October 18, 2011

the new me

Alhamdulillah..
Usia dah nak masuk 8 minggu.
Doakan semuanya berjalan lancar..
Amin.



p/s: kesihatan macam roller coaster, sekejap ok sekejap tak. time2 macam ni memang teringat kat rumah.

August 28, 2011

ramadhan + lebaran

assalamualaikum wbt semua! =]

laaaaaamaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa sangat tak tengok blog ni, apatah lagi menulis entri baru. sedikit update:

  • tiada apa yang terkini tentang 'diri'. cuma turun sekilo lagi sempena ramadhan ini.
  • kalut dengan projek. baru sedar diri. sungguh.
Salam Ramadhan dan Salam Lebaran untuk semua yang sudi singgah di sini baik yang kenal rapat mahupun yang kenal di alam maya. Mohon maaf jika ada kesilapan, semoga Ramadhan ini menjanjikan sesuatu yang bermakna untuk kita semua. babai semua!

July 06, 2011

new addiction

currently, i'm reading this. nak baca semua cerita yang best sila tengok kat sebelah, scroll ke bawah sikit sampai jumpa "FAV". klik kat "Wattpad".



p/s: thanx to nani for introducing me to this site. dah ketagih tau tak! =p

do you know?

Money isn’t made out of paper, it is made out of cotton

July 05, 2011

formspring.me

reach me at http://formspring.me/chinut

pahala seorang perempuan

specially for lina,

"Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susu badan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya."

p/s: reminder for myself too. sometimes bagus jugak forwarded email. tak semua tak bagus. mana yang mengarut tu, delete je dari inbox.

July 01, 2011

5 days to go!

Assalamualaikum  & selamat hari jumaat!

lega sudah hati sebab lecturer pun dah datang visit tadi. tujuan lecturer datang jauh2 dari UIA kuantan sana ke selatan johor sini untuk observe perkembangan student yang tengah practical ni.. Dr Suryadi Soekardjo, baru 2 bulan pindah ke UIA kuantan. bakal mengajar physics, maybe next yaer sebab department physics baru nak bukak. so for now dia bertapak kat department aku which is CTS (computational & theoretical science). patut la tak pernah nampak atau dengar nama dia.. my 1st impression toward him: very friendly. sebelum ni punya la nervous sebab yela tak kenal langsung tiba2 nak datang visit. but he is very friendly and easy going. dia datang dengan anak lelaki dia. nice...

lepas gedebak gedebuk uruskan pas masuk dia dan anak dia (johor port ni strict sikit. nama pun port..), so kami bertiga: aku, sir, supervisor; mula berdiskusi. nak dekat sejam jugak. but most of the conversation was 'conquered' by my sv (sorry puan!). aku cuma dapat tanya pasal mini project dalam 20 minit terakhir. tu pun tak sampai 10 minit diskusi, sv aku mencelah balik. last2 aku mencelah, "sir nak solat jumaat kat sini ke kat kulai?" kalau tak kerana solat jumaat, memang sambung borak lagi la jawabnya..

overall, hati sudah sangat lega.. and now is the time to finish my report.. tolak sabtu, ahad, lagi 5 hari aku kerja.. lepas tu babai johor port.. and hello holiday!!!

June 24, 2011

10 weeks = 6 novels

assalamualaikum people~

hari ni cukup 5 bijik novel aku dah habiskan sepanjang aku practical kat sini. 4 bijik twilight series (ulang baca untuk kali ke berapa aku pun dah lupa) and another one is the vampire diaries - the awakening & the struggle. nasib baik dah combined jadi 1 buku. kalau tak dah kira 6 bijik novel aku mentelaah. sekarang ni baru nak start the vampire diaries - stefan's diary vol.1. baru vol 1, yang series dia pun tak habis beli lagi. eh, apesal semua buku pontianak hensem mat saleh ni? dah takde cerita lain ke nak layan?

damon, elena, stefan


sebenarnya ada je novel lain yang aku baca.. tapi baca kat rumah la. kat tempat kerja kebetulan aku 'ter'bawak semua novel pasal pontianak.i mean vampire. sebenarnya memang dah lama nak beli novel vampire diaries sebab layan cerita dia best. given hero yang sangat sedap mata memandang; bukan stefan tapi damon. stefan dah 'biasa' sangat tengok rupa jenis tu. no offence stefan's admirers!

**********************************************************
working on bulletin...........done!

**********************************************************
ok sambung balik. tadi tolong my collegue update bulletin Johor Port. ok. bila dah habis baca 1st and 2nd novels of vampire diaries, unfortunately to tell that the book is quite a dissapointment. kenapa? 1. nama tempat lain dari tv series.ex: Mystic Falls jadi Fell's Church. takde feel oh.. 2. watak dia ada yang takde kat tv series tapi ada dalam novel. ex: no meredith in tv series, elena is supposed to be a brunette but she's a blonde in the books. once again feel dah lari kat situ. 3. bila watak dah lain mestilah jalan cerita lain. jalan cerita dia hmm.. macam mana nak cakap, aku tak rasa aku 'masuk' dalam novel tu. paham tak?

ok. twilight pun ada sikit lari dia punya cerita dalam novels and movies. but at least takde la rasa macam baca / tengok dua benda yang berbeza tapi tajuk yang sama. lagi satu, gaya penulisan Stephanie Meyer sangat senang buat kita turut sama berlari berkejaran dengan vampires yang sangat memukau mata berbanding L.J Smith. kadang2 fikiran aku 'terbabas' sikit bila tengah baca vampire diaries. ok jangan cakap aku bias sebab aku tak bias bila membaca novel.lagi2 novel yang aku sangat interested untuk membeli. tapi sikit kecewa la untuk novel yang kali ni..

edward, bella


nanti aku cuba habiskan baca novel ni since aku dah start membaca dari awal. kalau korang ada novel yang best suggest la kat aku. kthnxbai!

June 23, 2011

entri untuk lina

assalamualaikum people! =]

sebenarnya saya baru je lepas baca latest entry lina. fyi, she is one of my close friends in uni. kita kenal dari matrik lagi (sekarang centre for foundation studies). sama2 amek course physical science and later on degree in mathematical science. senang cerita kitaorang ni budak yang suka main dengan nombor, bukan dengan ayat. yeke lina? =]

kawan punya kawan punya kawan last2 kawen.. kitaorang kawen pun dekat2 je tarikhnya.. saya kawen dulu, 2 weeks later lina menyusul. orang kata kalau dah besfren, kawen pun nak sama time. ehe jodoh la.. walaupun kitaorang rapat, tapi sifat kitaorang beza. lina lemah lembut tapi terer silat. saya tak lemah lembut mana tapi boleh la sikit2 menari tarian tradisional. pertuturan dia sopan tapi saya bertutur terlepas jugak kadang2. kalau orang tengok lama2 orang nampak la perbezaan kitaorang.. apa2 pun, kitaorang tetap besfren.. kan lina? =]

sekarang ni she's expecting her first baby in more or less 7 months. betul ke? kita congak2 sendiri je lina.. seronoknya bila dia dah pun pregnant.. excited woo.. dalam hati selalu terfikir, "bila pulak turn aku? belum rezeki lagi..". doakan saya dan suami dimurahkan rezeki.. bila dah kawen, mestilah nak anak pulak kan......hehe.

pesanan untuk lina:
1. ikut semua do's and don'ts yang lina tulis kat blog tu.
2. jaga kesihatan sebaik mungkin - lebih kurang macam apa yang do's to kata lah.
3. mana2 pesanan yang baik untuk lina yang orang keliling bagi, tu jugak lah pesanan dari kita.
4. banyakkan berdoa.. =]

lastly,
selamat menempuh alam baru bersama bakal baby! =]

May 31, 2011

loyalty

 

entri pertama sejak mula berkerja

Assalamualaikum people!

Saya chinut melaporkan dari Corporate Communications, Johor Port Berhad.

rasa berkurun lamanya tak menaip. memang la berkurun sebab laptop rosak dari start practical. ni pun dapat online sebab supervisor cuti seminggu. itupun certain webpage je boleh masuk. fb, youtube even tumblr pun kena block. nasib baik blogspot ok. hmmph!

currently, i'm doing my industrial training at johor port, specifically at Corp Comms Section. alhamdulillah sepanjang kerja kat sini takde apa2 problem lagi. tengok officemate yang banyak problem yelah. dan alhamdulillah jugak sebab kerja aku kat sini takdela fotostet, fotostet, fotostet je. macam2 jenis kerja aku buat termasuk lah statistics. dalam office ni ada 5 orang je termasuk aku. dengan bilangan staff yang sikit dan bebanan kerja yang banyak, of course lah tenaga kerja dan kepakaran otak aku diperlukan. fyi, corp comms section banyak deal dengan orang luar. mana2 je orang luar yang nak berurusan dengan johor port, kena 'lalu' corp comms dulu. di situlah sv aku dapat banyak call dari orang luar seperti company dari singapore, south korea and italy. what??!! korea?? haha konon2 excited sebab dapat jumpa dengan orang korea and dengar dia bercakap live depan mata. takdelah dok tengok dalam laptop je kan.  =]

apa2 pun, practical kat sini banyak ajar aku cara2 berkomunikasi dengan betul, spoken and written. tak sia2 aku belajar EOP (english for occupational purposes) before practical. walaupun agak boring sebab banyak deal dengan kapal, maklumlah kerja kat pelabuhan, tapi pengalaman kerja kat sini sangat bagus. my public relation's skill is getting better day by day. kadang2 aku lenjan je buat style budak practical walaupun aku digalakkan work as a permanent staff. think critically and creatively. so, kerja kat sini buat aku berfikir lebih panjang, apa aku nak kerja nanti bila dah habis belajar. and it seems like.......i want to be a lecturer. hehe..


home sweet home

May 02, 2011

ragut?

assalamualaikum semua!

tukar layout lagi! sebenarnya dah lama nak tukar, dari final hari tu lagi. sekarang baru dapat. ok tak? ok tak ok yang penting aku suka. =D

hari tu pergi terminal bas. tengah jalan2 cari seat tiba nampak laki yang rupanya tak ubah seperti peragut bersiri. tapi orang putih kata "don't judge a book by its cover". ok tak nak judge. tapi bila tengok attitude, dah 50% gaya peragut. jangan..jangan.. tah2 dia baik je, rupa je tak semenggah tapi hati murni. (semenggah ni lebih kurang sama erti dengan berjenis. so, tak semenggah = tak berjenis) dalam masa 5 ke 10 saat aku syok menganalisa laki ni, tiba2 dia duduk sebelah aku. aku jeling menjeling, bukan jelingan menggoda tapi jelingan menyampah. aku fobia laki yang ada ciri2 macam laki sebelah aku ni. bukan sekali dua aku ada 'scene' dengan peragut, cukup 3. semua rupa lebih kurang: tinggi, kurus, muka cengkung tapi bukan rupa drug addict, dan modus operandi, duduk sebelah dan pura2 bertanya. hisyh......terganggu sekejap. lepas duduk sebelah, dia gigit kuku. dah puas gigit2 kuku, dia panggil2 aku. psst! psst! bukan dua kali tapi banyak kali. aku dah start kepal2 penumbuk. jangan cakap aku poyo nak belasah peragut... aku memang pernah bergomol dengan peragut. tak tipu. ok. aku buat tak tau je bila dia panggil2. aku ingat bila dah tak terlayan dia penat dia senyap. tapi tak. makin galak. dah la aku kepit purse aku celah ketiak je. sekali dia rembat memang selamat la.. aku kepit kuat2 dengan lengan kiri, tangan kanan dah standby penumbuk. bila aku tengok mamat ni engsot2 ke arah aku, aku fikir tak leh jadi ni. kang ada kena ragut lagi. aku bengang sangat aku terus merengus, mendengus, aku pun tak tau lah apa ayat yang sesuai tapi hidung aku kembang2 sambil mulut berbunyi "huh!" yang sangat kuat. pastu aku terus rapat ke makcik berhampiran aku. makcik tu perasan kot aku kena kacau dia terus ajak aku sembang. sambil sembang dia toleh2 kat mamat tu, nak bagi lagi berani dia ajak makcik sebelah dia toleh2 jugak pastu mulut mengomel2 macam makcik2 mengumpat. aku pandang laki tu, tengok2 dia dah bergerak jauh sikit dari aku. tau takut..... but still aku tak senang duduk sebab kaki laki tu dah bergoyang2 macam dah naik shaikh. betoi ka aku eja? lantak... ok. aku tak nak amek risiko aku terus blah cari mak aku. sebenarnya aku tunggu mak aku pergi kaunter tiket bas sebab nak check platform berapa dia kena tunggu. mak aku nak balik kampung sorang tengok my grandparents. kiteorang yang lain tak balik sebab dorang tak dapat cuti, aku of course la kena duduk rumah jaga suami, abah n abang faizal. hehe.. kesimpulannya,laki tu tak buat apa2 n aku pun selamat.. memang tak de apa2 yang berlaku sebab aku dah ambil langkah2 keselamatan. aku pun tak tau tujuan sebenar mamat tu usha2 tapi apa guna kena ragut 2,3 kali tapi tak reti2 nak belajar kan?


jangan ingat aku cute cam ni aku lemah. ceh!

apa2 pun, kepada readers especially perempuan, HATI2 BILA KAT JALAN2 KAT LUAR ESPECIALLY KALAU SUKA JALAN SORANG2 MACAM AKU.

p/s: i dah ada Tumblr. tengok la k. hehe. babai!

April 23, 2011

cuti panjang2 nak buat apa?

salam! =]

hampir seminggu berada di rumah. kali ni cuti sem paling panjang sepanjang bergelar student UIA. almost 5 months! kalau pregnant dah nampak dah perut comel. =] walaupun kat celah2 5 bulan tu ada practical 10 minggu, tetap dikira cuti sebab practical kat rumah je.. Johor Port here I come!

nothing much to say.. terasa nak mengarang sesuatu di sini pun sebab nak tukar layout. last2 ni je hasilnya.. nanti lah sambung. 

cuti ni banyak dah plan dalam kepala ni memandangkan banyak masa dihabiskan dengan berfikir cuti nak pi mana. nak pi sana pi sini, balik kampung, mandi sungai, panjat gunung, bukit.. nak pi KL pun ye. tapi 1 tempat dah confirm. melaka! mak n abah suka sangat pi sana. nak naik bot la malam2 katanya. ckin on je...


bukit larut, tahun lepas. muka bulat, tade hal.



April 05, 2011

Bruno Mars - Today My Life Begins



great song. thanx to pipa =]

March 22, 2011

congraduation!

tengah baca notes statistic II, tiba2 Winamp main lagu ni: Vitamin C - Graduation Song

Assalamualaikum,

tak lama je lagi nak grad. 1 sem lagi. tapi tak campur dengan teaching practicum la.. but still...

dulu tak sabar nak grad bila tengok senior, tapi sekarang,

tak ready lagi.

sayang nak tinggalkan apa yang 'ada' kat sini..

March 03, 2011

Fav Quotation #2

"having a baby is like getting a tattoo on your face; you kind of wanna be fully committed."

Eat, Pray, Love

March 02, 2011

Fav Quotation #1

"I wish people who have trouble communicating would just shut up."
Tom Lehrer


February 23, 2011

"chin, ko bila lagi?"

air kotak milo + nescafe mild 3-in-1 + ais 20 sen = fail! tak tidur2 lagi.

assalamualaikum people!

kelahiran entri pepagi buta ni adalah hasil daripada resipi kat atas tuh. hadoi..tak kuat + banyak mana pun nescafe tuh.. tapi dia punya penangan.. aku jadi zombie la esok pagi dalam kelas..

sebelum aku start study, (hopefully study statistics la, bukan study macam mana Leonardo di Caprio menghayati watak Ted Daniels dalam "Shutter Island") aku nak wish CONGRATULATIONS!!! kat kawan seuniversiti aku sebab positive pregnant. congrats aaja! aku tak la rapat sangat dengan dia tapi kenal la sebab dia kawan roommate aku.. dia kawen bulan 5 last year, so elok sangat la tu dah nak dapat anak..

last week or last 2 weeks sorang lagi budak kelas dia, nadrah baru je selamat bersalin. dapat baby boy! next week insyaAllah dah masuk kelas balik.. salute la kat dia sebab sangat kuat + gigih. nka jadi macam dia boleh? =]

balik je kelas petang tadi 2 orang bagi soalan yang sama kat aku. bukan setakat intipati soalan tu je yang sama, ayat pun sebijik. macam dah rehearse awal2. nak tau apa dia?

"hi chinut! aaja dah, ko bila lagi?"


haha lawak aku dengar. bukan lawak sebab soalan tu, lawak sebab ayat dua2 serupa. aku gelak je la.. insyaAllah ada rezeki ada la..hehehe...

ok la. nak study la. doakan aku dapat jawab quiz. tata semua!

p/s: seronok tengok masing2 dah start pregnant. aku bukan tak nak tapi tunggu turn. bagi yang dah kawen awal pregnant dulu. aku menyusul nanti. hehe

February 12, 2011

...

salam!

lamanya tak update! mm.. ok takbackground & header? macam 'tua' sikit kan? tak pe lah daripada putih je.. sebenarnya sayang nak tukar header, sebab owl tu nampak comel. =]

apa maw cakap? ok. study ok, life ok, badan sihat, kereta baru lepas servis, kewangan pun stabil.. err.. tipu. study tunggang langgang sikit, life tak berapa nak bagus, badan sihat tapi bintik aneh kat tangan timbul tak semena-mena, kereta ok la tapi bontot still berkurap.. i mean bontot kereta, kewangan so far ok tak perlu lagi ikat perut. tapi paling tak seronok; hati. hati, hati.. kenapa tak seronok je sekarang ni? sakit ke?

bila tengok 2,3 kali blog ni aku macam perasan corak background blog ni 'perli' aku; tua, dull, tak attractive...... eh,eh, aku tak rasa aku dah tua, tak attractive. luaran ok je.. sama macam dulu, tapi dalaman ni macam tak cukup. tak tahu nak describe macam mana. nak kata bosan, tak.. ok je duduk kat sini, cuma bosan sikit sebab suami jauh, tu je.. lain tak bosan. haih! apa aku merepek ni?

bang, jom gi jalan2 jom? kita tak honeymoon lagi kan. nak gi genting je, lama tak main roller coaster. bosan la kat sini tak de roller coaster.. kita gi eh nanti? kita gi taw? taw?

dah lah. study lagi bagus. err.. study lagi bagus sebab isnin exam. subjek yang memang 'mengancam'. ya Allah, terangkan hatiku.. tolong..

rindu..

January 17, 2011

entry pantas!

salam kawan2!

internet tengah laju, idea tak de plak. tapi nak menaip jugak.

Ok lah, tengok gambar je. ni masa Ladies Cultural Night / Cultural Ladies Night. aku pun tak sure yang mana satu betul. ain jadi model, aku & ati tukang make up + hias ain bagi cantik. sape suruh amek aku jadi tukang bagi cantik muka ko. nasib baik muka ain tak jadi macam pelakon dalam cerita Mantera. =]



ati pervert =]

aku pun sama. chup2!

bismillahirrahmanirrahim!
muka redha ye ain..

tapi kteorang kalah.. hehe tak pelah. yang penting best =]
k tata!
p/s: ati, aku tak sempat nak upload gambar 'aku sebijik bola'. nanti la eh..

January 09, 2011

cintaku hampir sempurna. (mak aih tajuk!)

Perasaan yang sempurna: dengar Yuna mendendangkan "Cinta Sempurna" dalam kereta sambil ditemani angin malam. Lagi2 bila hujan tak hujan, hujan tak hujan. Memang sempurna. Ahai! Malam2 memang seronok kalau drive tak pasang air cond, tingkap kasi turun sikit, tapi takleh banyak2. bahaya. Ehe.

assalamualaikum peminat Yuna! ehehe


Macam tahun2 lepas, aku memang takkan miss tengok Juara Lagu. Tak kesah apa cara pun. Kalau kat matrik dulu bersesak la kat bilik tv level 4 kat mahallah separuh usang tu. Tv tak besar mana pun. Masing2 pasang mata besar2 la nak tengok artis pujaan masing2. Err kegemaran masing2. Tak elok sangat puja2 orang ni. =] ada yang siap bawak bantal, tikar, air, cekedis dan macam2 lagi. Aku ingat lagi ada satu tahun tu, tak ingat juara lagu tahun bila, tv3 berlawan denagn tv 1 yang tayang kisah ina n mawi. Ada gak yang nak tengok tv 1. But the majority takes place.. juara lagu la der..gosip2 putus tunang ni tak syok.

Tu masa kat matrik. Ada gak tv kat hostel. Masuk je kuantan, hampeh! err hampa. Ada pun kat café. 1st year kat sini tengok online. Kena plak internet malam tu agak mengancam. Tapi live streaming ni mana nak kekal lama dia punya mengancam.. dah separuh lebih sikit dia dah mula buat hal. Gambar dengan sound x parallel. Betulkah? Tak serentak la maksudnya. Last2 bukak radio kat hp nak dengar sound, tengok gambar kat laptop. Lari sikit je la sebab radio lambat sikit. Masa tu meet uncle hussain menang besar rasanya. Hik3.

2nd year plak advance sikit, tengok kat mamak. Mula2 risau gak sebab mamak kan suka bukak bola. Sampai2 mamak ok la dah bukak tv3 tengok berita. Elok je berita habis mamak tongkang ni bukak bola plak. Memang dorang cari pasal la dengan mira.. minah ni bapak minat faizal tahir. Memang gila2 ah dia bising kat brader waiter tu. Last2 dapat jugak tengok. Ayat yang betul2 aku ingat sampai sekarang, “ha ni faizal tahir nak nyanyi. Jangan ngade2 nak tukar eh.” Muncung2 mulut dia kasi warning. Haha

Tu tahun lepas punya cerita. Tahun ni aku tak pergi mana2 pun. Ada jugak yang mengajak. Bukan tak nak.. tapi rasa tak sampai hati nak kuar malam dah (yeke?) Hehe. Dulu kuar je tak siapa nak halang. Mak abah pun Cuma mampu pesan jangan balik lambat sangat. Lambat2 pun pukul 12.. hehe. Tak pelah nanti ada ulangan punya. Yang penting dapat dengar suara yuna nyanyi tadi. Meremang woah!

hujan oh hujan, kenapa tak benti benti

assalamualaikum wbt =]

pagi2 dah senyum melebar. hehe. kenapa senyum? senyum kan awet muda..cuba gi tengok muka i kat fb. takde beza taw dari zaman matrix sampai la zaman sekarang. kan lina? kan? kan? =B

dalam seminggu dua ni internet memang tah pape. ni baru hari kedua dapat online dengan tenang. kalau tak sumpah seranah jugak lah melayankan laptop ni. ha! masa internet tengah down, i ada satu hobi baru. err cerita baru. dah tak boleh online, layan cerita je la. cerita ni mengubah hidup i sekaligus menampakkan i ni tak matang, apatah lagi tua. hehe. cerita ni jugak sesuai untuk orang yang belajar science and maths. ahha ni bukan discovery channel.. kalau channel tu takkan la i makin tak matang. hehe. nama cerita ni The Big Bang Theory. emm... tak tau la korang dah penah tengok kot cerita ni, tapi i baru je abes tengok. kelakar pun ye, annoying pun ada gak. tapi so far memang i terikut2 la dialog dalam cerita tu. paling famous, "bazinga!". ape benda tu? nak tau pi tengok sendiri. pasal bazinga ni jugak la ada orang nak hempuk2 kepala aku sebab mengikut purata, aku sebut word ni almost once in an hour. =p

apa lagi nak share... emm life kat sini so far ok. cuma whether tu memang macam kat overseas la. matahari pun malu2 nak expose diri. katil memang besfren sekarang ni. angin? dia punya sejuk.. humang!!! baju 2,3 lapis pun takde hal. nasib baik tak turun salji. kalau tak snowman pun boleh jadi besfren. =]

******

ala dah hujan balik... tadi dah sedap rasa bahang matahari. roommate semua tak sedar diri bila dah jumpa katil. i je terbangun awal sebab ada training netball pagi tadi. perut pun da start lapar. tapi mata lagi ngantuk. k lah, later! nak tidoq sat.