June 28, 2010

england sayur! bak kata abang aku

salam~
england kalah! 1-4. teruk jugak. tapi germany main memang bagus. untuk observer macam aku la yang kata.. lagi frust bila 1 gol england di-reject mentah2 oleh referee. apalah gunanya camera kalau kita tak boleh nak argue? hmm.. aku pun tak faham sangat.

tapi aku tak lah sedih sangat sebab team favorite aku (portugal) still ada dalam game. tak tau lah apa nasib portugal jumpa spain nanti. jangan aku dengan zul yang bergaduh sudah. yelah dia spain, aku portugal. masa spain kalah dengan switzerland pun dah semacam dah muka dia tengok muka aku yang sedap mengejek team dia. hahaha

dengan adanya world cup ni, aku (abang aku sebenarnya) makin kerap tengok tv indon. ye indon! rumah kami tak de astro. mak tak nak pasang. dia kata nanti hari2 abah & abang faizal tengok bola. kita orang pulak, kena tengok tv kecik, kat dapur pulak tu. huhuhu. oleh itu, astro tak dipasang.. tapi tak pe. aku ok je.. sebab gelombang indon & singapore boleh sampai kat sini. ha.. ni lah untungnya duduk johor, especially jb. aku bukanla budak bandar, tapi still dalam jb; pinggir sikit la. tapi tak pe, apa aku nak cerita kat sini; singapore & indon kalau bergabung boleh lawan astro tau!


kalau nak tengok movie macam kat astro, channel 5 (singapore) ada.. cerita ala2 discovery channel, okto malam2 ada..(singapore). katun?okto siang2 berlambak.. nak tengok cerita indon, bukak aje channel indon. nak termuntah2 tengok cerita indon. sebulan tengok channel indon, konfem boleh khatam bahasa indon. mau enggak? aku tengok bola ni pun kat tv indon. komentarnya bagus2 juga ya...

apa2 pun, congrats germany!

p/s: tv 1 n tv2, ehe sori..tak tengok pun.


June 24, 2010

top blogger? tak lah.... =]


salam~

award terbaik sepanjang jadi blogger. thanx to mira! tak pernah rasa macam top blogger pun. haha..

Q: apa nama blog anda dan kenapa letak nama tu?
A: hoo goes here. sebab teringin nak tau siapa yang singgah blog ni.

Q: apa nama url blog dan dari mana datangnya idea tu?
A: nurulachinut.blogspot.com. nak letak nama sendiri yang senang orang ingat. mula2 nak letak 'chinut' je tapi dah diambil oleh blogger lain. orang jerman kalau tak silap. or aussie. nanti check. and dia perempuan jugak. =]

Q: apa method dalam penulisan anda?
A: sama macam apa yang cikgu sekolah ajar dulu

Q: pernah tak terasa nak hapuskan blog? sebab musababnya?
A: tak pernah langsung! sayang blog ni macam sayang harta benda yang lain. sebab? memang sayangla.

Q: pernah ahli keluarga baca blog anda?
A: tak tau lah. mak n abah for sure tak baca. hehe

Q: apa perasaan anda bila ada orang kata blog anda buruk sedangkan ada ynag kata blog anda cantik?
A: buruk pun buruk ah. bukan blog ko.

Q: bila blog anda diberanakkan?
A: ogos 2008 tapi 1st entry oct 2008. 2 bulan cari ilham..

Q: siapa orang pertama yang tahu anda ada blog?
A: entahlah. 1st follower kot?

Q: tag 10 orang
A: semua follower hoo goes here. total 41 orang. =]

June 23, 2010

award dari mira, lagi! =]

salam dan hello! (ayat mira)

semenjak 2 menjak ni kawan2 selalu bagi award. (ayat mira) so ada jugak terfikir nak buat awrd untuk rakan2 blogger yang lain. (ayat mira lagi) tapi tengah malas la sekarang ni. nanti2 je lah. (ok, ni ayat aku) ni latest award dari mira; kali ni dia buat sendiri. thanx mira!

1. copy badge FRIENDSHIP AWARD berserta tagline.

Friendship Remains And Never Can End

2. jawab soalan2 berikut dengan jujur:
  • adakah anda kawan saya? ya
  • bagaimanakah cara kita bertemu/berkenalan? kat bilik has zaman matrik dulu. masing2 tanya soalan math kat has =]
  • apakah anggapan anda apabila pertama kali bertemu/berkenalan dengan saya? tak banyak cakap
  • adakah anda masih beranggapan sedemikian? tidak
  • apakah yang mengingatkan anda kepada saya? faizal tahir
  • pendapat anda tentang diri saya dalam satu perkataan saja: straight
3. berikan award ini kepada sesiapa yang anda mahu:
  • mira
  • lina
  • yana
  • saod
  • fad
  • fatin nasuha
  • alia ali
  • uskut
  • tirah
  • siapa2 yang nak buat =]

June 22, 2010

entri untuk abah

breakfast di taiping - 070610
selamat hari abah!

award dari lina


1. copy & paste pada blog
dah

2. buat 1 entry tentang award ni
dah

3. ucap terima kasih dan letak link pada entry tersebut
terima kasih lina!

4. senaraikan 5 blogger sebagai penerima award
siapa2 nak buat buat je lah k =]

5. beritahu penerima award supaya dia tahu dia adalah penerima

June 14, 2010

warkah seorang ayah

-Al~Fatihah... akhirnya pada usia 150 hari, anakku mengadap Pencipta-nya

A'kum w.b.t...

Setelah bertarung dengan penyakit yang secara purata pengidapnya hanya
dapat bertahan setakat 2 minggu selepas dilahirkan
(hypophosphatasia-komplikasi dengan kandungan kalsium dalam tulang
belakang), akhirnya perjuangan Alesha Abriza, satu-satunya permata
hatiku berakhir sebaik sahaja azan subuh 13 Mei 2006 (15 Rabiulakhir
1427) berakhir. Pada subuh itu, genap usianya 150 hari di muka bumi
ini. Dari jumlah itu, hanya 2 hari beliau berada disisi kami di rumah
dan selebihnya di wad NICU Hospital Putrajaya dan Hospital Seremban.

Alesha tetap memberikan senyuman kepada kami disaat-saat akhir
kehidupannya. Beliau tidak pernah menyusahkan kami malahan doktor dan
jururawat yang merawatnya.

Dimalam terakhir hayatnya, Alesha langsung tidak menganggu kami.
Sepanjang malam itu, Alesha tidur dengan amannya. Pada pukul 4.40 pagi,
Alesha mulai menunjukkan tanda-tanda akan meninggalkan kami selamanya.
Tubuh badannya mulai membiru dan menjadi sejuk. Pihak hospital
memberikan ruang kepada kami anak beranak untuk bersendirian. Kami
bertiga, Alesha, isteriku dan aku sendiri berpelukkan dan membisikkan
kalimah tauhid di telinganya.

Sejenak sebelum Alesha menghembuskan nafasnya, azan subuh berkumandang.
Isteriku memohon pada Alesha, katanya: "Lesha sebelum pergi senyumlah
pada mama... mama dan papa redha Alesha pergi... senyumlah sayang".
Kata-kata itu akan menjadi tangkal bagi saya selama-lamanya.

Seolah-olahnya Alesha Abriza faham akan permintaan dari ibunya itu.
Alesha telah menoleh pada ibunya, memberikan sekuntum senyuman yang
paling manis buat ibunya, jelas juga kelihatan setitik air matanya
mengalir di penjuru matanya, sebelum nafas terakhirnya diragut! Maka
sempurnalah sudah rahmat Allah kepada hambaNya pada pagi itu.

Impian isteriku untuk memandikan Alesha akhirnya terlaksana jua setelah
tidak berkesempatan memandikannya sewaktu hayat Alesha. Pagi itu,
jenazah Alesha dimandikan sendiri oleh ibunya. Sebaik sahaja jenazah
Alesha dikapankan, kami telah dibenarkan untuk menciumnya. Sungguh
tidak tertahan-tahankan air mataku mengalir ketika mencium dahi kecil
Alesha dan membisikkan kata-kata tauhid di telinga arwah serta
menyatakan bertapa aku terlalu sayangkannya, aku redha pemergiannya dan
aku akan terus menganggapnya sebagai anak sulungku selamanya!

Sewaktu jenazah disolatkan, ramai yang memohon agar aku sendiri
mengimamkan solat jenazah. Namun aku takut tidak termampu nanti untuk
membaca ayat-ayat Allah dengan betul mahupun takut tidak termampu untuk
membaca doanya kerana terlalu pilu. Aku cuma mampu berdiri di shaf
hadapan sahaja ketika itu. Bersolatpun dengan cucuran air mata yang
tidak tertahan-tahan. Satu kejadian yang kurasakan istimewa pada masa
itu adalah, sebaik imam mengangkat takbir, hujan turun dalam suasana
mendung.
Seakan-akan menangisi pemergian seorang bidadari syurga. Hujan tersebut
betul-betul terhenti sebaik sahaja jenazah selamat dikuburkan dan doa
arwah selesai dibacakan!. Mungkin itu satu petanda rahmat dari Allah
untuk bayi yang tidak berdosa itu.

Di tanah kuburan, aku sendiri menyempurnakan pengebumian arwah. Aku
sendiri menunggu arwah di liang lahad, aku sendiri melonggarkan ikatan
kain kafannya, dan aku sendiri membuka penutup mukanya. Saat itu, saat
ku buka penutup muka arwah, jelas kelihatan rupa Alesha yang tersenyum.
Satu senyuman yang maha indahnya. Muka Alesha juga amat cantik dan
berseri-seri. Indah bercahaya rupanya sehinggakan tika aku merapatkan
mukanya ke tanah di dalam lubang lahatnya, masih jelas kelihatan cahaya
dari mukanya.

Satu lagi peristiwa yang kurasakan agar istimewa berlaku. Tika kuburan
selesai ditutup, saat menunggu imam membacakan doa bagi arwah (talkin
tidak dibacakan kerana Alesha seorang bayi), jelas kedengaran di
telingaku suara seseorang berkata: "Dua bidadari syurga sedang
menunggunya...
janganlah kamu risau." Suara itu amat jelas kedengaran seolah-olah
bercakap kepada semua yang hadir pada masa itu. Selesai pengebumian,
saya bertanya pada isteri dan ahli keluarga semuanya tidak
mendengarkannya.
Semoga, Alesha beroleh rahmat Allah.

Saya bersyukur kerana diberikan peluang untuk menjadi seorang ayah,
walaupun hanya seketika. Saya berpeluang merasa menjaga isteri ketika
mengandung dan berpantang. Semua pengalaman itu telah menjadi rahmat
yang tidak terhingga dari Allah. Insyallah, saya masih bersedia untuk
mengulanginya.

Al-Fatihah untuk Alesha Abriza binti Shamsul (15 Dis 2005 - 13 Mei
2006)

shamsul shamdin @ laloque

p/s: abah, happy daddy's day..

June 10, 2010

award dari mira

diterima dari mira. thanx!

1. apa yang bermain di fikiran anda sekarang ni?
bila nak beli novel baru
2. apakah nama samaran anda?
ckin, chinut, achin
3. berikan 3 nama orang yang anda sayang
3 tak cukup
4. panggilan untuk si dia
awak
5. hadiah yang anda impikan dari seseorang yang istimewa
tak ada fikir apa2 lagi buat masa sekarang ni
6. blog manakah yang anda suka lawati?
semua blog yang saya follow, sahaja =]
7. tagkan kepada 10 orang rakan anda
siapa2 yang baca n terasanak buat, buat je ok.

June 03, 2010

fake or real?




amazing, right?

pantun mari sembahyang

Apasal la aku malas sembahyang,
Tuhan kasi aku jasad siap dengan bayang - bayang,
Bukan ke lebih beruntung daripada tiang,
Berdiri tanpa roh malam & siang...

Apasal la aku malas sembahyang,
Kerja dah best keluarga pun dah senang,
Negara pun dah aman tidak lagi hidup berdagang,
Takkan lima minit lima waktu aku tak boleh luang.....

Apasal la aku malas sembahyang,
Tuhan kasi otak supaya aku tak bangang,
Tuhan kasi ilmu boleh fikir susah senang,
Tuhan kasi nikmat kenapa aku tak kenang...


Apasal la aku malas sembahyang,
Main bola aku sanggup sampai petang,
Beli tiket konsert aku sanggup beratur panjang,
Apa la aku ingat masuk syurga boleh hutang...?

Apasal la aku malas sembahyang,
Aku kena ingat umur Kita bukannya panjang,
Pagi Kita sihat petang boleh kejang,
Nanti dalam kubur kena balun sorang - sorang....

Apasal la aku malas sembahyang,
Siksa neraka Cuba la aku bayang,
Perjalanan akhirat memang terlalu panjang,
Janji Allah Taala akan tertunai tak siapa boleh halang...

p/s: peringatan untuk diri sendiri dan sesiapa yang membaca. email dari kawan sekolah. thanx fami.