January 30, 2010

buku oh buku

salam~
tadi beratur untuk bayar buku latihan sepupu kembar aku yang ambil PMR tahun ni. sementara tunggu turn aku usha2 la orang sebelah punya bakul. mak oii! banyak gila buku dia... macam2 jenis ada. buku motivasi, buku latihan anak dia, buku untuk suami dia (aku agak je la sebab tajuk dia lebih kurang macam ni, "men's bestfriend"), novel je dah 3,4 buah. bukan nipis punya novel dia.. 500++ punya muka surat.. terfikir jugak berapa jumlah buku dia semua tu. sampai je turn aku, sampai la jugak turn orang sebelah.. total buku2 dia rm342.75! woo....... pada aku la orang macam ni memang bagus sebab sanggup berlabur untuk pengetahuan.. aku rasa kalau nilai sebanyak tu orang berbelanja untuk baju atau perhiasan diri dah jadi kebiasaan tapi untuk buku aku tak pernah lagi jumpa orang berlabur sebanyak tu...

memang aku respect la itu olang. tapi sayangnya dia seolang cina...... kalau melayu lagi bagus kan? dari pengamatan aku, orang cina memang tak kedekut bab buku. melayu kedekut! tak semua... sebab aku tak kedekut! hehe.. kedekut pun bila duit tak cukup banyak la.. sama la macam barang lain jugak.. melayu boleh!

p/s: doakan aku berjaya bukak kedai buku macam Harris tu jugak k. nak sangat ada kedai buku sendiri..........

January 28, 2010

memecah subuh? betul kah?

sementara mengira widget sebelah ni ke angka '0',
saya layan Breaking Dawn dulu ye?
syoooooooooookk!!!!!!!!!!!!!!!!!!

January 25, 2010

bintang kehidupan

WANITA ANGIN
Mereka ini lahir di bawah zodiak:
  • Gemini(22 Mei-21 Jun),
  • Libra(24 September-23 Oktober) dan
  • Aquarius(21 Januari-19 Februari).
  1. Berterus terang,berminda aktif dan gemar mencari kepelbagaian dalam setiap aspek kehidupan.
  2. Berfikiran terbuka,mempunyai daya imaginasi dan inovatif,bagi mereka segalanya boleh dicapai.
  3. Bergaya,tenang dan tidak cerewet serta mempunyai keinginan semulajadi untuk mengamalkan sikap diplomasi dan saling bekerjasama bersungguh-sungguh.
  4. Sanggup mengorbankan kehendak atau idea mereka sendiri demi mencapai keharmonian dan mengelakkan perselisihan atau konflik.
  5. sentiasa gigih untuk mendapatkan cinta yang terunggul,untuk berkonfrantasi.
  6. Kurang cenderung untuk menyampaikan perasaan sebenar yang terpendam dalam hati mereka.
  7. Dikenali dan diingati kerana sifat romantis dan manja.

WANITA AIR

Wanita air terdiri daripada mereka yang lahir di bawah zodiak:
  • Cancer(22 Jun-23 Julai)
  • Scorpio(24 Oktober-22 November)
  • Pisces(20 Februari-20 Mac)
  1. Mempunyai sifat semulajadi untuk berkembang maju.
  2. Mereka ini dipandu oleh perasaan hati dan mempunyai sifat mudah bersimpati,berdaya imaginatif,sentimental,mempunyai perasaan yang berubah-ubah dan berhati-hati.
  3. Tenang dan mudah tersentuh oleh emosi orang-orang yang berada disekeliling dan cepat mengeluarkan air mata dalam sebarang situasi yang menyedihkan.
  4. Mudah mengikut rentak emosi orang lain dan juga diri sendiri.

WANITA API


Wanita api dilahirkan di bawah lambang:
  • Aries(21 Mac-20 April),
  • Leo(24 Julai-23 Ogos) dan
  • Sagittarius(23 November-21 Disember).
  1. Dilahirkan sebagai pemimpin
  2. Mempunyai kekuatan diri dan biasanya enggan menerima pendapat orang lain walaupun ianya benar.
  3. Seorang yang artistik dan sukar dijangka,tetapi biasanya romantis dan tidak pemalu.
  4. Mempunyai personaliti suka menguasai dan mendominasi tetapi boleh mengimbangi sifat-sifat ini dengan sikap yang pemurah,mesra dan menunjukkan sifat yang mendalam terhadap sesuatu yang disukainya.
  5. Suka berterus terang dan tidak berselindung menyebabkan orang yang dikasihi mersa sedih dan terhiris.
  6. Jujur dan mahu hubungan peribadi berjalan dengan lancar.Wanita api harus diberikan ruang yang cukup luas untuk menjadikan perhubungan itu terus berkesan.
  7. Tidak keberatan untuk beralih arah jika berasa tertekan.


WANITA TANAH


Wanita tanah dilahirkan di bawah zodiak:
  • Taurus(21 April-20Mei),
  • Virgo(24Ogos-23 September) dan
  • Capricon(22 Disember-20 Januari).
  1. seorang yang boleh dijangka,berwibawa dan praktikal.
  2. Penyabar dan bertolak ansur,mempunyai kehendak dalaman dari segi emosi dan material.
  3. Semangat produktif dan gigih yang disertai dengan siksp berhati-hati menjadikan wanita tanah berkemampuan mencapai kejayaan dalam perniagaan.
  4. Kebijaksanaan dan kepintaran yang diperolehi sering tersembunyi oleh air muka semulajadi yang pendiam dan tenang.
  5. Sifat marah yang terkawal serta keperluan untuk keteguhan dan kawalan sering terbawa-bawa dalam perhubungan yang amat konservatif,serius dan sederhana.
  6. Tidak mudah menunjukkan sifat penyayang tetapi wanita tanah adalah seorang kekasih yang setia dan berwibawa.
p/s: u ol punya yang mana?

January 19, 2010

puisi akhir sang jejaka

Perempuan datang atas nama cinta
Bunda pergi karena cinta
Digenangi air racun jingga adalah wajahmu
Seperti bulan lelap tidur di hatimu
Yang berdinding kelam dan kedinginan
Ada apa dengannya?
Meninggalkan hati untuk dicaci
Lalu sekali ini aku lihat karya surga dari mata seorang hawa
Ada apa dengan cinta?
Tapi aku pasti akan kembali
Dalam satu purnama
Untuk mempertanyakan kembali cintanya
Bukan untuknya
Bukan untuk siapa
Tapi untukku...
Karena aku ingin kamu
Itu saja...

January 17, 2010

shoot!

this thing comes to my mind unintentionally,

"i only cry like my eyes will pop out only for one thing: when i lost something/someone that i love with all my heart.
and it happened two times".

crazy!
won't do it again..

p/s#1: miss u oyen...
p/s#2: hate when your 'things' come again into my mind..urggh!!!

January 14, 2010

puisi lama

Kulari ke hutan kemudian menyanyiku
kulari ke pantai kemudian teriakku
sepi, sepi dan sendiri
aku benci

Aku ngin bingar
aku mau di pasar
bosan aku dengan penat
dan enyah saja kau pekat
seperti berjelaga
jika ku sendiri

Pecahkan saja gelasnya
biar ramai
biar mengaduh sampai gaduh

Ah...ada malaikat menyulam
jaring laba-laba belang
di tembok keraton putih
kenapa tak goyangkan saja loncengnya
biar terdera

Atau aku harus lari ke hutan
belok ke pantai .........

p/s:tau tak?

January 11, 2010

and actually...........

YUNA MENANG NO 2~
CONGRATS!

January 07, 2010

novel melayu novel english

salam~
hari yg ditunggu telah tiba..hari apa?hari khamis la..nape khamis?sebab esok dh tak de kelas..tapi ada plak parenting class.pape je lah...........

sebenarnya aku berada pada tahap homesick yg agak kronik sekarang nih..nak balik rumah weyh.....bila sorang2 dalam bilik ni lah jadinya.harap2 esok bz sikit la dengan kerja..(aku buat part time prebet sapu taw~).dengan homework+assigment+pelajaran yang agak tertangguh,harap2 weekend ni aku tak bosan..kalau tak, end up dengan menonton download movie.bunyi cam loser.haha......

***************

setelah diteliti elok2, sebenarnya aku jadi cam ni sebab baca novel melayu cintan2 la ni..dah lama aku tak mengadap novel melayu. latest novel yang aku baca is Eclipse.tu pun dah ulang 2X.bukanla nak poyo sebab tak layan novel melayu..banyak je yang best novel melayu ni.antara fav aku: Pergilah Sepi. tapi sejak habis sekolah aku cuba banyakkan baca novel english..nak luaskan vocabulary..sebenarnya dari sekolah rendah aku dah start baca novel english. antara fav aku: Goosebumps Series. memang syok woo.....tapi member sekolah aku ramai yang layan novel melayu, aku pun cuba la try....ok la....kadang2 emosi gak.haha macam betul je..tapi memang apa yang penulis tu tulis betul.kan2?

ni aku baru habis baca Cinta Kau dan Aku. roommate aku punya novel..hantu novel melayu minah tu.sampai bengkak2 bijik mata nangis kalau heroin kena tibai ngan hero.haha tqah...tqah...tapi novel ni memang buat aku mendidih semalam.geram punya pasal, sampai 2 bungkus megi aku bedal..nasib baik damia tolong makan gak..damia tu pun roommate aku.

kat sini aku nak ulas sikit tentang hero n heroin novel ni:
  • sifat penyayang n romantik sama macam sifat kepada seseorang yang aku sayang sangat ketika ni..(walaupun kadang2 lemas gak kalau romantik sangat.haha sori pak...)
  • heroin dia ni brutal di luar sensitif di dalam(macam aku sikit2. =] tapi brutal tu dah kurang dah sikit..sekolah dulu ye r kot =])
dah tu je.haha memang sikit je pun aku nak cakap..eh tulis.yang penting lepas habis novel ni aku tak kan baca novel melayu dalam masa terdekat nih. kang buat aku moody je lagi..weekend ni nak jimba ramba ngan linaayapmirahas.boleh la nak beli Breaking Dawn..tak sabar weyh nak habiskan.........edward...bella...i miss u both...

erk!

babai!