August 03, 2022

2022

 Testing, testing.

I'm back!!!

Kalau betul la FB dah tak tayang sangat apa yang kita tulis, sambung balik menulis kat sini lah gayanya.


Miss my readers! 


Ada ke? 

April 04, 2020

Hello.....
.
.
.
.
.
.
.
.
I'M BACK!!!!!


Status baru, wajah baru.
Suribisnes, mak anak 3.

Ada lagi ke pembaca setia kakak kat sini?


June 10, 2014

HAPPY 2nd BIRTHDAY, SON


Another great year with you, Adam.

May 29, 2014

HAPPY BIRTHDAY TO ME

Assalamualaikum semua.

Happy 26th birthday to me! 
Syukur kepada Allah kerana dipanjangkan usia. 
Tak banyak lagi bekalan untuk masa hadapan.
Masih banyak yang patut dibaiki.
Untuk diri sendiri, untuk adam, untuk keluarga.
Sebagai hamba Allah, sebagai anak, sebagai ibu.

Terima kasih atas kasih sayang dan doa dari kalian.

P/s: birthday I 2 hari lepas sebenarnya. =]


March 08, 2014

STOP, BREATH, ISTIGHFAR, REPEAT!

Assalamualaikum.

rasa seronok bila time study semua masuk dalam kepala. rasa cepat je masa berlalu. macam, "ala, dah nak maghrib dah. cepatnya haih. esok dah class. tapi alhamdulillah dah paham semua. xdela ternganga esok."

tapi macam tak best je kalau dah berjamjam depan laptop, tapi baru faham 1 tajuk kecil. bila tengok jam, "laa.. asar pun belum. macam dah lama je melekat kt meja ni. banyak lagi tajuk yang x cover. esok dah class. harap2 sempat la habiskan malam ni." dan biasanya tak sempat sebab malam ni la baru nak gosok baju untuk seminggu punya class. hmmmmm...

perasaan sekarang ni: tak faham apa2. tak masuk apa2. alahai nak cakap stress, bukan ada apa2 masalah besar pun sekarang ni. nak kata adam kacau, dia ikut maktok dia jalan2. hmmmmm...(lagi)

jiwa tak tenang kot. sebab tu tak masuk apa dalam kepala ni.

p/s: hari ni banyak baca benda lagha. penangan hanez suraya la ni. (eh salahkan orang pulak.) 

March 06, 2014

NOTE TO SELF



  “Sometimes it feels like you aren't moving forward. As if the past has caught up to you yet again. That is a lie. Look at who you are now compared to a year ago. Every day has been a step forward. Every day you get out of bed and face the world with courage and sincerity matters. You've got to take a moment to take it all in and understand that time will not speed up even for you. Be patient with yourself. Be gentle with the wounds you carry. True, lasting healing cannot be tricked or rushed. But you must remember that you are healing. Hold on to that truth. Whether you see it or feel it healing is taking place in your mind, body, spirit, and life.”

-Anonymous-




March 05, 2014

PERPUSTAKAAN = JUSCO TEBRAU?

Assalamualaikum. =]

baru berpeluang (dan beridea) nak mengarang sesuatu. dah sebulan dah masuk sem 2. saya tak pernah rasa sebusy ini. dulu masa zaman degree, nak rasa busy pun  bila nak dekat quiz, test, assignment and finals. kalau next week test, 2 hari sebelum test baru bukak buku. tu zaman degree dulu laa... konon-dah-dewasa-tapi-masih-takde-tanggungjawab-punya zaman. sekarang ni tak boleh dah nak gunapakai cara hidup tu lagi. haha.

semenjak bergelar pelajar balik ni, lepas kelas je terus pergi library. takde nak "jom makan" ke, "jom tengok runningman nak sambil lunch" ke, "nak tidur jap lah semalam tengok vampire diaries sampai subuh" ke apa ke takde dah. TAKDAK. lapaq lagu mana pun wajib pi library dulu. setengah jam buat kerja baru boleh pikiaq nak pi makan. tu pun belum tentu pergi. satu sebab penat, dua sebab banyak kerja, tiga sebab malas. makan pun malas????

bukan nak mengaku poyo, rajin atau apa, tapi seiring dengan perkembangan zaman dan peningkatan umur, masa itu emas. jangan dok buang masa selagi kepala masih fresh dengan apa yang lecturer baru lepas ajar dalam class. kalau lambat ulangkaji, lambat la tangkap balik semua2 ilmu tu. betul... lagi 1, kalau dah balik rumah, takde makna nak terus bukak buku. adam kat depan pintu dah tunggu. "mama nak yayan yayan!". mama dah nak muntah hijau duduk dalam kereta. nak jalan jalan mana pulak... nak jalan jalan hari hari tak boleh la...hujung minggu boleh.

bukan senang nak 'juggle' perkara penting dalam hidup. mestila anak penting tapi study pun kena jaga jugak.. dah ini yang dipilih. so kena la BERTANGGUNGJAWAB. ada assignment terus buat, lepas kelas terus pi library (cet library lagi). anak ajak jalan, jom jalan. anak ajak mandi kolam jom terjun sekali. anak tido jom tidoq sekali. tapi tidoq sekejap je la. masa dia tidur la kita nak buat kerja. (habis bila aku boleh tidur?)

kesimpulannya, apa pun yang ada di tangan kita, uruskannya dengan penuh tanggungjawab. akhir kata, sayangi hidup anda! =]


p/s: ending tah pape. title? i love library sama macam i love jusco tebrau.

December 31, 2013

GOODBYE 2013, HELLO 2014!

Assalamualaikum.

It's the last day of 2013, first day of my final exams.







p/s: May a good future lies ahead of you, and me. Happy 2014!

December 29, 2013

HARI TERBAIK UNTUK BERCUCUK TANAM IALAH 100 TAHUN LEPAS. HARI KEDUA TERBAIK UNTUK BERCUCUK TANAM IALAH SEKARANG.



p/s: suka dengan ayat dari pengacara lelaki, "hari terbaik untuk bercucuk tanam ialah 100 tahun lepas. hari kedua terbaik untuk bercucuk tanam ialah sekarang."

December 28, 2013

RAISE YOUR CHILD'S SELF-ESTEEM! 99 Easy Things to Do: #1

Assalamualaikum semua. =]

Lagi 3 hari 2013 nak habis. lagi 3 hari jugak la saya start final exams. first paper: Programming & Simulations. ohmai... sesak dada nak menghabiskan subjek ni. masa tengah study ni la idea datang nak share something dengan readers. saya quote daripada author buku ni : RAISE YOUR CHILD'S SELF-ESTEEM! 99 Easy Things to Do by Nancy Krulik. buku ni saya dapat free masa saya beli set buku untuk Adam. saya nak recommend kepada mommies tentang set buku ni. nanti saya upload gambar apa yang saya dapat dari set buku ni. sekarang saya nak share sikit apa yang Nancy ni cakap:

"Self esteem isn't something you are born with. in some ways, it's something you're given, like a gift. when children are very young, they develop much of their sense of self-worth by studying how others perceive them. if children only receive negative reinforcement, they won't think much of themselves. but if they get praise and encouragement often enough, they begin to develop a sense of pride in themselves that will sustain them for the rest of their lives."

so, saya akan share that 99 things yang kita sebagai parents patut buat. let us do simple and easy things to and together with our children. =]

#1: tell your child you love him, at least once a day.



till the next post!

December 07, 2013

PEDOMAN HIDUP

Assalamualaikum.

Keselesaan tubuh kerana sedikit makan.
Kedamaian jiwa kerana sedikit dosa.
Ketenangan hati kerana sedikit angan-angan.
Keterpeliharaan lisan kerana sedikit bercakap.
Orang yang sabar akan mendapat yang terbaik, InsyaAllah.

November 26, 2013

HAPPILY GROW

Assalamualaikum people. =]

happy,happy life.
happy,happy love.
happy,happy me!

Alhamdulillah...



p/s: dah pi sambung buat assignment

November 18, 2013

NEW SPIRIT

assalamualaikum.

masa mula2 isi borang untuk sambung master, hati berbelah bagi. betul ke keputusan yang aku buat ni? mampu ke nak BELAJAR balik MATEMATIK?

dalam keadaan 50-50, aku apply je. kalau ada rezeki, belajar la balik. jadi student balik. dah hampir setahun jadi pendidik, tiba masa aku pulak yang kena didik.

pejam celik, pejam celik, berjaya jugak aku bergelar postgrad student. awal2 dulu memang semuanya berjalan lancar.. ada la sikit kalut nak siapkan assignment tapi semuanya berhasil. rasa macam, "ok, aku boleh buat ni. bahagi masa untuk study & anak. yeah!"

tapi bila dah setengah sem berlalu, dah mula rasa semput. macam tak berkesudahan semput ni. dah mula keluar thoughts yang tak sepatutnya terfikir dalam kepala otak yang tak berapa nak tenang ni. lately, rasa takde daya upaya. selfless. so, bagi naikkan balik mood, aku baca la motivational quotes. wallpaper pun semua tentang itu. nak baca buku motivasi takde daya upaya. cih. lembik.

somehow sehari dua yang lepas semangat tu datang balik melonjak2. exponentially-lah bak kata mat salleh.
macam mana boleh jadi macam tu? semuanya tentang "talking to the RIGHT person". hey man, I owe you. A LOT. next time kte 'jamming' lg.

boleh x?



p/s: i hope our reconnect-relationship lasts forever insyaAllah..

October 25, 2013

BOLEH TAK SAMBUNG MIMPI?

mimpi.

duduk kat coffee house, sambil berbual kosong dengan kawan-kawan. tak pernah jumpa pun tapi macam dah lama kenal. dan yang paling stress: tapi tak ingat apa butir bicara.

rasanya macam takde butir bicara pun. bersembang tanpa kata. macam tu ke?
apa yang boleh diingat, banyak mimik muka: serius, ketawa.
masing2 nak bagi pendapat. especially sorang lelaki ni. and once again tak ingat apa dia kata.
huh.

tau-tau je dah terjaga dari tidur.
alaaaaaaaaaaa....................................

susah hati bila terjaga dari tidur masa tengah mimpi.
bukan sebab mimpi tu best,
tapi sebab tak habis lagi mimpi tu.
sepatutnya ada lagi.
sepatutnya.

seharian teringatkan mimpi tu. especially watak dalam mimpi tu.
seharian jugak lah cuba cari orang tu. tak kenal, tapi familiar.
cari kat facebook, blog, tumblr (ni je yang I ada)
kot-kot la ternampak muka orang tu. boleh tau jugak siapa dia.
.
.
.
.
.
.
.
tapi tak ketemu.

stress la macam ni.
haih.



p/s#1: dah, jangan mengeluh.
p/s#2: lama tak dilanda perasaan macam ni. walaupun setakat mimpi je. mungkin dah lama sangat 'kosong'.

October 15, 2013

KIDS

Assalamualaikum, semua.

sudah setahun saya tinggalkan blog ni. jenguk tak, menulis lagi lah tak. betul2 x endahkan ia.

last post saya tentang anak. my only son. dan sekarang saya nak mulakan balik dengan post tentang dia jugak. nama dia ADAM.

umur dia sekarang dah setahun 4 bulan. sekejap je rasa. tak sangka dah setahun umur dia. dan dalam masa setahun tu jugak lah saya belajar untuk jadi orang yang sabar, tidak penting diri, dan yang paling utama: saya belajar untuk tidak tunduk dengan cabaran hidup. cikgu terbaik saya? ADAM.

saya ada terbaca artikel tentang pengorbanan seorang ibu terhadap anaknya. tapi tak ingat kat mana. tak boleh nak bagi link. tapi artikel tu lebih kepada berapa 'banyak' yang telah dikorbankan oleh seorang ibu untuk anaknya. "Recent studies have shown that mothers give up to 33% of their lifetime earnings when they have A CHILD". tu baru cerita pasal duit dan masa. belum lagi pasal tidur.

"During a baby's first 9 month, mom's sleep is continuous interrupted - she sleeps an average of 7.2 hours per night over a 10.5 hours period".

"This means by the time you were 2, it is estimated that you cost your parents 6 month's worth of sleep".

besarnya nilai pengorbanan seorang mak lagi-lagi bila ditukarkan kepada angka.

apa yang saya nak cakap kat sini ialah: treat your mom best because when you have your own kids, you want your kids treat you best.

suka sangat menggigit

October 13, 2013

I AM BACK

June 25, 2012

SEHARI DI HOSPITAL

assalamualaikum semua!

8 Jun 2012

8.20 a.m.: doktor check bukaan, baru 1 cm.
8.40 a.m.: doktor masukkan ubat.
9.05 a.m.: masuk ward. doktor cakap kalau hari ni tak bersalin esok pagi masuk lagi ubat.
1.45 p.m.: gambar atas diambil. (cari bola tersembunyi)
7.40 p.m.: acu call. dia suruh minum milo campur telur. nak bagi cepat ter'bukak'.
8.15 p.m.: terus call husband suruh dia beli telur.
8.40 p.m.: minum milo telur.
9.10 p.m.: air ketuban pecah. plop! ingatkan apa la yang meletup. tak sedar pulak katil dah basah.
9.15 p.m.: doktor check bukaan. dia kata baru 1cm nak ke 2 cm. (lambat betul nak bukak luas. ubat masuk dah lama dah. nasib minum milo telur, kalau tak air tak pecah esok pagi kena masuk ubat lagi.)
9.50 p.m.: doktor kate dah boleh masuk labour room. mintak sign untuk bagi permission husband masuk sama2 dalam lanbour room.
10.05 p.m.: disorong oleh nurse naik wheel chair untuk ke labour room. jantung dah mula dup dap dup dap. tapi bawah tak sakit lagi. ape daa
10.15 p.m.:  husband muncul di labour room.
11 lebih p.m.: 1st contraction. power punya!mana aku tau 11 lebih aku baru rasa sakit? nurse kat situ suruh tengok jam.

.
.
.
.
.
.
.
.
.

9 Jun 2012

1.08 a.m.: MUHAMMAD ADAM HARIZ selamat dilahirkan.


5.52 a.m.:   gambar pertama adam. =]
11.45 a.m.: keluar hospital.

p/s: pengalaman yang berharga menjadi seorang perempuan.

June 22, 2012

looking forward


June 18, 2012

our first baby

Assalamualaikum w.b.t.

Muhammad Adam Hariz bin Mohd Zulfadli
9 June 2012
1.08 a.m.
Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru
3.75 kg
pictures: soon =]



and grateful.
Thank you, Allah.

image: favin.com

May 14, 2012

13 may punya cerita

patut la rasa lain je semalam. macam tahu sesuatu tapi tak pasti apa dia.

laa.. birthday robert pattinson rupanya. patut la macam familiar. he

p/s: kita tengah mengira hari ni. plus minus 2 minggu. doakan ye. =]