August 27, 2010

akak tutor korang, panggil akak kak achin je ok?

salam~

nampak gayanya aku update blog sebulan sekali je lah..

sem ni berbeza sikit 'style' aku hidup kat sini, kat uia ni. masa untuk facebook dah makin kurang, minat nak ambil tahu pasal sesiapa kat facebook makin menurun. bukan sombong tapi memang malas nak baca seketul2 news feed. paling lama aku boleh tahan dengan facebook setengah jam. pastu buat benda lain.

tu baru facebook. blog ni? hehe kesian terabai dah. takpe, engkau tak payah makan. so aku tak risau sangat. =]

sem ni kerja makin bertambah. cliche betul ayat. memang la setiap sem bertambah kan kerja? tapi ni bukan kerja uni je yang bertambah. kerja luar pun sama. sekarang aku tengah memantapkan teaching skill. aku mengajar add math atau matematik tambahan untuk budak SPM. roommate aku punya kerja la ni.. cari tutor. tapi aku bersyukur sangat sebab kalau tak de experience, macam mana nak praktikal nanti? theoretically, pass. practically? belum tentu.. sepanjang aku mengajar (baru 2 kali mengajar sebenarnya.. =]), bukan subjek yang jadi masalah. yelah memang la kat sini aku belajar math, tapi ada certain topic form 5 yang memang dah tak pakai kat sini, so kena ulang balik study sebab nak mengajar orang. bukan boleh suka2 hati je nak bebel apa yang patut kat dalam kelas.

the main point is, macam mana kita nak bagi budak faham? dalam kelas yang aku ajar, ada quick learner, ada yang 'tumpul' sikit. kat sini la psychology main peranan. eceh ayat over. yang 'tumpul' tapi nak belajar tak pe. cuba yang 'tumpul' tapi malas. macam mana? kadang2 ternaik jugak suara aku ni, tapi budak2 yang 'tumpul' dan malas ni tak boleh dipaksa. ahha, kesabaran teruji di situ.

sepatutnya this week kena mengajar lagi. tapi next week ada exam and assignment yang berlambak. so aku dok timbang tara lagi, nak pergi ke tak? tengoklah macam mana. tak sampai hati kalau tak pergi sebab mereka sangatlah bersemangat. ahah semangat dengar aku bercakap kot. ada sorang budak ni seboleh2 tak bagi aku berhenti bercakap semata2 nak dengar 'bahasa' aku. dia kata aku cakap macam orang kl. haha, memanglah.. dah engkau orang pahang, bunyi lain la sikit dari cikgu ko nih.. tu belum campur dengan student lelaki yang mula nak tunjuk macho masing2.. yang perempuan pulak, dok perhati aku atas bawah. nak sign ke? =]

ada exam sebenarnya pagi ni nanti. terpanjang plak entri kali ni. aktiviti lepas exam: uruskan perniagaan top up, berbuka dengan girlfriends.. esok dengan roommates and jiran sebelah menyebelah pulak. banyak appointment nih. chow! assalamualaikum...

p/s: tak de foot note kali ni. =]

No comments: