Showing posts with label ceritera. Show all posts
Showing posts with label ceritera. Show all posts

June 23, 2011

entri untuk lina

assalamualaikum people! =]

sebenarnya saya baru je lepas baca latest entry lina. fyi, she is one of my close friends in uni. kita kenal dari matrik lagi (sekarang centre for foundation studies). sama2 amek course physical science and later on degree in mathematical science. senang cerita kitaorang ni budak yang suka main dengan nombor, bukan dengan ayat. yeke lina? =]

kawan punya kawan punya kawan last2 kawen.. kitaorang kawen pun dekat2 je tarikhnya.. saya kawen dulu, 2 weeks later lina menyusul. orang kata kalau dah besfren, kawen pun nak sama time. ehe jodoh la.. walaupun kitaorang rapat, tapi sifat kitaorang beza. lina lemah lembut tapi terer silat. saya tak lemah lembut mana tapi boleh la sikit2 menari tarian tradisional. pertuturan dia sopan tapi saya bertutur terlepas jugak kadang2. kalau orang tengok lama2 orang nampak la perbezaan kitaorang.. apa2 pun, kitaorang tetap besfren.. kan lina? =]

sekarang ni she's expecting her first baby in more or less 7 months. betul ke? kita congak2 sendiri je lina.. seronoknya bila dia dah pun pregnant.. excited woo.. dalam hati selalu terfikir, "bila pulak turn aku? belum rezeki lagi..". doakan saya dan suami dimurahkan rezeki.. bila dah kawen, mestilah nak anak pulak kan......hehe.

pesanan untuk lina:
1. ikut semua do's and don'ts yang lina tulis kat blog tu.
2. jaga kesihatan sebaik mungkin - lebih kurang macam apa yang do's to kata lah.
3. mana2 pesanan yang baik untuk lina yang orang keliling bagi, tu jugak lah pesanan dari kita.
4. banyakkan berdoa.. =]

lastly,
selamat menempuh alam baru bersama bakal baby! =]

May 02, 2011

ragut?

assalamualaikum semua!

tukar layout lagi! sebenarnya dah lama nak tukar, dari final hari tu lagi. sekarang baru dapat. ok tak? ok tak ok yang penting aku suka. =D

hari tu pergi terminal bas. tengah jalan2 cari seat tiba nampak laki yang rupanya tak ubah seperti peragut bersiri. tapi orang putih kata "don't judge a book by its cover". ok tak nak judge. tapi bila tengok attitude, dah 50% gaya peragut. jangan..jangan.. tah2 dia baik je, rupa je tak semenggah tapi hati murni. (semenggah ni lebih kurang sama erti dengan berjenis. so, tak semenggah = tak berjenis) dalam masa 5 ke 10 saat aku syok menganalisa laki ni, tiba2 dia duduk sebelah aku. aku jeling menjeling, bukan jelingan menggoda tapi jelingan menyampah. aku fobia laki yang ada ciri2 macam laki sebelah aku ni. bukan sekali dua aku ada 'scene' dengan peragut, cukup 3. semua rupa lebih kurang: tinggi, kurus, muka cengkung tapi bukan rupa drug addict, dan modus operandi, duduk sebelah dan pura2 bertanya. hisyh......terganggu sekejap. lepas duduk sebelah, dia gigit kuku. dah puas gigit2 kuku, dia panggil2 aku. psst! psst! bukan dua kali tapi banyak kali. aku dah start kepal2 penumbuk. jangan cakap aku poyo nak belasah peragut... aku memang pernah bergomol dengan peragut. tak tipu. ok. aku buat tak tau je bila dia panggil2. aku ingat bila dah tak terlayan dia penat dia senyap. tapi tak. makin galak. dah la aku kepit purse aku celah ketiak je. sekali dia rembat memang selamat la.. aku kepit kuat2 dengan lengan kiri, tangan kanan dah standby penumbuk. bila aku tengok mamat ni engsot2 ke arah aku, aku fikir tak leh jadi ni. kang ada kena ragut lagi. aku bengang sangat aku terus merengus, mendengus, aku pun tak tau lah apa ayat yang sesuai tapi hidung aku kembang2 sambil mulut berbunyi "huh!" yang sangat kuat. pastu aku terus rapat ke makcik berhampiran aku. makcik tu perasan kot aku kena kacau dia terus ajak aku sembang. sambil sembang dia toleh2 kat mamat tu, nak bagi lagi berani dia ajak makcik sebelah dia toleh2 jugak pastu mulut mengomel2 macam makcik2 mengumpat. aku pandang laki tu, tengok2 dia dah bergerak jauh sikit dari aku. tau takut..... but still aku tak senang duduk sebab kaki laki tu dah bergoyang2 macam dah naik shaikh. betoi ka aku eja? lantak... ok. aku tak nak amek risiko aku terus blah cari mak aku. sebenarnya aku tunggu mak aku pergi kaunter tiket bas sebab nak check platform berapa dia kena tunggu. mak aku nak balik kampung sorang tengok my grandparents. kiteorang yang lain tak balik sebab dorang tak dapat cuti, aku of course la kena duduk rumah jaga suami, abah n abang faizal. hehe.. kesimpulannya,laki tu tak buat apa2 n aku pun selamat.. memang tak de apa2 yang berlaku sebab aku dah ambil langkah2 keselamatan. aku pun tak tau tujuan sebenar mamat tu usha2 tapi apa guna kena ragut 2,3 kali tapi tak reti2 nak belajar kan?


jangan ingat aku cute cam ni aku lemah. ceh!

apa2 pun, kepada readers especially perempuan, HATI2 BILA KAT JALAN2 KAT LUAR ESPECIALLY KALAU SUKA JALAN SORANG2 MACAM AKU.

p/s: i dah ada Tumblr. tengok la k. hehe. babai!

February 23, 2011

"chin, ko bila lagi?"

air kotak milo + nescafe mild 3-in-1 + ais 20 sen = fail! tak tidur2 lagi.

assalamualaikum people!

kelahiran entri pepagi buta ni adalah hasil daripada resipi kat atas tuh. hadoi..tak kuat + banyak mana pun nescafe tuh.. tapi dia punya penangan.. aku jadi zombie la esok pagi dalam kelas..

sebelum aku start study, (hopefully study statistics la, bukan study macam mana Leonardo di Caprio menghayati watak Ted Daniels dalam "Shutter Island") aku nak wish CONGRATULATIONS!!! kat kawan seuniversiti aku sebab positive pregnant. congrats aaja! aku tak la rapat sangat dengan dia tapi kenal la sebab dia kawan roommate aku.. dia kawen bulan 5 last year, so elok sangat la tu dah nak dapat anak..

last week or last 2 weeks sorang lagi budak kelas dia, nadrah baru je selamat bersalin. dapat baby boy! next week insyaAllah dah masuk kelas balik.. salute la kat dia sebab sangat kuat + gigih. nka jadi macam dia boleh? =]

balik je kelas petang tadi 2 orang bagi soalan yang sama kat aku. bukan setakat intipati soalan tu je yang sama, ayat pun sebijik. macam dah rehearse awal2. nak tau apa dia?

"hi chinut! aaja dah, ko bila lagi?"


haha lawak aku dengar. bukan lawak sebab soalan tu, lawak sebab ayat dua2 serupa. aku gelak je la.. insyaAllah ada rezeki ada la..hehehe...

ok la. nak study la. doakan aku dapat jawab quiz. tata semua!

p/s: seronok tengok masing2 dah start pregnant. aku bukan tak nak tapi tunggu turn. bagi yang dah kawen awal pregnant dulu. aku menyusul nanti. hehe

January 09, 2011

cintaku hampir sempurna. (mak aih tajuk!)

Perasaan yang sempurna: dengar Yuna mendendangkan "Cinta Sempurna" dalam kereta sambil ditemani angin malam. Lagi2 bila hujan tak hujan, hujan tak hujan. Memang sempurna. Ahai! Malam2 memang seronok kalau drive tak pasang air cond, tingkap kasi turun sikit, tapi takleh banyak2. bahaya. Ehe.

assalamualaikum peminat Yuna! ehehe


Macam tahun2 lepas, aku memang takkan miss tengok Juara Lagu. Tak kesah apa cara pun. Kalau kat matrik dulu bersesak la kat bilik tv level 4 kat mahallah separuh usang tu. Tv tak besar mana pun. Masing2 pasang mata besar2 la nak tengok artis pujaan masing2. Err kegemaran masing2. Tak elok sangat puja2 orang ni. =] ada yang siap bawak bantal, tikar, air, cekedis dan macam2 lagi. Aku ingat lagi ada satu tahun tu, tak ingat juara lagu tahun bila, tv3 berlawan denagn tv 1 yang tayang kisah ina n mawi. Ada gak yang nak tengok tv 1. But the majority takes place.. juara lagu la der..gosip2 putus tunang ni tak syok.

Tu masa kat matrik. Ada gak tv kat hostel. Masuk je kuantan, hampeh! err hampa. Ada pun kat café. 1st year kat sini tengok online. Kena plak internet malam tu agak mengancam. Tapi live streaming ni mana nak kekal lama dia punya mengancam.. dah separuh lebih sikit dia dah mula buat hal. Gambar dengan sound x parallel. Betulkah? Tak serentak la maksudnya. Last2 bukak radio kat hp nak dengar sound, tengok gambar kat laptop. Lari sikit je la sebab radio lambat sikit. Masa tu meet uncle hussain menang besar rasanya. Hik3.

2nd year plak advance sikit, tengok kat mamak. Mula2 risau gak sebab mamak kan suka bukak bola. Sampai2 mamak ok la dah bukak tv3 tengok berita. Elok je berita habis mamak tongkang ni bukak bola plak. Memang dorang cari pasal la dengan mira.. minah ni bapak minat faizal tahir. Memang gila2 ah dia bising kat brader waiter tu. Last2 dapat jugak tengok. Ayat yang betul2 aku ingat sampai sekarang, “ha ni faizal tahir nak nyanyi. Jangan ngade2 nak tukar eh.” Muncung2 mulut dia kasi warning. Haha

Tu tahun lepas punya cerita. Tahun ni aku tak pergi mana2 pun. Ada jugak yang mengajak. Bukan tak nak.. tapi rasa tak sampai hati nak kuar malam dah (yeke?) Hehe. Dulu kuar je tak siapa nak halang. Mak abah pun Cuma mampu pesan jangan balik lambat sangat. Lambat2 pun pukul 12.. hehe. Tak pelah nanti ada ulangan punya. Yang penting dapat dengar suara yuna nyanyi tadi. Meremang woah!

July 10, 2010

cuti dah habis, belajar nak mula dah

salam~

hari ni ialah hari last untuk cuti panjang aku yang melebihi 3 bulan ni. walaupun kita selalu dengar ayat ni tapi aku nak cakap jugak; sekejap je dah habis cuti... sekejap kau kata? lebih 3 bulan kau kata sekejap? cet! budak uni lain tak de lah sakan holiday macam aku. haha tapi tu lah kenyataan.. bila tiba hari mengemas bagasi2, barulah nak kata macam tu. masa tengah cuti reti pulak nak cakap boring la, apa la...

sebenarnya aku tak lah kata cuti panjang aku yang terakhir ni boring sangat. kadang2 tu adalah kan.. tapi kalau dapat novel sebiji, diam la aku dalam bilik.. well,, cuti ni aku tak kerja langsung. rasa malas nak kerja. tak pe lah bila lagi nak duduk rumah lama2 kan? lagipun tak de lah 3 bulan lebih terperap je.. awal bulan 6 balik kampung kat Taiping, Perak. sepupu kawen. sempat lagi ke Penang.. tengah bulan 6 pergi Kelantan pulak. majlis sambut menantu. sakan la kan cuti aku kali ni? nak gi Australia duit tak cukup lagi. =]

tapi kan, aku ralat jugak sebenarnya. nak dekat balik uni la program2 wajib kat tv aku terganggu. contoh: final Showdown 14 julai, ANTM baru 3rd week, Vampire Diaries baru 4th or 5th week (yang ni aku tak heran sangat sebab member ada softcopy dia =]), Gossip Girls pun baru start, Flash Forward! baru nak masuk 3rd week. dulu masa ada kat Channel 5, aku kat uni. ni sempat tengok kat 8tv. tu pun 2 episod jek. Smallville baru nak start ahad nanti. uhuhuhuh!

ok lah. nak mengemas. laptop pun nak simpan dah. biar lah tv tu. nanti aku lupa gak. hehe babai!

***UPDATE: tak jadi balik hari ni (11jul). balik esok petang. yeah!!!

July 07, 2010

update separuh masa pertama: holland - uruguay, seri 1 sama


masa aku tengah bermurung, oh tak... 'murung' macam agak sadis bunyinya, masa aku tengah fikirkan future yang ada kat depan mata ni, aku terjumpa blog ni Kereta Mayat. wah.. nama blog yang sepantas kilat mengingatkan aku tentang mati.

*hela nafas,istighfar

ok. blog ni aku jumpa dekat blog yang aku baru follow ni. 1 perkara yang buat aku tertarik nak klik link blog Kereta Mayat ni bukan sebab nama dia tapi asal usul owner blog ni yang dari mat rempit bertukar ke seorang yang tahu ilmu agama yang agak dalam pada pendapat aku setelah berjumpa dengan seorang muslimah; yang kini isterinya.

pergilah jenguk blog dia. lagi bagus jadi follower sebab ni salah satu blog yang sarat dengan hadith dan unsur2 islamic tapi masih boleh bergurau. bukan bergurau tentang hadith ye. =]

peringatan: blog ni sesuai untuk orang yang dah kawen atau yang dah dekat nak kawen atau terbuka mindanya sebab ayat2 dia memang straight. jangan terkedu pulak bila baca entri2 dia.

ok nak sambung tengok bola. =]


July 03, 2010

blog budak umur 13 tahun lagi best dari blog aku. eheh

salam~
baru lepas baca 1 blog ni. owner blog ni baru je 13 tahun tapi blog dia..fuhhh! kalah aku. memang tabik dekat maisarah sebab sangat kreatif menghias blog. entri2 dia tak menunjukkan yang dia form 1. maksud aku dari segi bahasa. pada aku dia memang ada bakat menulis. cerita2 dia menunjukkan yang dia matang dalam berblogging. aku suka tengok blog dia. macam2 ada. serius aku tak kan dapat buat blog sekreatif blog dia dalam masa setahun nih. haha setahun je.. tahun depan tunggu la. aku make up blog ni bagi hensem. err.. tapi tengok jugak la sebab kalau dah malas tu 1 hapak pun tak guna kan?



jangan aku malas cm ni sudah


p/s: hobi baru: tengok gambar kat flickr. gambar atas ni pun dari flickr.
p/s#2: link untuk blog maisarah tu tak jadi2 dari tadi. kalau nak usha tengok kat chatbox cari nama maisarah.

June 28, 2010

england sayur! bak kata abang aku

salam~
england kalah! 1-4. teruk jugak. tapi germany main memang bagus. untuk observer macam aku la yang kata.. lagi frust bila 1 gol england di-reject mentah2 oleh referee. apalah gunanya camera kalau kita tak boleh nak argue? hmm.. aku pun tak faham sangat.

tapi aku tak lah sedih sangat sebab team favorite aku (portugal) still ada dalam game. tak tau lah apa nasib portugal jumpa spain nanti. jangan aku dengan zul yang bergaduh sudah. yelah dia spain, aku portugal. masa spain kalah dengan switzerland pun dah semacam dah muka dia tengok muka aku yang sedap mengejek team dia. hahaha

dengan adanya world cup ni, aku (abang aku sebenarnya) makin kerap tengok tv indon. ye indon! rumah kami tak de astro. mak tak nak pasang. dia kata nanti hari2 abah & abang faizal tengok bola. kita orang pulak, kena tengok tv kecik, kat dapur pulak tu. huhuhu. oleh itu, astro tak dipasang.. tapi tak pe. aku ok je.. sebab gelombang indon & singapore boleh sampai kat sini. ha.. ni lah untungnya duduk johor, especially jb. aku bukanla budak bandar, tapi still dalam jb; pinggir sikit la. tapi tak pe, apa aku nak cerita kat sini; singapore & indon kalau bergabung boleh lawan astro tau!


kalau nak tengok movie macam kat astro, channel 5 (singapore) ada.. cerita ala2 discovery channel, okto malam2 ada..(singapore). katun?okto siang2 berlambak.. nak tengok cerita indon, bukak aje channel indon. nak termuntah2 tengok cerita indon. sebulan tengok channel indon, konfem boleh khatam bahasa indon. mau enggak? aku tengok bola ni pun kat tv indon. komentarnya bagus2 juga ya...

apa2 pun, congrats germany!

p/s: tv 1 n tv2, ehe sori..tak tengok pun.


April 30, 2010

benci n menyampah dengan kau

benci dengan perangai sesetengah lelaki yang:
  • dah tau kita tak suka dia tapi tak faham bahasa
  • show off melampau padahal habuk pun tadak
  • mula2 jumpa kata nak kenal (kawan la konon), bila kita kata ok dia tanya dah ada bf ke belum. bila kata dah ada terus tak nak kawan. dey.. pooodah!
  • kuat merajuk mengalahkan perempuan
menyampah dengan perangai sesetengah perempuan yang:
  • kaki bodek
  • jeles bila kita rapat dengan orang lain. perempuan jugak yang kita rapat. dia fikir kita besfren dia so tak boleh rapat dengan orang lain?
  • memperguna2kan @ amek kesempatan terhadap kebaikan seseorang
  • tak faham bahasa
sesiapa yang rasa ada sifat sebegini dalam diri, buang lah..benci n menyampah tau tak? atau pun jauhkan diri anda dari saya..

April 25, 2010

tiket wayang berharga rm700?

salam~
disebabkan blog dah sediakala cantik, barulah bersemangat nak post entri baru.
fikir punya fikir................
apa nak tulis ek?

***********************************************

ok ada idea!
nak share sikit lah cerita2 yang pernah tengok kat panggung wayang.
tak nak cerita banyak, ni antara fav movie:

150210, 1130am
TGV Tebrau City

280606, 0310pm
TGV Tebrau City

260206, 0105pm
TGV Tebrau City

200608, 0210pm
TGV Tebrau City

210809, 0210pm
GSC Megamall Kuantan


antara movie yang menyesal gila aku g tengok:

  • nana tanjung (yang ni kawan aku nak sangat tengok)
  • scary movie
  • casino royale (teringin nak tengok best sangat ke james bond nih)
banyak lagi cerita yang best macam transformer 1 & 2, stomp the yard dll..
bila kira2 balik berapa duit aku dah perabeh duit kat panggung wayang,
mmm...WHOOA!! RM772!!!
tapi bukan semua guna duit aku..
ada jugak yang orang belanja. =]
xpelah.. dari 2004-2010. nak dekat 7 tahun aku tengok wayang..
lebih kurang rm100 setahun la budget untuk cinema.
ok la tu........

February 16, 2010

twilighto completo!





semalam aku lepak dengan geng lepak aku, memang riuh shopping mall tu dengan suara kami (ber2 je sebenarnya). program kami simple n agak bosan, (untuk orang lain) tapi bukan untuk kami.

mula2 tengok wayang, Percy Jackson & The Olympians, The Lightning Thief. agak menarik bila tengok trailer dia 1 ketika dahulu. cerita nih memang best la..! aku bagi 4.5 bintang! (mira bagi 3 je.tak suka fantasy eh? =])

habis movie pergi solat . pizza hut. makan2 sembang2 klik2. macam2 cerita keluar. kebanyakkannya personal la. hehe perempuan.. kami tak bergosip yerk. cerita hal masing2..

program utama dah tiba..... lepak Harris!(sebuah kedai buku) so far, kawan2 aku yang kaki buku cuma makcik ni sorang je. maksud aku sudi lepak kedai buku berejamrejam tanpa ragu. aku memang kamcheng dengan dia dari sekolah rendah sampai dah tak sekolah. mostly sebab dua2 banyak mulut, dua2 kaki buku (nerd? ya so what?) & kuat makan. ye ke sa'?

hari ni aku dah berjaya melengkapkan collection novel Twilight series. ha legaaa....... pasni nak collect percy jackson plak boleh? sidney sheldon punya novel pun tak habis beli lagi. haih...~

sa' still x dpt novel yang dia nak, so kami pergi la City Square plak cuba nasib.. pun xde jugak.. nasib ko la nampak gaya kena beli buku lain la,, last2 dia beli Dan Brown punya novel. macam menarik jugak sebab dia macam kesinambungan dari cerita "The Da Vinci Code" dan "Angels and Demons". gila hebat cerita tu.. series ni pun aku nak collect jugak. bleh??

ok lah, pendek cerita gedebak gedebuk aku hantar sa' lebih kurang pukul 8 sampai rumah dia. pas tu aku pun pulang ke rumah... seronok rasanya bila dah lama tak hang out dengan childhood friend, aite?

February 13, 2010

VD vs CNY

sudah sampai di rumah...!

semalam lepas hantar yang lain2 dekat rumah masing2. aku dan pipa ke Jusco Tebrau sekejap. saja jalan2.. roommate aku ada pesan baju. jauh betul nak beli baju.. lepas parking kereta terus ke food court sebab sangat lapar. sambil jalan ke sana aku tengoklah sekeliling shopping mall fav aku ni.. aku ingatkan decoration untuk Valentine's Day yang akan jadi tema. rupa2nya CNY lagi kuat aura dia.. yelah, 2 celebrations on a same day..

untuk post kali ni aku nak share sikit tentang Valentine's Day. setiap tahun tak kesah la dari negara mana pun setiap pasangan kekasih akan tunggu hari ni. aku tak pernah tunggu. tak tipu! macam2 cerita aku dengar pasal sejarah atau legend of Valentine's Day.. walaupun macam2 version tapi semuanya yang tak elok tentang Islam.. sedih bila lihat umat Islam menyambut perayaan yang memburukkan agama Islam itu sendiri. yelah, apa yang kebanyakkan orang tahu, Valentine's Day is hari menyambut kekasih. tapi yeke? kat sini aku ada buat sikit research tentang hari berkasih-kasihan ni. tapi bukan tentang sejarah atau legenda, cuma sedikit fakta menarik:

  1. Approximately one billion Valentine cards are exchanged each year...the largest seasonal card-selling occasion of the year next to Christmas.
  2. February 14 is the most important holiday for florists, accounting for 32% of annual sales.
  3. 73% of people who buy flowers to send on Valentine's Day are male...only 27% are female.
  4. California produces 60% of American roses, but the vast majority sold on Valentine's Day in the United States are imported...mostly from South America.
  5. Approximately 3% of pet owners will give a Valentine's Day gift to their pet.
  6. Alexander Graham Bell applied for his patent on the telephone on Valentine's Day in 1876.
p/s: malas nak translate. semua faham kan? ok proceed.

yang ni aku nak share pulak rites & superstitious about Valentine's day. jangan percaya ye!
  1. Traditionally, if a young female is curious enough...and brave enough...she can conjure-up the appearance of her future spouse by visiting a graveyard at midnight on the Eve of Saint Valentine's Day and singing a prescribed chant while running around the church twelve times.
  2. In Wales, wooden love spoons would be carved and given as gifts. Favored decorations for the spoons were hearts, keys and keyholes...the decorations meaning "You unlock my heart!".
  3. It was once believed that if a woman noticed a robin flying overhead on Valentine's Day, it meant she would marry a sailor. If the woman saw a sparrow, the would marry a poor man, but be very happy. If she spied a goldfinch, it was said that her husband would be a man of great wealth.
p/s: yang ni pun malas nak translate.

sebenarnya banyak lagi fun facts about Valentine's Day. tapi takat ni je yang larat. esok lusa kalu ada mood aku tambah lagi ye! daa~

p/s: semua yang tertulis hanya untuk suka2. don't take it seriously ok? HEPI CHINESE NEW YEAR YAWW!

September 17, 2009

lagu

salam~
rasanya dah agak lama tak menulis,
last entry pasal udang,
sekarang udang tu pun dah xde kat kfc..
lama la jugak kan?

sebenarnya xla bz mana pun sampai x sempat menulis..
cuma xde apa yang nak dikongsi.
ni pun terasa nak menulis sebab otak dah pengap dengan assignment,
cognitive theory n bla3...
bila daa nak abes assignment nih..
sambil buat assignment yang x berapa menunjukkan progression yang menggalakkan,
dengar la lagu,
macam biasa untuk kurangkan ketegangan..
macam sekarang tengah dengar lagu seventeen - selalu mengalah
sebelum tu stacie oricco - stuck,
sebelum2 tu gym class heroes- clothes off

sebenarnya aku nak cakap,
lagu ni main peranan penting dalam hidup kita,
dengan lagu kita ingat akan sesuatu peristiwa,
lagu pun boleh buat kita ingat kat seseorang,
atau tempat.
macam tadi masa dengar lagu stuck,
aku tringat masa zaman kemurungan aku beberapa bulan yang lalu,
rasa kena sangat lagu tu dengan condition aku masa tu,
hampeh gila babeng!
macam lagu seventeen tu plak,
ia mengingatkan aku pada zaman aku mula kenal dengan si dia yang sekarang ni sudi jadi teman aku yang paling rapat,
tapi aku x kate la tu lagu kteorang,
paham kan?
tapi lagu yang plaing buat aku rasa nak menjerit kat depan muka orang tu,
ialah lagu coklat - karma.
korang dengar n baca lirik dia.
aky memang nak sembur depan2 dia kalau diberi peluang
sekali je,
bagi puas hati.
boleh?
huh, nak tengok muka pun dah x lalu.
lantak ko lah,
yang penting jangan wujud depan mata aku lagi dah
betul tak lina?
teehee..

disimpulkan di sini,
aku banyak kerja yang perlu disiapkan,
sambil layan lagu yang boleh buat aku mengimbau kenangan lama,
cet!
harap kerja aku siap dengan cantiknya.
sekian wassalam...

August 17, 2009

pergi dan gigi

salam~
dah agak lama rasanya tak menulis..sejak 'kehilangan' seseorang yang boleh dikatakan agak rapat dengan aku.
bukan sebab sibuk dengan class atau internet connection bermasalah,
cuma x tau nak cerita pasal apa.
aah.. x tau langsung.

tapi lepas class petang tadi,
terasa nak tulis sesuatu.
ada kaitan dengan entri terakhir yang aku tulis..
ditakdirkan arwah sekelas dengan aku untuk subjek leadership.
bila check list name siapa yang x hadir,
timbul nama arwah.
bila ditanya sebab dia x hadir,
semua agak teragak-agak nak jawab..
muka sir agak terkejut bila seorang dari classmate aku cakap,
"she's passed away.."
agak banyak kali jugak la kena ulang ayat yang sama.
yelah bukan senang nak main percaya cam tu je bila timbul cerita2 tentang kematian.
tambah pulak dengan muka kami yang agak 'selamba' sebut perkataan "passed away",
bila sir dah confirm percaya yang arwah dah x de,
dia persoalkan sesuatu,
"muka kamu x nampak macam kamu sedih pun. boleh senyum2 lagi.x sedih ke?"
lebih kurang cam tu la ayat dia..
tiba2 aku pun terperasan yang muka kami memang macam x sedih.
x sedih ke?
sedih...
sampai kadang2 bila terfikir balik tentang arwah,
rasa macam sebenarnya dia masih ada..
dia x pergi mana2 pun.
tapi realitinya dia dah xde untuk selama2nya..
mungkin sebab semuanya dah kembali 'normal'..
semua ceria macam selalu,
aku yang lalu depan bilik dia pun dah x terasa seram,
tengok kawan dia yang terselamat pun dah boleh ketawa macam biasa,
mungkin jugak kan...

tapi sebenarnya sampai sekarang aku terfikir,
betul ke sedih tu dah xde?
kalau ada kenapa dulu rasa muram je bila dengar berita tu tapi sekarang x dah?
ada yang jawab soalan sir tadi,
"life must go on sir"
mungkin jugak bila kita fikir hidup mesti diteruskan,
kita terus jadi normal,
x muram2 dah,
x sedih2 dah..
tapi jujur aku cakap aku pun agak terkejut kenapa tadi kami masih boleh senyum n gelak2 bila timbul balik cerita tentang arwah,
spontan n serentak reaksi tu datang dari kami.
mungkin kita terlampau meratap masa dapat tau berita tentang pemergian arwah,
sampai semua perasaan ratap+sedih tu dah habis,
bukan habis,
tapi x dizahirkan macam seminggu pertama lepas arwah dah xde.
mungkin jugak kan?

..................................................................................................................

semoga dengan kehadiran bulan yang mulia ni, arwah tenang di sana..

p/s: setelah 3 tahun 3 bulan aku hidup dengan gigi yang x sempurna, kini aku dah dapat gigi baru.tee hee...

July 30, 2009

gurau ratap

salam~
semalam baru bergurau,
hari ni dah meratap

sama class,
sama mahallah,
dia 1 floor dengan aku,
bilik selang 1 pintu,
selalu jumpa kat toilet,
atau compartment tiqah
sebab dia ni suka tanya soalan
time tu aku pun menyelit la sebab sekaligus boleh study
nak tunggu aku study sorang2,
lambat ckit la...

rasa macam dia ada lagi,
bila kenangkan balik,
dia memang dah xde,
dah pergi,
ajal maut datang dalam keadaan paling x kita duga
sangat x duga!!
sentap jiwa...

p/s: al fatihah untuk arwah Maslina..Moga rohnya ditempatkan bersama orang2 yang beriman amin...

July 11, 2009

cuti dah habis

salam~
hari ni hari terakhir cuti sem aku..
3 bulan kat umah.
gila lama!
orang lain belum cuti aku dah cuti,
orang lain dah habis cuti aku x habis2 lagi,
haih...

pada aku,
cuti kali ni ialah cuti paling 'bermakna' dalam hidup aku..
cuti kali ni x sama dengan cuti 3 bulan masa aku habis foundation dulu sementara tunggu nak masuk degree,
cuti dulu: amek lesen kereta
cuti sekarang: lenjan LISA sampai ke KL
cuti dulu: lepak kat umah membesarkan badan (besar ke??)
cuti sekarang: kerja siang malam sampai kudut

ni je la kot yang aku boleh cakap,
lain2 terlampau peribadi,
huhu

tapi semalam aku 1 cerita yang tiba2 boleh buat aku menyirap,
ntah hangin mana datang dari badan aku nih,
sampai bangun pagi tadi pun ada 'orang' perasan aku moody semacam.
ni bahana cerita semalam la nih!!!
x enak betul untuk didengar,










lepas ni aku x nak dengar apa2 cerita pasal ko lagi,
faham?

p/s:sori termerapu

May 17, 2009

mood: ok~

salam~
working experience: pelbagai

.................................................................

sedar x sedar dah sebulan aku cuti sem..
dan itu bermakna sudah sebulan setengah aku jatuh cinta sama itu Robert Pattinson,
ala Twilight hunk tu...
dan baru aku perasan yang rupanya dah lama aku tak menghitung hari,
hari apa?
mm....

bila tengok gadget kat sebelah tu baru perasan,
dah hampir 10 hari aku tak perasan yang nombor2 tu sebenarnya sedang bergerak,
laju tu tak la sebab semua jam gerak sama kan,
aku je yang tak berapa nak perasan..

lagi 188 hari!!!
sangat tak sabar......................

February 27, 2009

yang tak berapa nak baru..

salam~
sangat lama x update blog..
broadband wat hal,
memang sesak kepala memikirkan benda tu berfungsi ke x,,
xtau apa punca,
nak refer kat member,
xde plak yang pakai broadband 'segedabak' aku,
so sendiri2 la setelkan benda nih..
but still xleh guna,
lantaklah..
maybe 'dia' x bagi aku on9 selalu n soh study,
aku kalau dah on9 memang mati semua keje yg lain..

latest about me:
  • dah dapat balik "LISA".. =B
  • exam, quiz n assignment berderet2 (xyah listkan pun dah boleh tau)
  • ex-roomie a.k.a classmate nak kawen bulan depan (latest about me ke ni??)
  • broadband hampeh =\
  • dapat jugak amek minor in education. saingan sengit woo... (bakal cikgu kah?)
  • dah tu je..
babai!

January 30, 2009

x payah baca lah..

salam~

ada orang kata orang yang ada blog ni:
1) kaki internet
2) suka nak kongsi sesuatu dengan orang lain.
3) kaki camera. boleh upload banyak2 gambar.
4) nak tulis diary tapi lagi suka ngadap komputer dari buku.
5) "orang lain ada blog aku pun nak ada jugak."

nak ikutkan macam2 lagi sebab kenapa seseorang tu ada blog. tapi untuk aku, aku buat blog ni cuma nak isi masa lapang pada awalnya. lepas delete semua acc myspace,friendster and facebook, rasa xtau dah nak buat apa dengan laptop ni selain dari tengok drama on9. so buat la blog... at least macam ada benda yang boleh "dijaga". mula2 memang tepu sebab xtau apa nak isi kat blog. nak share cerita pun x la menarik sangat life aku. xdela hari2 buat something yang extraordinary.. pergi balik kelas, makan minum tido on9 semua sama macam orang lain. tapi bila dah mula berblogging and rajin usha blog orang lain, rasa macam nak tulis jugak apa2. xkesah la macam:

"hari ni bangun lambat...mandi pun konfem la lambat..pas makan bla2................"

atau pun,

"tadi aku drive, pas2 nampak orang eksiden..................."
pas2 upload la banyak2 gambar konon nak share dengan orang betapa ngerinya eksiden tu.

tapi xpela.. blog ni kita punya. bukan guna duit engko pun nak buka acc. gambar pun semua gambar aku. betul tak? macam sorang kawan yang aku kenal kat myspace dulu, bila aku tanya ada blog tak, dia cakap "ada.. tapi segan la nak bagi baca..cam tah pape jek. takot orang kata poyo jek.." kalau nak ikot poyo aku rasa aku punya blog is the poyoest blog on earth. tapi aku cakap bialah.. blog kita lantak kita la nak tulis apa pun.. asalkan tak sentuh sensitiviti orang sudah..kan? so sekarang ni aku xtau nak tulis apa sebenarnya.. mana jari ni nak ketuk keyboard tu la ayat yang keluar. ni pun sebab rasa macam dah lama sangat x post pape entri. so bedal je la...

apa yang aku nak cakap kat sini, orang yang ada blog ni bukan la gila advance sangat dalam dunia maya ni, tapi xlah jugak xtau apa langsung pasal on-9-ing.. cuma sesetengah orang anggap kalau ada blog ni macam maju ke depan sikitla dari orang yang xde blog. yeke?? xdenye... maju plak aku... macam kawan2 aku, bila tau aku ada blog, semua macam, "waaahhh...chinut ada blog eh?" aku pun sengih2 busuk, "adala jugak tapi xde best mana pun.. suka2 jek."

tah la... aku dah naik bosan sebenarnya..hp sunyi, roommate membuta, aku lak dah kematu. so tulis pape yang patut lagi panjang dan memeningkan orang yang baca entri ni. xpayah baca la korang.................

January 03, 2009

tahun baru,bunga api

salam~
sejuknya malam ni...dah 3 hari hujan turun. x berhenti plak tu. kalau ye pun x sampai sejam..matahari pun x sempat nak keluar,dah hujan balik..dah 3 malam jugaklah aku tidur pakai baju tebal2. macam kat overseas pulak. ekek! subuh pun asyik subuh gajah..haiih...

baru hari ni berpeluang mengadap laptop sambil melayari internet. sebelum terlupa, SELAMAT TAHUN BARU 2009! dah 2 malam internet hampeh.. baru ok je ni ha. AZAM. benda ni mesti terfikir bila masuk tahun baru. maklumlah, orang kata bila tiba tahun baru, baru semangat nak berazam. yeke? pada aku bila2 pun boleh.. cuma orang kata lagi bersemangat bila masuk tahun baru sebab kononnya fresh n new la.. cet! kalau dah malas tu malas jugak.. apa azam korang? aku x pernah bersungguh2 tanam azam sebenarnya.. paling hebat pun azam aku nak tambah berat badan. (serious shit aku memang keding!) tambah 2 kilo pun jadilah.. tapi tah.. weight gain x jalan langsung. memang baka agaknya.. biarlah!

tahun baru di tempat baru dengan azam baru..cewah...! benda pertama yang aku tunggu kalau nak masuk tahun baru ni mestilah bunga2 api..boom boom kebaboom...!!! kalu sekolah dulu tengok jiran depan rumah je bakar mercun, bunga api segala.. xdenye nak bersesak2 pergi dataran.. tahun lepas masa kat matrik (UIA) tengok dari tingkap bilik. meriah woo... 4 penjuru alam bak kata roommate aku, naza. maklumlah dok bandar kat mana2 pun ada bunga api.. pantang ada perayaan tau nak membakar jek. aku ingat lagi masa tahun 1. malam tu tunggu bunga api nak sambut merdeka. semua budak dah tercongok2 kepala kat luar tingkap bilik memasing. bebudak laki depan mahallah a.k.a hostel aku dah sebok naik rooftop.bajet tinggi sangatlah.. setakat 5 tingkat aku pun boleh. cet! tiba2 naza cakap, (kalau x silap la sebab masa tu farah kat toilet):

"kita tengok kot tingkap je ek..enjoy gila budak ukc" (mahallah depan-lelaki)
"x pe..kita pun boleh wat.."
kata zila, sorang lagi roommate aku.
"kita? cam ne? nak panjat level 10? gila pe?" mahallah aku 9 tingkat.

aku dengarkan je bebudak ni sembang. malas nak campur.

"chinut, berani x? jom?"
"mana? rooftop? level 10 tu? ko biar betik..."
"sal? takot ke? jom rr..baru thrill.."

tiba2 rasa macam terlebih berani pulak. farah yang baru balik dari toilet yang xtau hujung pangkal cerita mula la nak menyelit.

"nak pi mana? nak ikot!"
"level 10,jom!" naza jaga bilik eh?"
"isyh x brani laa...nnti org tny korg mn naza nk jwb pe?"
"ckp je la kuar..ssh btol."

selang beberapa minit bertekak siapa yang nak ikot, last2 aku ngn zila je yang berani. (bajet punya ayat!). panjat punya panjat tengok2 dah sampai kat bilik yang simpan tangki air. macam dalam cerita Dark Water, tik..tik..tik..air menitik. berbekalkan lampu hp cokia yang x seberapa terangnya, aku pun jalan la pergi cari pintu keluar ke rooftop. finally...sampai jugak kat level 10 mahallah khadijah.. rasa xde orang lagi yang pernah wat macam kteorang wat. (except pekerja yang check tangki air la kot). haha... sedap wooo baring atas bumbung.. tepat pukul 12 tengah malam 31 ogos, bunga api memercik.cantik woo,,,lagi2 dari sudut pandangan yang aku rasa aku ngn zila je dapat experience nih. budak laki depan mahallah kteorg pun kalah...kah..kah..kah..kahak..

dah jauh terbabas nih. apa aku nak cakap kat sini, aku pun berani juga... tu jek....

pape pun,




SELAMAT TAHUN BARU 2009!