January 17, 2009

klik! klik!




salam~
hari ni ada sesi fotografi untuk batch kami..
semalam wawa dah pesan pakai baju cantik2.
hehe..
boleh nampak la hari ni ramai yang melaram..
yang lelaki pun x kurang 'smart'..
sekali sekala nampak skema dengan kemeja dan tali leher..
maklumlah..
budak2 course 'mathematical science' ni terkenal dengan fesyen sempoi,
lagi2 brothers (panggilan untuk student lelaki),
slipar, jeans, t shirt..
xde la nak pakai kemeja, tali leher, slack, kasut hitam kilat..
even sisters pun ada yang pakai jeans, selipar, t shirt..
tapi aku masih ikut peraturan..
biar lah nampak skema dengan baju kurung.
baju kurung itu indah pada aku..
nampak sopan santun..(kecuali bila semua dah bersila atas lantai =p)

gambar x siap lagi,
xtau bila dapat,
tapi gambar yang ambil sendiri pun ok gak..
nah tengok! (kat atas sinun!)

January 11, 2009

driver bertauliah =p

salam~
x berapa lewat sangat kalau nak pos entri ni,
tentang semalam,
outing dengan roommates n bestfriend.
aku ni lebih layak dipanggil driver je untuk outing semalam..

damia:
1) pergi bank islam, bank muamalat
2) cari walkie talkie (nasib baik jumpa dekat kuantan parade.4 ketul=rm1000)
3) nak makan kfc, sup daging depan masjid negeri, beli barang keperluan.
4) terminal bas (nak tukar tiket tapi abang kaunter tu kedekut x bagi tukar.cet!)

tiqah:
1) pergi bank islam
2) beli barang keperluan
3) makan sup

lina:
1) pergi maybank
2) belikan tiket ju-roommate dia
3) beli barang keperluan

chinut:
1) tukang bawak budak2 ni keliling kuantan.
2) maybank (bank in duit pipa)

damia yang paling sakan berbelanja,
habis 1 bandar kuantan kami pusing. (nasib aku dah expert. kalau x sesat je yang aku tau. ekek!)

destinasi:
1) bank islam
2) kuantan parade
3) maybank
4) bank muamalat
5) berjaya megamall
6) east coast mall
7) depan padang mpk

penat memang penat..
tapi best!
semua yang dirancang menjadi..

January 03, 2009

tahun baru,bunga api

salam~
sejuknya malam ni...dah 3 hari hujan turun. x berhenti plak tu. kalau ye pun x sampai sejam..matahari pun x sempat nak keluar,dah hujan balik..dah 3 malam jugaklah aku tidur pakai baju tebal2. macam kat overseas pulak. ekek! subuh pun asyik subuh gajah..haiih...

baru hari ni berpeluang mengadap laptop sambil melayari internet. sebelum terlupa, SELAMAT TAHUN BARU 2009! dah 2 malam internet hampeh.. baru ok je ni ha. AZAM. benda ni mesti terfikir bila masuk tahun baru. maklumlah, orang kata bila tiba tahun baru, baru semangat nak berazam. yeke? pada aku bila2 pun boleh.. cuma orang kata lagi bersemangat bila masuk tahun baru sebab kononnya fresh n new la.. cet! kalau dah malas tu malas jugak.. apa azam korang? aku x pernah bersungguh2 tanam azam sebenarnya.. paling hebat pun azam aku nak tambah berat badan. (serious shit aku memang keding!) tambah 2 kilo pun jadilah.. tapi tah.. weight gain x jalan langsung. memang baka agaknya.. biarlah!

tahun baru di tempat baru dengan azam baru..cewah...! benda pertama yang aku tunggu kalau nak masuk tahun baru ni mestilah bunga2 api..boom boom kebaboom...!!! kalu sekolah dulu tengok jiran depan rumah je bakar mercun, bunga api segala.. xdenye nak bersesak2 pergi dataran.. tahun lepas masa kat matrik (UIA) tengok dari tingkap bilik. meriah woo... 4 penjuru alam bak kata roommate aku, naza. maklumlah dok bandar kat mana2 pun ada bunga api.. pantang ada perayaan tau nak membakar jek. aku ingat lagi masa tahun 1. malam tu tunggu bunga api nak sambut merdeka. semua budak dah tercongok2 kepala kat luar tingkap bilik memasing. bebudak laki depan mahallah a.k.a hostel aku dah sebok naik rooftop.bajet tinggi sangatlah.. setakat 5 tingkat aku pun boleh. cet! tiba2 naza cakap, (kalau x silap la sebab masa tu farah kat toilet):

"kita tengok kot tingkap je ek..enjoy gila budak ukc" (mahallah depan-lelaki)
"x pe..kita pun boleh wat.."
kata zila, sorang lagi roommate aku.
"kita? cam ne? nak panjat level 10? gila pe?" mahallah aku 9 tingkat.

aku dengarkan je bebudak ni sembang. malas nak campur.

"chinut, berani x? jom?"
"mana? rooftop? level 10 tu? ko biar betik..."
"sal? takot ke? jom rr..baru thrill.."

tiba2 rasa macam terlebih berani pulak. farah yang baru balik dari toilet yang xtau hujung pangkal cerita mula la nak menyelit.

"nak pi mana? nak ikot!"
"level 10,jom!" naza jaga bilik eh?"
"isyh x brani laa...nnti org tny korg mn naza nk jwb pe?"
"ckp je la kuar..ssh btol."

selang beberapa minit bertekak siapa yang nak ikot, last2 aku ngn zila je yang berani. (bajet punya ayat!). panjat punya panjat tengok2 dah sampai kat bilik yang simpan tangki air. macam dalam cerita Dark Water, tik..tik..tik..air menitik. berbekalkan lampu hp cokia yang x seberapa terangnya, aku pun jalan la pergi cari pintu keluar ke rooftop. finally...sampai jugak kat level 10 mahallah khadijah.. rasa xde orang lagi yang pernah wat macam kteorang wat. (except pekerja yang check tangki air la kot). haha... sedap wooo baring atas bumbung.. tepat pukul 12 tengah malam 31 ogos, bunga api memercik.cantik woo,,,lagi2 dari sudut pandangan yang aku rasa aku ngn zila je dapat experience nih. budak laki depan mahallah kteorg pun kalah...kah..kah..kah..kahak..

dah jauh terbabas nih. apa aku nak cakap kat sini, aku pun berani juga... tu jek....

pape pun,




SELAMAT TAHUN BARU 2009!