December 31, 2013

GOODBYE 2013, HELLO 2014!

Assalamualaikum.

It's the last day of 2013, first day of my final exams.







p/s: May a good future lies ahead of you, and me. Happy 2014!

December 29, 2013

HARI TERBAIK UNTUK BERCUCUK TANAM IALAH 100 TAHUN LEPAS. HARI KEDUA TERBAIK UNTUK BERCUCUK TANAM IALAH SEKARANG.



p/s: suka dengan ayat dari pengacara lelaki, "hari terbaik untuk bercucuk tanam ialah 100 tahun lepas. hari kedua terbaik untuk bercucuk tanam ialah sekarang."

December 28, 2013

RAISE YOUR CHILD'S SELF-ESTEEM! 99 Easy Things to Do: #1

Assalamualaikum semua. =]

Lagi 3 hari 2013 nak habis. lagi 3 hari jugak la saya start final exams. first paper: Programming & Simulations. ohmai... sesak dada nak menghabiskan subjek ni. masa tengah study ni la idea datang nak share something dengan readers. saya quote daripada author buku ni : RAISE YOUR CHILD'S SELF-ESTEEM! 99 Easy Things to Do by Nancy Krulik. buku ni saya dapat free masa saya beli set buku untuk Adam. saya nak recommend kepada mommies tentang set buku ni. nanti saya upload gambar apa yang saya dapat dari set buku ni. sekarang saya nak share sikit apa yang Nancy ni cakap:

"Self esteem isn't something you are born with. in some ways, it's something you're given, like a gift. when children are very young, they develop much of their sense of self-worth by studying how others perceive them. if children only receive negative reinforcement, they won't think much of themselves. but if they get praise and encouragement often enough, they begin to develop a sense of pride in themselves that will sustain them for the rest of their lives."

so, saya akan share that 99 things yang kita sebagai parents patut buat. let us do simple and easy things to and together with our children. =]

#1: tell your child you love him, at least once a day.



till the next post!

December 07, 2013

PEDOMAN HIDUP

Assalamualaikum.

Keselesaan tubuh kerana sedikit makan.
Kedamaian jiwa kerana sedikit dosa.
Ketenangan hati kerana sedikit angan-angan.
Keterpeliharaan lisan kerana sedikit bercakap.
Orang yang sabar akan mendapat yang terbaik, InsyaAllah.

November 26, 2013

HAPPILY GROW

Assalamualaikum people. =]

happy,happy life.
happy,happy love.
happy,happy me!

Alhamdulillah...



p/s: dah pi sambung buat assignment

November 18, 2013

NEW SPIRIT

assalamualaikum.

masa mula2 isi borang untuk sambung master, hati berbelah bagi. betul ke keputusan yang aku buat ni? mampu ke nak BELAJAR balik MATEMATIK?

dalam keadaan 50-50, aku apply je. kalau ada rezeki, belajar la balik. jadi student balik. dah hampir setahun jadi pendidik, tiba masa aku pulak yang kena didik.

pejam celik, pejam celik, berjaya jugak aku bergelar postgrad student. awal2 dulu memang semuanya berjalan lancar.. ada la sikit kalut nak siapkan assignment tapi semuanya berhasil. rasa macam, "ok, aku boleh buat ni. bahagi masa untuk study & anak. yeah!"

tapi bila dah setengah sem berlalu, dah mula rasa semput. macam tak berkesudahan semput ni. dah mula keluar thoughts yang tak sepatutnya terfikir dalam kepala otak yang tak berapa nak tenang ni. lately, rasa takde daya upaya. selfless. so, bagi naikkan balik mood, aku baca la motivational quotes. wallpaper pun semua tentang itu. nak baca buku motivasi takde daya upaya. cih. lembik.

somehow sehari dua yang lepas semangat tu datang balik melonjak2. exponentially-lah bak kata mat salleh.
macam mana boleh jadi macam tu? semuanya tentang "talking to the RIGHT person". hey man, I owe you. A LOT. next time kte 'jamming' lg.

boleh x?



p/s: i hope our reconnect-relationship lasts forever insyaAllah..

October 25, 2013

BOLEH TAK SAMBUNG MIMPI?

mimpi.

duduk kat coffee house, sambil berbual kosong dengan kawan-kawan. tak pernah jumpa pun tapi macam dah lama kenal. dan yang paling stress: tapi tak ingat apa butir bicara.

rasanya macam takde butir bicara pun. bersembang tanpa kata. macam tu ke?
apa yang boleh diingat, banyak mimik muka: serius, ketawa.
masing2 nak bagi pendapat. especially sorang lelaki ni. and once again tak ingat apa dia kata.
huh.

tau-tau je dah terjaga dari tidur.
alaaaaaaaaaaa....................................

susah hati bila terjaga dari tidur masa tengah mimpi.
bukan sebab mimpi tu best,
tapi sebab tak habis lagi mimpi tu.
sepatutnya ada lagi.
sepatutnya.

seharian teringatkan mimpi tu. especially watak dalam mimpi tu.
seharian jugak lah cuba cari orang tu. tak kenal, tapi familiar.
cari kat facebook, blog, tumblr (ni je yang I ada)
kot-kot la ternampak muka orang tu. boleh tau jugak siapa dia.
.
.
.
.
.
.
.
tapi tak ketemu.

stress la macam ni.
haih.



p/s#1: dah, jangan mengeluh.
p/s#2: lama tak dilanda perasaan macam ni. walaupun setakat mimpi je. mungkin dah lama sangat 'kosong'.

October 15, 2013

KIDS

Assalamualaikum, semua.

sudah setahun saya tinggalkan blog ni. jenguk tak, menulis lagi lah tak. betul2 x endahkan ia.

last post saya tentang anak. my only son. dan sekarang saya nak mulakan balik dengan post tentang dia jugak. nama dia ADAM.

umur dia sekarang dah setahun 4 bulan. sekejap je rasa. tak sangka dah setahun umur dia. dan dalam masa setahun tu jugak lah saya belajar untuk jadi orang yang sabar, tidak penting diri, dan yang paling utama: saya belajar untuk tidak tunduk dengan cabaran hidup. cikgu terbaik saya? ADAM.

saya ada terbaca artikel tentang pengorbanan seorang ibu terhadap anaknya. tapi tak ingat kat mana. tak boleh nak bagi link. tapi artikel tu lebih kepada berapa 'banyak' yang telah dikorbankan oleh seorang ibu untuk anaknya. "Recent studies have shown that mothers give up to 33% of their lifetime earnings when they have A CHILD". tu baru cerita pasal duit dan masa. belum lagi pasal tidur.

"During a baby's first 9 month, mom's sleep is continuous interrupted - she sleeps an average of 7.2 hours per night over a 10.5 hours period".

"This means by the time you were 2, it is estimated that you cost your parents 6 month's worth of sleep".

besarnya nilai pengorbanan seorang mak lagi-lagi bila ditukarkan kepada angka.

apa yang saya nak cakap kat sini ialah: treat your mom best because when you have your own kids, you want your kids treat you best.

suka sangat menggigit

October 13, 2013

I AM BACK