, 2009

perasaan datang tanpa diundang..

salam~
hari ni aku join Celcom n kerja as a promoter. sabtu start kerja di Majidee. saja cari pengalaman kerja.. dah nak tidur tadi, tapi tiba2 terfikir sesuatu. tentang AKU. perkara terbaru yang aku perasan tentang aku: tak boleh tinggalkan rumah dalam masa yang lama untuk keluar bekerja. BEKERJA ya, bukan jalan2 dan membaca buku secara percuma di Harris atau balik ke U seorang diri sambil memecut Lisa. mungkin sebab kerja hari2, tapi jalan2 tak hari2. belajar di U tu dah jadi kewajipan. so dia jadi lain. bila diingat2 balik, aku rasa perasaan ni datang dah lama dah.. mula2 masa habis matrix. aku mula kerja di restoren sebagai cashier, tukang sapu dan ambil order, tukar kemas meja dan tukang hantar makanan dan minuman di meja pelanggan. 2 hari je aku kerja sebagai semua2 tu. tapi masa tu perasaan ni tak kuat lagi, mungkin sebab alasan nak belajar kereta masa tu.

kali kedua, baru2 ni aku kerja kat cc. pun 2 hari jugak.. tapi tu bos memang macam s***. tak hadap aku nak tengok muka dia hari2, dengar plak suara macam itik serati menguak2 mengarah aku diselit dengan perlian2. (itik menguak ke? tu kerbau kan?) tapi aku dah mula rasa perasaan tu datang bila aku balik kerja malam tu. aku tengok mak tengah baring sambil tengok tv. kain baju yang sepatutnya aku yang lipat mak dah setelkan.. tiba2 aku rasa sedih. sayu.. tambah2 plak ingat mak mesej aku masa aku tengah kerja, "esok kalau boring sorang2 mak temankan ckin dari pukul 2 sampai 5 petang. tu pun kalau bos x kesah..." otomatik dan tanpa disuruh air mata terus meleleh. terasa sangat mak ditinggalkan sorang2 kat rumah.. bukan mak tak pernah sorang2, tapi sebab mungkin masa ni aku tengah cuti dan sepatutnya mak tak kan sorang2 kat rumah tapi sorang2 jugak sebab aku kerja. faham tak?

hari kedua aku kat cc tu, aku dah tak boleh tahan. dengan perangai bos yang aku rasa macam nak sumbat je cpu tu dalam mulut dia, tercekik, kena pergi hospital and then duduk hospital sebulan. jahat betul hati aku.. tapi aku pun orang gak. kadang2 jahat kadang2 baik. setelah beberapa lakonan dan skrip spontan yang aku persembahkan berhasil, akhirnya aku berhenti kerja dengan rela hati. tengahari dah balik.. sampai je rumah, laaapaaaaaaaang sangat dada.. 2 sebab: 1) tak mengadap muka bos 2) tengok muka mak. mak gelak je tengok perangai aku. kerja x pernah lebih 2 hari. hoho.. lantak la.. yang penting aku bahagia. duit tak de sangat pun tak pe. 

kali ke3, baru jap tadi. maksud aku perasaan ni datang untuk kali ketiga. aku serba salah sangat sebab janji balik sebelum maghrib, tapi terlajak sampai 10 malam. sori mak..abah.. mak dah mesej tanya bila nak balik, abah dah mula bising. aku tau abah memang protective gila. walaupun kadang2 merimaskan, (sori bah...) tapi aku tau tu yang terbaik. aku tak tau la abah boleh terima ke tak aku kerja promoter ni. sebab kerja ni kadang2 balik lambat.. sampai tengah malam pun boleh jadi. tapi aku teringin jugak nak merasa dapat duit atas usaha sendiri. memang teringin sangat.. abah n abg faizal nak aku duduk rumah jek. masa kerja kat cc pun aku dah berangan nak belanja mak abah abg faizal makan luar. tapi tu la kerja 2 hari nak belanja hapenya. ni aku dah mula down ckit.. tengok muka tak mesra abah tadi pun aku dah tau abah macam marah aku balik lambat. sori lagi skali.. (memang abah tak kan baca blog ni tapi nak sori jugak..) amal, kawan sekolah menengah + kawan se'celcom' aku dah pesan, "ko jangan nak kerja 2 hari jugak ngn celcom nih." aku pun dah janji tak nak kerja 2 hari lagi, nak kerja 2 bulan. tapi bila hati dah rasa tak sedap tengok abah cam tu, ni belum tengok muka mak lagi sebab tadi mak dah tidur masa aku sampai. mak memang ok kalau aku kerja, tapi aku plak sentimenti bila datang part 'mak' ni. harap boleh tahan lama la kerja dengan celcom ni...........hmm.........

5 comments:

lina said...

yela shkn...
kte cuti bkn slalu...
ms cuti la nk tlg2 mak...
teman mak kan, smbg2 dgn mak...

lina ada isi borg guru sandaran(guru ganti)...br smlm hntr..
jiran bg...saje isi..tak dapat pun tkpe..
kalau kat jhr,mana2 negeri la, rasa blh minta kat pjbt pendidikan daerah..
lina isi pun blh barat daya png ni..jiran lina ckgu kat belah sana..
dia suruh isi je, tak dpt pun at least ada record..
lepasan spm je pn blh isi...

chinut said...

ha kte pn tau jgk psl guru sandaran tu.
ari tu nk g PPD amek borang,
mkcik kte yg soh..
dia kate sng jek,
tp x smpt nk g dh dpt job ngn celcom ni plak..
nsb kali ni pny ok, x mcm dlu.
lgpn sebulan kerja 20 hari jek..
so byk la jgk ms dok umh
sbb tu kte on je ngn celcom ni.
gaji x la bsr mn tp klu rjin komisen bleh thn gk..
yg pntg cuti byk jgk,,
he..
sian la kt mk kte sorg2 kt umh,
dh la kte je ank ppuan dia.
hmm,,

DR. ALIA said...

lina..chinut..miss korg~

chinut said...

ALI!!!!!!!!!!!!!!!!!

lina said...

waa...ali la!!
Dr Alia....all the best!!